“Itu Kena Tanya Ernie, Saya Tak Pengaruhi Dia…” – Ganti Isteri Nyanyi Boneka di AJL 36, Ini Respons Syamel

Terjawablah sudah siapakah gerangan pengganti yang menyanyikan lagu Boneka di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) sebentar tadi.

Semestinya persembahan yang cukup memukau dan gaya penyampaian lagu yang dibawakan dengan cara tersendiri menjadikan Syamel calon yang paling sesuai untuk membawakan lagu hasil ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh pada AJL 36 kali ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai pemilihannya itu, Syamel menjelaskan perkara ini seharusnya dijelaskan sendiri oleh penyanyi asal yang merupakan isterinya, Ernie Zakri.

“Tentang soal ini, kena tanya Ernie sendiri. Tetapi dalam pemilihan ini saya tidak mempengaruhi Ernie apa-apa cuma, alhamdulillah.. harapnya persembahan Syamel boleh diterima oleh peminat Ernie terutamanya.

“Lagu Boneka ini, Syamel membawakannya dengan sehabis baik dan apa yang termampu. Insya-Allah, semoga segalanya baik-baik sahaja,” katanya kepada XTRA.

Berkongsi mengenai cabaran membawakan lagu ini, Syamel akui lagu ini mempunyai kekuatannya tersendiri dan menganggap Boneka adalah lagu yang sudah cukup sebati dengan isterinya.

“Cabarannya adalah Syamel harus membawakan lagu ini dengan cara tersendiri kerana kekuatan lagu ini adalah ia sudah sebati dengan Ernie,” jelasnya.

Sementara itu, Syamel yang juga pemenang Vokal Terbaik pada AJL 31 bergandingan bersama Ernie menerusi lagu Aku Cinta berharap agar persembahan Boneka dapat diterima dan disambut baik peminat.

Terdahulu, Ernie ada memberi gambaran bahawa penyanyi yang akan menggantikan dirinya adalah penyanyi yang sangat berbakat besar, mempunyai identiti di atas pentas yang sangat ‘strong’ dan tahu apa yang harus dilakukan bila membuat persembahan nanti.

Persembahan Syamel

Antara komen selepas persembahan Syamel

Ni bkn pertandingan nyanyian…ni utk lagu..anugerah utk para komposer dan penulis lirik…..xkesah pun sapa yg nyanyi….nyanyi sedap kalau lagu dan lirik xbest xmenang jugak…

bkn main meriah lg AJL mlm ni tp masjid sunyi sepi jgn smpi Allah murkai buat kli k2

Kadng Artis Kita dok kata boleh menang xmenang had biasa xbapa top lani leh menang sebab pa ,sebab voive power like Misha tadi fuhhhhh tarik sedap…Aida jebat tarik live semput,kan dia baru beranak,nasib tak masuk ajL taun ni

Boneka by aweera lg best rasanya berbanding syamel n yg kt big stage tu

Dah agak…sbb dah suami boleh nyanyi kenapa nak bagi kat org lain kan..?

Elok jugak laki nyaa yg gnti . Kang org lain gnti tak dpt anugerah pape ramai pulak komen .. tpi tu laa . Mgharap kn iqbal yg gnti

best jugak version syamel.. laki Bini nyanyi vocal padu.. inshaallah.. rezeki ank

Terus teringat lagu syamel yg ajl dlu..betol2 nk menggamit memori ni

New arrangement lagu ni dah best tapi Syamel seumpama overdoing and oversinging lagu #Boneka ni

Yeah teka betul dh agak syamel yg bwk. jimat duit bg laki sendiri lau menang pun dpt kat laki gak haha

Sumber Xtra/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*