
Gara-gara video wanita muslimah cantik menjual pau tular di TikTok, peniagaan PapaPau Bienda dan suaminya mendapat sambutan yang menggalakan. Bienda berkongsi rasa syukur dan terima kasihnya, melalui muatnaik terkini di Instagram.
Tak Sangka Pau Viral Laku Keras
Bieda mengucapkan rasa syukur atas rezeki yang Allah S.W.T berikan menerusi kuasa viral di media sosial. Menurut selebriti jelita ini ramai pelanggannya, baik yang datang ke kedai mahupun melalui penghantaran ke rumah mendapat sambutan hangat.
Video yang viral
REZEKI VIRAL
Segala Puji Hanya Bagi ALLAH SWT
‘Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’ Adalah semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.
P/s : Masya Allah Tabarakallah Syukur Alhamdulillah Walk In dan Delivery sama-sama laju Tak berhenti dari hari ISNIN kami buka.
Mula Jual Pau Sejuk Beku
Selain mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong perniagaannya, Bienda juga turut memaklumkan telah mula menjual pau sejuk beku atas permintaan ramai pelanggannya.
“P/s : Atas permintaan ramai Bienda dah mula jual pau sejuk beku kami. Dah boleh simpan stok kat rumah masing-masing” tulisnya lagi
Bagaimanapun pemilik nama Nor Razlinda Razli, 37, berkata, status sebagai seorang selebriti bukanlah halangan untuk dia mencuba sesuatu yang baharu
“Betul, memang ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan?
“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.
“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong.
“Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Bienda yang juga anak kepada penyanyi Shieda, berkata, usaha yang dilakukan itu sedikit sebanyak memberi galakan kepada orang ramai yang kehilangan pekerjaan untuk memulakan perniagaan.
Netizen Beri Respon Positif
Melihat muatnaik Bienda di Instagram, orang ramai terus membanjiri ruangan komen dengan memberi respon serta komen yang positif mengenai perniagaan PapaPau tersebut.
Sekadar info, Bienda dan suaminya mengusahakan perniagaan PapaPau bersebelahan dengan Petronas Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Komen2 postif netizen
Alhamdulillah. Sgt merendah diri.. tetap Cantek Dr dulu hingga kini.. Suami Pon molek suai padan sgt..semoga murah rezeki Bienda dlm bidang yg diceburinya .moga dipermudahkan segala urusan
Dia ni dari dulu mmg cntik.. pernh dlu klua majalah2 mangga ke urtv ke.. koyak tampal kt dinding.. msa zman2 nasyid meletup2.. lirik lagu smua copy paste msuk buku2 lagu.. budak 90an mesti tahu punyalaa buat gini
Mulut suami isteri sentiasa basah dengan nama ALLAH, salute semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH dunia akhirat..
Jujur ak ckp ak peniaga Jalanan sama cam akak tapi ak respek dia n laki dia.. Ya allah murah kan rezeki ku n semua amin..mai Shah alam padang jawa ada karipap King.. Goreng pisang n pelbagai Kuih2 mari2
Cuba kira berapa kali dia sebut Alhamdulillah…bila kita bersyukur, Allah tambahkan lagi nikmat utk kita
Semoga dilimpahkan rezeki tidak pernah putus dan dijauhkan dari hasad dengki manusia durjana… Bersusah payah panas hujan mencari rezeki… Semoga bienda sukses selalu aamiin…
Cantiknya….Dari dulu suka bienda nii bersopan ja Bila bercakap..semoga berjaya Dunia Dan akhirat buat bienda sekeluarga
Kagum pasangan ni… Menjadi idola.. Susah senang harungi bersama. Yg penting berniaga mesti sedekah senyuman, barulah semangat nak beli.
Masa zaman group Solehah dia artis yg aku gilai….hahaha sebab kecantikan dan kesedapan suara nye lg…tapi aku kecewa jugak seperti kecewa nye aku bila tengok Mira Filzah da kawinn… haha
Suami dia cakap “Rezeki terbesar dalam hidup saya adalah dia”, So suwittt.. Semoga perkahwinan mereka bahagia sampai syurga
Temuramah bersama suami Bienda
Sedikit trivia Bienda
Nor Razlinda binti Razli (lahir 22 November 1985) atau lebih dikenali sebagai Bienda ialah seorang penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio dan duta yang terkenal di Malaysia. Beliau ialah anak kedua daripada tiga adik-beradik dan ibunya merupakan penyanyi dangdut yang terkenal pada era 1990-an, iaitu Sheeda, serta ayahnya pula merupakan salah seorang ahli Kumpulan Desire iaitu Razli Hussein.
Tambahan pula, Bienda juga merupakan anak saudara kepada pelakon terkenal sekitar awal era millenium 2000-an iaitu Norseha Hameed. Di samping meniti arus populariti sebagai anak seni, artis versatil ini pernah diangkat sebagai ikon fesyen sehingga menjadi ikutan ramai gadis disebabkan imej hijab serta gaya penampilannya yang begitu gypsy.
Tidak kurang juga Bienda turut terkenal dengan gelaran Puteri Pop Etnik oleh kelab peminatnya, BiendaLovers, dek kerana mempunyai kelunakan vokal dan lenggok vokal yang tersendiri dalam menyanyikan lagu-lagu irama muzik etnik bernuansa Arab dan padang pasir.
Bienda telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan pelajarannya di Kolej Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan berjaya memperoleh kelulusan Diploma Teknologi Maklumat.
Bienda telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Kamarul Zariman Abd Rahman yang merupakan seorang penerbit kanan Primeworks Studio pada 8 Oktober 2010 dan dikurnia dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz dan Laxiendra Namiraz.
Sumber Mstar/Wiki
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment