Sharnaaz Akhirnya Buka Rahsia Mengenai Dia Dan Shila Amzah, “Terus-Terang, Kami Ada Saling Mesej”

Pelakon, Sharnaaz Ahmad kini sering diusik oleh orang ramai untuk kembali bercinta dengan peyanyi, Shila Amzah selepas dia dilihat memberi sokongan secara terbuka kepada penyanyi lagu Pelukan Angkasa di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) baru-baru ini.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad berkata, dia tak mampu menghalang peminat dan pengikut untuk mendoakan hal yang baik pada dirinya.

Namun, pelakon filem Jebat itu mengakui percaya bahawa di akhirnya urusan rezeki, jodoh dan ajal itu berada di tangan Allah SWT.

Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh.

Menurutnya, selepas Shila berpisah dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias, mereka ada berhubungan menerusi telefon dan Sharnaaz banyak memberikan kata-kata semangat buat Shila.

Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa?

Sebenarnya, kalau nak tahu, genre muzik yang dibawakan oleh Shila di AJL36 itu adalah genre sebenar yang dia paling suka. Tapi biasalah, dulu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal dia, jadi tak diberikan peluang itu.

Jelas Sharnaaz, sejak mereka bercinta dulu, dia tahu memang Shila cukup suka genre muzik seperti kumpulan Evanescence. Baru-baru ini, dia dapat peluang untuk menyanyi genre itu dengan baik dan benar-benar menjiwainya.

Sharnaaz puji nyanyian Shila Amzah, netizen usik – “Cinta bertaut kembali?”

Pelakon Sharnaaz Ahmad memuji persembahan kumpulan SOG dan Shila Amzah menerusi nyanyian lagu Pelukan Angkasa pada Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) yang berlangsung malam tadi.

Menerusi beberapa ciapan di laman Twitter, Sharnaaz menyifatkan lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin itu mempunyai susunan muzik yang luar biasa.

“Pelukan angkasa #AJL36. Superb music!!! Berdiri bulu uban jambang aku,” seloroh pelakon berusia 37 tahun itu.

Malah sebelum keputusan AJL36 diumumkan, pelakon drama Cinta Bukan Kristal itu meletakkan harapan tinggi supaya lagu bergenre metal tersebut akan meraih tempat kemenangan pada tahun ini.

Sharnaaz berkata sekiranya lagu itu tidak berjaya mendapat sebarang trofi, program AJL lebih baik dibubarkan sahaja sekali gus tidak perlu dipertandingkan lagi.

Kalau tak menang, baik bubar je AJL

Bagaimanapun selepas lagu Pelukan Angkasa dinobatkan sebagai juara, dia seolah-olah berpuas hati dengan keputusan tersebut selain mengucapkan tahniah kepada Shila dan kumpulan SOG.

“Done, tak perlu bubar #AJL36. Tahniah Sha (nama panggilan Shila Amzah) dan SOG,” tulisnya yang popular dipanggil sebagai Mamu.

Berikutan sokongan padu ditunjukkan kepada finalis itu, netizen tidak semena-mena mengaitkan Sharnaaz dan Shila berhubung kisah lama yang pernah terjadi antara kedua-dua selebriti berkenaan.

Rata-rata mengusik pelakon tersebut soal hati dan cinta apatah lagi masing-masing sudah memegang status bapa dan ibu tunggal anak satu.

Kami nak korang bersama semula!

Mentang2 dua-dua dah ‘single’

Shila baca ni mesti senyum!

Kalau jodoh tak kemana Mamu

Moga berjodohan…

AJL36 yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Nabila Huda disiarkan di TV3 dan Youtube TV3 Malaysia dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Sumber BN/OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*