
Gara-gara promosi ikan mabong yang dijual pada harga 0.10 sen seekor, ramai warga Kelantan dilihat berebut-rebut bagi mendapatkan protein tersebut di cawangan Mydin Tunjung, Kota Bharu yang baru dibuka hari ini.
Menerusi laman sosial Instagram, video yang menyaksikan sekumpulan penduduk berebut-rebut bagi mendapatkan ikan tersebut tular.
Melihat pada perkongsian berdurasi lima saat itu lagi, ramai lelaki dan wanita berpusu-pusu tanpa mengamalkan penjarakan sosial mengelilingi kaunter ikan terbabit yang sudah hampir habis.
Antara komen komen netizen:
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa terkejut mereka setelah melihat ramai warga Kelantan berebutkan ikan tersebut.
Tidak kurang juga ada yang gelisah melihatkan keadaan tersebut yang mungkin menjadi pencetus bagi kluster baru COVID-19 di Kelantan.
VIDEO:
“Makcik pakcik tak kisah dah bertempur asalkan dapat ikan 10 sen, ooo berat,” komen seorang wargamaya.
“Pasni keluar kluster 10 sen dari Mydin,” ujar seorang wargamaya.
“Sabar makcik, penjarakan out,” luah seorang wargamaya.
Aku Salahkan Mydin pnya management sbb dah tau risiko buat jualan murah cmtu.. Langsung xde tindakan dn perancangan awal.
Barang mahal weiii, aku x salahkan kalau dorg nak berebut. Makanan itu ibarat nyawa untuk kita terus hidup. Ada lagi yang susah daripada kita tak makan. Kalau nak sakit tu tetap akan sakit walaupun jaga sop, bila2 masa sahaja kita akan mati. Just kerajaan sahaja yang berlebih2 ambil tindakan tak tentu pasal.
Mydin nie bgs sbb dia nak buat jual murah nie utk org yg kurang kemampuan tp bl dpt tu plak da xberingat yg di belakang yg mgkn lg perlu dr kita..berpada2 la… Berbagi rezeki sama byk… Xperlu pon berebut2
Silap hari bulan kerajaan ambik inisiatif letak paxlovid percuma dlm ikan tu, x perlu la susah payah nak paksa rakyat…guna je taktik keji mcm ni, berebut la rakyat……
Memang la.. Sape xmau ikan murah, bleh nk ikut peraturan, buat satu plastik 10 ekor sorng, buat siap2.. Jgn kasi bgi lebih.. Bru la btul
Apalah sampai macam ni,,Takde peraturan langsung….Mungkin ni kali terakhir mereka dapat makan ikan Mambong tu kot….hrmmm
kerajaan tgok bkk mata.ni org ssh cr mkn .sbb cr harga rendah tau .tak semua org nasib nye baik .kena ingat ada yg susah .lg nk buat akta baru penjara 7 tahun la .denda tak lebih 1juta la .blh buat tindakan sendiri la dr pengarah yg berwajib .ni tgok .org tak kesah covid .jji dpt mkn hidup dulu sebelum mati .baik berimpit cr mkn .dr pada ssh tak mkn lps tu kena tindas .last sekali dpt covid .
“Campur habis lelaki perempuan,” kata seorang wargamaya.
“SOP oii, mari polis nanti tu kena semua sek demo,” tulis seorang wargamaya.
“Kelantan takde Covid kot,” usik seorang wargamaya lagi.
Difahamkan pembukaan cawagan pasar raya ke-67 di Kelantan ini melibatkan keluasan hampir 1 juta persegi, sekali gus menjadi Mydin terbesar di Malaysia.
Mydin Tunjong sasar jualan RM15 juta sebulan
Rangkaian pemborong dan peruncit halal, Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) menyasarkan hasil jualan cawangan baharunya, Mydin Tunjong di sini melebihi RM15 juta sebulan selain menyediakan 400 peluang perniagaan kepada penduduk tempatan.
Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata pembukaan cawangan ke-67 itu juga dapat menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk di Kelantan, sekali gus membantu peniaga serta masyarakat mendapatkan barangan dengan harga borong yang berpatutan dan berbaloi.
“Di sebalik kemelut ekonomi tidak menentu ekoran pandemik COVID-19 yang berpanjangan, Mydin mengambil langkah berani membantu ‘Keluarga Malaysia’ dengan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan.
“Dengan pembukaan cawangan ini juga, ekonomi penduduk setempat dan negeri dijangka menerima impak positif terutamanya apabila negara membuka sektor ekonomi sepenuhnya selepas melalui tempoh panjang Pelan Pemulihan Negara akibat pandemik COVID-19,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian cawangan berkenaan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus, hari ini.
Mengulas lanjut, Ameer Ali berkata antara keunikan Mydin Tunjong adalah ia mengetengahkan hasil produk keluaran usahawan tempatan seperti pakaian, makanan, hasil kraf tangan dan sebagainya, selain pembeli berpeluang mendapatkan barangan dengan harga borong dan kompetitif.
“Pasar raya tiga tingkat ini berkeluasan hampir satu juta kaki persegi dan menelan kos hampir RM250 juta,” katanya.
Sumber AS Sohor/Bharian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment