Setelah Abah Meninggl, Mak Mintak Ajarkan Whatsapp, Tapi Mak Semakin Pelik, Tgh Malam Pun Masih Berbual, Pernah Ak Masuk Bilik Mak Terdengar Mak Ckp ‘I Love U’, Bila Ditanya X Sangka Mak Mengaku Smpai Ak Pun Speechless

Assalamualaikum & hai semua yang sudi baca confession. Harap semua sihat. Kenalkan nama aku Tini. Aku nak bercerita kisah Mak aku. Mak, umur dalam lingkungan akhir 50an. Baru sahaja kem4tian suami dalam 2 tahun macam tu.

Kami pulak ada 2 beradik. Seorang abang yang sejak pandemik ni langsung tak jenguk rumah Mak lagi walaupun dekat, Dan aku adiknya yang dah bersuami, belum dikurniakan cahaya mata, sekarang duduk di rumah Mak temankan dia, sebab Mak, bukan jenis yang nak ikut anak-anak. Tak boleh tidak, kena anak yang duduk dengan dia. Tak ada kompromi.

Mak terkenal dalam kalangan adik-beradik nya sebagai seorang yang cerewet, agak judgemental dan ‘bias’. Jadi, tak satu pun adik-beradik yang rapat dengan dia. Hatta, aku dan suami pun dilayannya sama.

Sebab dia lebih prefer dengan abang aku, sampai semua yang abang aku buat walaupun salah dia betulkan, dan semua yang aku buat bagi dia salah. Aku ni tak sempurna di mata dia. Gitu.

Cerita bermula bila aku kesian tengok Mak ni kesepian selepas arw4h ayah meninggl. Abang pun dah jarang bawa cucu-cucu mak datang jenguk dia. Macam-macam alasan dia bagi. Kadang tu alasan tak masuk akal jugak. Tapi sebab ‘anak emas’, Mak terima saja tanpa banyak soal.

Satu hari dia mintak aku ajarkan dia masuk dalam Group Whatsapp bertemakan ilmu agama dan selawat dari negara seberang. Jadi masa tu aku fikir positif saja terus tekan link untuk daftarkan dia masuk group tu.

Mulanya banyak ilmu dia dapat. Kawan pun ramai. Dari Negeri lain ada, dan ramai jugak dari Negara seberang, Indonesia. Dia dah mula selalu berbual, call2 kawan2, saling bagi tazkirah. Siap join ceramah online..

Wah, bagi aku tu satu perkembangan positif la. Ada jugak aktiviti dia musim pandemik ni. Masalahnya, makin lama aku tengok Mak aku semakin pelik. Tengah malam pun berbual jugak.. call2 jugak.. ada beberapa kali aku perasan waktu aku masuk bilik dia jam 2-3 pagi, Mak aku masih belum tidur.

Lama2 pandai pulak tu ucap2 “I Love U.. Muah.. Muah..”, kemudian habis la semua masakan aku dia ambik gambar. Bila benda dah jadi semakin pelik, aku pun tanya Mak. Tanpa segan silu Mak mengaku dia palsukan identiti nya jadi ‘Wanita Muslimah’ berpurdah dengan nama Humaira, umur 19 tahun.

Dan melalui perbualan dia, aku dapat tahu ‘Humaira’ ada pulak BF dari Indonesia bernama Aziz. Aziz baru umur 20an weh.. aku lagi tua dari Aziz! Hmm… Aku jadi speechless kejap. Bukan apa, tapi kerja Mak aku ni macam b4haya saja.. (memang b4haya pun) dan.. macam mana Mak boleh jadi macam ni pulak?

Bila adik-beradik Mak datang dari kampung pun, Mak tak segan angkat call si Aziz tu. Mak guru agama, ajar ngaji kot. Sebolehnya aku nak tutup aib tu dan jaga maruah dia selayaknya seorang Mak yang mulia. Tapi, Mak sendiri buka pekung. Kan mengundang fitn4h dan cakap-cakap orang.

Makcik-makcik pulak macam malas nak tegurkan. Dorang macam biarkan saja. Dan aku yang anak tak sempurna bagi dia ni, semestinya lah aku punya cadangan, nasihat, teguran dia buat tak endah.

So, mulanya aku macam.. ahh.. biarlah. Mak cuma main-main kot. Sebab pakai nama samaran kan, sampailah ada seorang cousin pm aku, katanya Mak screenshot gambar-gambar dia, untuk bagi kat BF dia Si Aziz. Kononnya gambar dia, ‘Humaira’.

Mak datang rumah cousin aku sewaktu ketiadaan parents dia, semata-mata nak suruh pakai purdah lepas tu video call Si Aziz, supaya boleh guna muka cousin aku tapi pakai suara Mak.. dan.. banyak lagi gambar sanak saudara yang dia dah hantar bagi Aziz.

Haa.. sekarang, Mak dengan Aziz tu dah putus, tapi Masalah nya si Aziz pergi pulak cari gambar cousin aku tu dalam FB. Eh.. mesti dia pelik, nama lain kan Disebabkan cousin aku ni berniaga kecil-kecilan, haa.. terpampang nombor dia tu kat FB. Mula lah dia diganggu dengan Aziz.

Sampailah dia block si Aziz. Tak cukup tu kawan-kawan cousin aku pulak dia ganggu cari ‘Humaira’. Cousin aku jadi takut, tapi serba salah nak minta Mak hentikan perbuatan dia. Sampai baru-baru ni pun mintak lagi gambar cousin aku. Seolah-olah tak ada apa terjadi.

Aku laki bini dah cuba tegur Mak aku, bagitau risiko2 dia buat gitu. Aku risau jugak orang tu kot boleh hantar ilmu pengasih kat cousin aku atau dia datang cari ke Malaysia ke..jangan buat gila..

Sayangnya, mak aku tak ambil serius pun benda ni, siap dia pm balik cousin aku tu marahkan dia sebab mengadu dengan aku. Lagi satu, Mak aku buat masalah baru pulak dengan bercouple lagi dengan mamat Indonesia lain. Aku risau benda sama lagi berulang, dia hantar2 gambar cousin aku kat orang tu pulak.

Korang rasa, apa ye patut aku buat? Cadangan plis.. Dah lebih-lebih dah ni.. ‘Anak Tak Sempurna’ – Tini (Bukan nama sebenar) Sumber iiumc

Ini pula kisah ke dua yang lebih mendebarkan. “Perangai Ayah Aku”. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai saya Orkid bukan nama sebenar, baru cecah 30an. Baru² ni kerap saya baca luahan di laman ini berkaitan masalah rumah tangga, mertua dan adik beradik ipar. Masalah kepercayaan dan masalah dianiaya. Mesti tak lari daripada isu ‘biawak hidup’ kan.

Kali ini, izinkan saya memurnikan bacaan kalian dengan kisah seorang ayah, ayah saya. Ayah saya bekerja sebagai angota keselamatan, bukan pangkat pegawai. Berkahwin dengan ibu saya seorang kerani jabatan swasta. Lahirlah saya, serta dua adik seorang lelaki dan seorang perempuan.

Perangai ayah aku. Seorang yang sangat pemurah. Dia punya pemurah tu suka beri duit dan berkongsi makanan. Kalau dalam poket dia ada RM10, dia tetap akan hulur RM5. Pada siapa selalu dia bersedekah ni?

Pada siapa2 dia rasa kasihan. Kadang pada orang tua, kadang pada budak2. Ikut suka hati dia lah nak memberi pada siapa, sebab perangai dia suka memberi. Selalu dia pesan pada aku, jangan sesekali kedekut terutama bab makan. Sentiasa bermurah hati untuk berkongsi makanan.

Suatu hari di waktu pagi, ada pekerja pembersihan mencuci longkang di kawasan kejiranan. Bila sampai saja pekerja tu di longkang rumah ayah aku, ayah aku gelabah panggil² aku suruh buatkan sandwish dan air sirap sejuk.

Dia panggil pekerja tu masuk laman rumah dan hidangkan sandwish. Pekerja tu warga Indonesia dan sorang lagi warga Myanmmar. Pekerja tu cakap pada ayah aku, sepanjang dia bekerja cuci longkang ni tak pernah lagi ada orang panggil dan jamukan dia makanan, dia rasa terkejut sangat bila ayah aku panggil suruh makan.

Lepas tu dia makan sandwish tu sampai habis, lapar barangkali berkerja bawah panas terik. Situasi tu buat aku sebak juga la pada masa sama ayah aku beri contoh yang baik.

Selain pencuci longkang ni, ayah aku selalu juga jamu pekerja lain macam pekerja kutip sampah. Kalau dia ada membeli nasi lemak bungkus, kebetulan lori sampah lalu, dia hulur saja nasi lemak tu pada pekerja tu.

Selamber macam tu saja ha dia bagi. Takde nak fikir dua tiga kali. Lepas tu dia suruh aku masak nasi goreng, dia nak makan. Nasib aku tak kisah sangat nak masak untuk dia.

Situasi lain, ayah aku ni suka beli aiskrim kon yang pak cik motor tu jual, kalau dia beli aiskrim ni dia akan beli juga untuk anak² jiran selorong, habis semua diaa belanja. Bukan main seronok la semua orang, baik pak cik aiskrim tu baik anak2 jiran.

Macam tu la dia sampai ke tua, tak kedekut dan murah hati tapi pelik juga aku dia susah nak kena tipu. Takde pula orang orang nak ambil kesempatan atas sifat pemurah dia tu.

Selain ayah aku, mak aku pun suka bersedekah tapi mak aku macam profesional sikit. Ayah aku macam gelabah ayam. Perangai ayah aku. Seorang yang suka menolong. Ayah aku selalu juga cakap yang aku ni anak yang suka menyusahkan dia bila aku mintak tolong suruh buat itu buat ini.

Tapi aku tengok dia buat juga apa yang aku minta tu, tau tau saja dah ada depan mata. Hehehe. Ayah aku mulut saja bising tapi bergerak buat kerja. Suatu hari tu, aku ikut dia balik ke rumah nenek, naik motor la kami berdua lalu jalan dalam, kiri kanan hutan. Dalam perjalanan tu, ayah berhenti sekejap di bus stop tepi jalan sebab nak telefon orang ada urusan.

Aku pun duduk menunggu dan mata sayup sayup nampak seorang lelaki berjalan kaki sambil heret motor. Bila lelaki tu sampai saja bus stop, ayah aku terus tegur, kenapa dengan motor?

Lelaki tu jawab, minyak motor habis dan sepanjang perjalanan dia tak jumpa stesen minyak. Muka macam dah nak menangis dah, tengah2 hutan ni jalan kaki pula. Ayah aku pun suruh dia tunggu sekejap, duduk dulu kat bus stop ni. Nak jadi cerita, ada budak orang asli naik motor sambil pegang joran lalu depan kiteorang.

Ayah aku terus tahan, suruh budak asli ni pergi beli minyak motor, isi dalam botol. Ayah aku siap bagi upah duit lagi, masa ni aku macam ye ye saja budak tu patah balik. Kitaorang pun menunggu sampai la budak asli tadi datang dengan minyak motor dalam botol. Aku tak sangka okay.

Huhu. Jadinya selesai la masalah lelaki tu isi minyak motor atas bantuan ayah aku, dia ucapkan terima kasih dan ayah aku bagi pula duit kat lelaki tu, kata ayah aku buat duit makan nanti. Baiknya lah ayah aku ni, mudah pula urusan dia nak menolong orang.

Rasa macam panjang saja lagi aku nak menaip, ada lagi perangai ayah aku yang suka nak kongsikan. Tapi aku perlu buat kerja pula. Nanti ada masa aku sambung ya. Orkid (Bukan nama sebenar) Sumber iimuc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*