Dia Buat Parodi Kaklong Mengamuk Di 7eleven, Sekali Kaklong Sendiri Share Video Itu. Ini Komen Dd Chronicle Lepas Kaklong Kongsi Video Dia

Kak Long Kosmetik mungkin tidak sehebat nama-nama pensohor media sosial yang lain, namun namanya kini menjadi sebutan setiap lapisan umur di Malaysia.

Mungkin ramai yang tidak mengenalinya, namun jika disebut berkenaan kedai serbaneka 7Eleven dan juga kedai makanan cepat, KFC ternyata bayangan wajah Kak Long Kosmetik akan timbul.

Namun apa yang menjadi bualan hangat di media sosial adalah berkenaan dengan cara ‘kemahsyurannya’ yang dilihat tidak kena dan tidak patut berlaku.

Rata-rata orang ramai menyifatkan, tindakan peniaga itu dengan membuat ‘live’ ketika tidak berpuas hati dengan apa keadaan sekali pun adalah tidak patut.

Ramai Yang Buat Parodi

1502836

Jika dilihat dalam media sosial seperti Tiktok dan Facebook, ramai yang telah membuat parodi menggunakan suara Kaklong ketika memarahi pekerja 7Eleven.

Tetapi antara parodi yang menarik perhatian adalah daripada selebriti media sosial yang menggelarkan diri dia DD Chronicle.

DD bukan nama yang tidak asing, memang banyak video parodi telah dihasilkan tetapi diubah supaya nampak lebih menarik.

Kaklong Kosmetik ini juga tidak terlepas menjadi sumber video DD Chronicle.

VIDEO:

Video yang berdurasi hampir 8 minit tersebut menjadi tular apabila mendapat jumlah tontonan melebihin 1 juta tidak sampai 24 jam dan 12 ribu perkongsian di Facebook.

Video tersebut mendapat perhatian Kaklong Kosmetik dan beliau telah kongsikan video DD ke facebook Kaklong sendiri.

Selepas video itu dikongsi, DD Chronicle sendiri masuk dan komen dalam Facebook KakLong.

Antara komen lain netizen,

Walaupun parodi lawak tapi pengajaran bagi kita sebagai mak ayah didiklah anak2 tentang adab sejak dari kecil. cikgu ku pernah berkata antara ilmu & adab, adab yg paling penting. adab kena ada dulu baru hadirnya ilmu..insyaAllah..

Org dulu klau ckp ank curi mn dia tengking buat live,mkn dia getah paip,skrg trlalu ikut kehendak sgt smpai xtau mn satu adab dn beradab kemana tumpah kuah klu xke nasi..mak bapak cerminan ank² hrp berubah la kak long

Memang sentiasa terbaik dan kelakar..boleh jadi pengarah drama ni…semua cerita menjadi ..boleh abg masuk maharaja lawak ni…comfirm memang

Parodi abg DD x prnah mngecewakan..dlm parodi byk kata2 nasihat buat semua..terbaik abg DD..Moga terus sukses dan maju Jaya..

Dari saat pertama, sampai saat terakhir video ni.. Penuh kelucuan, sindiran, peringatan juga pengajaran.. Utk semua, insyaallah… Smg bermanafaat utk mendidik hati kita semua.. Aamin3x

Die xpkir ape pandangan org luar pasal laki dan anak die..bile suami kne sindir Ngan org..anak ke sekolah kwan2 xnk rapat cikgu akan waspada pada anak tu kt skolah..ni lah yg terjadi klu suami xpdai mengajar isteri..dah ada anak bela je anak tu jgn didik..baru sme mcm lembu..bela bg mkn cukup time msuk kandang..

vaksin sebelah kinder joy ya Allah tolong hamba .. aku dh la baru operate nk kna jaga jahitan ni woiii keras perut tahan gelak

Xcukup puaka lg tu…Dd Chronicle kne buat lg berpuaka…baru menjadi…apapon parodi ni sebenarnya utk pengajaran buat ibu bapa .didik anak sebaik2nya…anak tu amanah…jaga molek

pakai earphone,sound effect dolby atmos atas bawah kuarnye…bernanah telinga..haha….laju brader wat keje..

Selain Kak Long, anak lelakinya Adam yang dituduh mencuri turut dikecam netizen kerana bersikap biadab terhadap staf kedai berkenaan.

Pada Khamis, wakil 7eleven telah bertemu dan bermaafan dengan wanita itu, menyifatkan kejadian berkenaan sebagai salah faham antara staf dengan pelanggan sekaligus menamatkan kontroversi yang melanda.

Dia pada Jumaat bagaimanapun sekali lagi dikecam selepas tular video sedang memaki hamun staf KFC ketika sedang menjamu selera dengan keluarganya.

Sumber : K! Online / MSTAR Online / AwatttSyeikhh Network

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*