
GARA-GARA video di TikTok memperlihatkan kegigihannya berniaga pau di tepi jalan, penyanyi Bienda mendedahkan dihubungi ramai pihak yang menyangka dia kini berdepan kesukaran hidup.
Bagaimanapun pemilik nama Nor Razlinda Razli, 37, berkata, status sebagai seorang selebriti bukanlah halangan untuk dia mencuba sesuatu yang baharu.
“Betul, memang ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan?
“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.
“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong.
“Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya kepada mStar.
Bienda dan suami mengusahakan sebuah gerai Pau Pau Bienda yang tarletak bersebelahan Petronas di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, sebuah video TikTok memperlihatkan penyanyi itu sedang berniaga pau dikongsi oleh seorang individu.
Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga
Rata-rata netizen memuji wanita penjual pau itu apabila sanggup berpanas demi mencari rezeki.
“Cantik tapi sanggup berpanas demi rezeki.
“MasyaAllah cantiknya, semoga Allah pelihara akhlak dan imannya sentiasa.
“Kirim salam pada wanita itu. Bidadari mana ni? Kalau dekat, hari-hari saya beli pau kat dia,” ujar netizen.
Antara komen pengguna Tik Tok
Cantik hanya di mata… Kecantikkan sebenar dtg dari hati… ramai sgt yg melihat tapi tidak memerhati… Mudah mudahan hati nya juga cantik seperti paras rupa…
Ada lagi baik jika pinang dia untuk madu awak yg berkata “cantik nya dia astagfirullahadzim” patut jika terlihat sesuatu yg baik dan indah2 ucapkn la ماشاء الله dan bukan Astagfirullah. Mcm tk ngam pada keadaanya & maksudnya
Kalau ada makcik kt sebelah jual pau yg sama sblh kedai dia aku sanggup beli kt makcik tu sebab kesian kn makcik tu
Masha’Allah..X puas tgk muka dia sampai berulang kali tgk.Dari luaran mmg nampak sempurna.Semoga dalaman jgk sempurna..
Bagus isteri dia ya.. klu bini aku mau dia ikot skali.. jwbnya aku tgk kuih pau tu je.. xtgk dh penjual tu..mata tunduk bwh je
Allah2….dh la segak,jaga aurat pulak.sy doakan semua natizen muslimah malaysia mendapat hidayah utk menjaga aurat seperti marka kueh pau ni.
Masya Allah kat mana ni? Nak p beli juga ni, kawan kirim duit suh p beli…. Plss send location….
Dalam pada itu, Bienda yang juga anak kepada penyanyi Shieda, berkata, usaha yang dilakukan itu sedikit sebanyak memberi galakan kepada orang ramai yang kehilangan pekerjaan untuk memulakan perniagaan.
Selain itu dia yang turut mempunyai perniagaan tudung jenama sendiri mengakui sukar memasarkan produk dalam acara-acara jualan besar seperti sebelum ini.
“Disebabkan pandemik, tak banyak acara jualan yang berlangsung. Jadi perniagaan tudung saya hanya dilakukan secara atas talian sahaja.
“Saya juga mengharap dengan perniagaan pau ini dapat memberi galakan mereka yang kehilangan kerja untuk cuba berniaga kerana memang boleh buat duit,” jelasnya.
Dalam masa sama, dia juga tidak sangka perniagaan yang diusahakan sejak hujung Disember 2021 semakin mendapat sambutan. Malah ada peminat yang jauh sanggup datang untuk merasa sendiri pau jualan Bienda.
“Tak sangka pula jualan pau ini sudah menjadi bualan ramai. Sebagai seorang selebriti ini adalah kelebihan yang boleh saya gunakan untuk tujuan promosi.
“Selain itu saya galakkan juga peminat yang berada di luar Kuala Lumpur untuk mencari rangkaian jenama pau ini di kawasan berhampiran mereka.
“Melihat susah-payah peniaga kecil lain mempromosikan produk mereka seperti ini memberi satu pengalaman baru buat saya,” ujarnya.
Untuk rekod, Bienda mendirikan rumah tangga dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada Oktober 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lavienda Namiraz serta Laxiendra Namiraz.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment