Kecewa Isteri Di Tangkap Kh4lwat Dlm Rumah Sendiri, Ak Sgt Frust Dan Trus Cer4ikan Dia, Kini Setelah 5 Bulan, Ak Cuba Intai Kehidupan Mereka Dari Jauh, Namun Xsangka Lain Pula Yg Ak Dapat Saat Itu.




Hancur luluh hati seorang suami apabila mendapati isterinya ditangkap khalw4t bersama lelaki berstatus duda di ruang tamu rumah lelaki berkenaan. Namun dia tidak pula menyer4ng mahupun melemparkan kata-kata kesat. Sebaliknya hanya memendam rasa kecewa.

Namun, apa yang terjadi pada bekas isteri dan lelaki duda itu selepas lima bulan, membuatkan dia terimbas kembali akan kesilapan demi kesilapannya semasa mendirikan rumah tangga dengan wanita yang pernah bertakhta di hatinya selama 10 tahun itu. Semoga menjadi pengajaran buat kita, terutamanya golongan suami.

SAYA seorang duda, umur 40 tahun dan ada dua orang anak. Kisah kira-kira setahun lebih yang lalu, isteri saya telah ditangkap khalw4t bersama jiran iaitu seorang duda berumur 47 tahun, berdua-duaan lengkap berpakaian di ruang tamu rumah duda berkenaan.

Pada masa itu juga, saya mencer4ikan isteri. Saya tidak memukvl mahupun mengherdik mereka. Saya hanya terdiam dan menahan rasa kecewa. Selepas lima bulan kejadian itu, bekas isteri pun bernikah dengan duda berkenaan. Anak-anak saya dijaga oleh bekas isteri.

Satu hari, tergerak hati saya nak mengintai kehidupan bekas isteri bersama suami baru dan anak-anak saya. Masa itu saya parking kereta di depan taman permainan. Cermin kereta saya gelap, mereka tidak akan perasan dengan kehadiran saya di situ untuk mengintip mereka.

Masa itu waktu lebih kurang jam 6.45 petang. Saya nampak bekas isteri pakai telekung, anak-anak pun sama. Suami barunya juga ada bersama. Mereka kelihatan seperti bersiap-siap nak pergi ke masjid. Mereka bergurau, ketawa bersama-sama dan kelihatan begitu bahagia sekali kehidupan mereka yang sekarang.

Perkara itu membuatkan saya termenung seketika dan teringat suatu ketika dahulu saya tidak pernah mengajak isteri pergi ke masjid, tidak pernah solat berjemaah, solat pun selalu saya abaikan. Saya tidak pernah memuji masakan dia. Saya maki kalau masakan terlebih masin atau tawar.

Kalau dia mengadu sakit, saya selalu hamun dia. Di depan kawan-kawannya saya berani menengking dia. Bila penat pulang dari kerja, ada masalah di tempat kerja saya lepaskan perasaan marah pada isteri. Dia menjawab, saya akan pukul dan tampar dia. Pendek kata, sepak terajang itu semua saya sudah berikan kepada dia.

Saya langsung tidak menghargai dia yang melahirkan anak-anak saya. Saya tidak mendidik dia dengan ilmu agama yang cukup. Sekarang saya cuma boleh pandang kebahagiaan mereka. Saya bersyukur anak-anak saya dijaga oleh bapa tiri mereka dengan baik. Mungkin mereka sudah bertaubat. Syurga itu dipenuhi oleh pend0sa.

Saya hanya mampu melihat kebahagiaan mereka dari jauh. Nampaknya bekas isteri sudah menemui kebahagiaan yang dicari. Bekas isteri pun ada mengikuti laman Kisah Rumah Tangga ini. Kalau dia baca, satu saja yang saya nak cakap.

“Abang minta maaf. Terima kasih kerana menjaga makan minum abang selama 10 tahun dan juga kerana melahirkan anak-anak abang.” Sumber: Kisah Rumah Tangga

Ini pula kisah ke 2 yang lebih mendebarkan. Tajuk ‘Seronok je mak hubby tiap hr jd imam solat. Tapi bila buka HP suami, terkejut tgk whatsapp dia’

aku Rose. Kisah yang ingin aku kongsikan ini berkenaan masalah rumahtangga aku n aku perlu nasihat, pandangan yang baik2 if nak kecam pun go ahead guys, coz in the end only ALLAH SWT can judge me. Aku baru berkahwin selama setahun, aku berkenalan dengan suamiku melalui media s0sial.

Awal perkenalan semuanya begitu indah.. perangai sebenar pun belum terserlah and terungkap. So guys sebelum kahwin makesure siasat betul2 bakal pasangan anda and jangan jadi macam aku yang aku rasa aku sudah salah buat pilihan besar dalam hidupku.

Di mata keluargaku, suamiku perfect.. rupanya yang manis, hormat orang tua, solat, dan musim pkp waktu puasa setiap hari suamiku mengimankan solat terawih hinggakan mamaku bangga punya menantu seperti dia tapi perangai sebenar suami hanya aku yang tahu luar dan dalam.

Suamiku seorang suami yang tidak setia, baru 2 bulan kahwin suami ku cvrang dengan kawan di media sosi4lnya alasannya is just kawan, mereka kenal sebelum suami mengenali aku lagi..

Kawan apanya if chat dengan emoji2 cinta ishh sakit hati aku.. grrr. Then suami memujuk ku mengaku salahnya, and aku memaafkan suamiku.. And kes cvrangnya bermula bila dia try hard mengurat kawan kerjanya yang single yang anak dara and si anak dara pun melayan jadilah pasangan kekasih yang hanya bercinta di ofis.

And as a wife kau akan ada satu instinct if laki kau buat benda yang tak baik di belakang kau. Bila aku cek phone suami so terbongkarlah kisah cinta mereka. Aku jadi jij1k dengan suami.. Sakit hati, marah, kecewa dengan suami and macam biasa suami memujukku and meminta maaf.

Endup hatiku jadi lembut n memaafkan suami (yaa aku tau aku, b0doh and i admit it). Then pada bulan puasa, suami aku terkant0i nak jumpa 1 pempuan ni yang dia kenal di Meechat. Bersayang2 daling2 bagai..

Ya Allah time ni aku memang mengamvk g1la aku packing barang2 suami and aku halau suami keluar dari rumah sebab time tu aku memang taknak tengok muka suami aku dah.

Rasa sayang, cinta, kasih, hormat aku hilang pada suami. Tapi kerana time tu musim pkp and nak hari raya suami takda keluarga yang terdekat aku try lagi lembutkan hati dengan memaafkannya, and gives him chance to startover again (yaa i know im stupid, eh nama juga cinta itu buta kan hahaha so this is hw it feel) hehehe.

Tahun ni saja aku sudah keguguran 2x 1st awal tahun n baru2 ni.. yang 2nd miscarriage aku kena akui memang salah aku sebab tak jaga kandungan aku sebab overstress bila suami cvrang lagi dengan pempuan lain. Untuk yang ini aku rasa broken g1la sebab sudahlah i lost my baby husband lagi cvrang, Ya ALLAH tak kuat aku time tu.

Sebabkan aku tak tahan dengan perangai GATAL suami aku mengadu dengan family husband.. dia tak ada parents da tapi adik beradik dia semua salahkan suami.. bagi nasihat n tegur baik2 coz time ni aku da nekad nak failkan kes crai. Tapi bila aku pandang wajah mak aku time tu.

Aku tak sampai hati nak hancurkan hati mak aku yang anak yang dia jaga dari kecil ni bakal jadi janda sebab mak aku sayang sangat suami aku macam anak sendiri. And aku takut mak aku tak percaya if she know the true colour of my husband.. aku tak dapat imagine macamana kecewanya mak aku.

So aku start discuss baik2 dengan suami aku, berbual macam kawan kenapa mesti cvrang? Sebelum buat ada fikir aku ke as a wife? Suami aku diam, menangis he said its all bcause of NFSU N EGO. Rasa nak lebih even da ada isteri yang baik, lawa, bertanggungjawab.. saja nak test market as SUAMI ORANG n rasa tercabar bila tengok kawan2 yang sudah berkahwin ada scndal..

In my minds was like.. what theee… So aku tanya suami aku elok2 hati aku, perasaan aku ni yang da hancur, kecewa ni nak buat macamana? Husband minta another chance untuk buktikan yang dia betul2 sudah berubah.

Aku pun tak tau aku ni bod0h atau da kena mandream dengan suami aku sampai aku iyakan jer nak bagi peluang bagai.. tapi rasa sayang, cinta, kasih n hormat aku tak macam dulu dah.. Aku start ada trust issue dengan suami even dia pergi buang sampah pun aku cakap dia bergayut dengan pempuan lain, dia start enjin dalam keta pun aku cakap dia chat pempuan lain, dia tido lambat aku cakap dia vc dengan pempuan lain.. aku rasa insecure.

Aku langsung da tak percaya apa suami aku cakap n kadang2 dalam hati aku doa yang tak baik buat suami aku.. aku tahu sebagai isteri tak baik doakan benda yang tak baik tapi hati aku ni rasa macam kosong dah.. Dia try fix everything like cakap elok2 dengan aku.

Dia belikan aku macam2, post gambar aku di semua media sosi4l dia but i feel nothing.. kosong.. Sampai menangis2 aku dalam sujud and doaku semoga Allah hadirkan rasa sayang tu semula tapi hati aku da tak ada rasa do you feel me guys? Kalau kau tak feel pun peduli apa aku, hati aku kot hahaha.

Then today, phone husband tertinggal coz dia rushing nak jemput kawan dia kat airport. So aku cek la semua dalam phone aku coz dalam fikiran aku maybe aku kena cek satu2 supaya aku percaya yang suami aku da betul2 berubah and setia dgn aku but expectation always hurt.. sekarang suami aku da level2 setan da langgan p*l***

Ya ALLAH sakit jantung aku bila nama chat2 servis yang dia nak dengan berlainan p*l****.. semua perbuatan dia tu time aku berpantang keguguran di rumah mak aku.. dia siap ajak datang rumah lagi.. Tak guna punya laki time aku typing ni aku rasa nak mencrut2 suami aku rasa nak ambil lesung batu nak pukul kepala dia.

Aku tak ready nak confront suami aku.. aku just buat mcm biasa jer n bila aku tengok suami aku rasa jijik sangat, aku ada bagi hint2 nak berpisah cara baik tapi si mulut buaya tu keep saying (abang, sayang sayang la.. sampai m4ti.. hingga jannah) puiii naik loya tekak aku dengar.

So guys, what should i do? Nak kena bagi chance yang ntah keberapa kali n broken lagi ke? ka kena bagi suami betul2 berubah, bagi moral support? Tapi aku rasa macma nak bercer4i ja tapi aku fikir family kami berdua?

Then should i get test h1v? Coz dalam chat tu husband da pernah dengan berlainan p*l*** dia langgan.. if aku get a divorce proses dia senang tak? Lagi2 suami yang tak nak lepaskan..

Tolong aku guys.. segala pandangan, nasihat, cacian anda semua aku hargai n perlukan.. thanks you so much in advance..– Rose mawar berduri (Bukan nama sebenar)

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*