
GARA-GARA melakonkan satu babak aksi, pelakon Mona Allen meluahkan rasa marah apabila dicekik terlalu kuat oleh rakan gandingannya, Iqram Dinzly.
Mona menerusi Instagram berkata, Iqram tetap mengulangi perbuatannya itu walaupun sudah beberapa kali ditegur.
“Bila orang suruh berlakon, berlakon je lah. Tak payah buat betul-betul.
“Method sangat. Lepas ini jangan harap nak ada babak bersama. Kau punya meroyan sama macam dalam live.
“Ingatkan dah tak psiko, rupanya memang sejak azali. Bukan sekali dua babak dia cekik saya. Setiap kali mesti sakit.
“Dah cakap elok-elok tak mahu dengar,” tulis Mona pada Selasa.
Terdahulu, adegan Iqram mencekik Mona menerusi drama Hati Yang Dikhianati itu turut dikongsikan pelakon Mia Nasir menerusi Instagram.
Sementara itu, Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 41, yang dihubungi enggan mengulas lanjut demi menghabiskan penggambaran secepat mungkin.
Dia hanya mahu mengambil sikap profesional dalam menjalankan kerjaya sebagai seorang pelakon.
“Saya tak mahu komen dulu hal ni sebab tinggal beberapa babak sahaja.
“Risau nanti keruhkan keadaan,” ujarnya kepada mStar.
Untuk rekod drama Hati Yang Dikhianati yang ditayangkan di saluran Astro Prima ini sudah mula menemui penonton sejak April tahun lalu.
Trivia Mona Allen
Mona Allen (lahir Munna Hafiraneza Allen; lahir 28 Januari 1986), ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau pernah menjadi hos program Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 2000. Beliau juga terkenal dengan watak Ramona dalam Monalisa.
Mona memulakan kerjayanya pada 1999 dengan membintangi iklan Celcom, seterusnya menjadi pengacara rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3, namun meninggalkan bidang seni kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajarannya.
Kejayaanya sebagai pelakon hadir menerusi watak sebagai Ramona dalam drama Monalisa lakonan bersama Zara Zya. Sebelum Monalisa, Mona telah membintangi beberapa drama TV termasuk Mr. Donat Karamel dan Cik Serba Tahu. Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Manap Karaoke arahan Mamat Khalid di mana beliau berlakon di samping suaminya, Pekin Ibrahim.
Mona dilahirkan kepada bapanya yang berbangsa Inggeris dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau berkahwin dengan pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.
Mona sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana beliau berpakaian seksi ketika berada di perkuburan semasa menjalani penggambaran drama Monalisa, sekaligus menerima kecaman daripada warganet.
Dalam temuramah dengan Utusan Malaysia, beliau berkata: “Saya mendukung watak bernama Mona yang digambarkan sebagai gadis ego dan bongkak. Maka, itulah cara pemakaian yang ditetapkan demi menonjolkan watak saya. Tiada sedikit pun terniat untuk mempersendakan agama, apatah lagi sengaja berpakaian begitu. Apapun, saya mohon maaf jika mengguris perasaan banyak pihak”.
Sumber Mstar/WIKI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment