Susulan Solekan Artistik Yang Dikenakan, Datuk Seri Vida Tampil Membuat Luahan, “Barang Salah Order? Tak Baik Cakap Saya Macam Tu,” – Datuk Seri Vida

Selepas menerima perhatian susulan solekan artistik yang dikenakan ketika menduduki kerusi Presiden Netizen di Big Stage 2022 Suku Akhir semalam, Datuk Seri Vida tampil membuat luahan.

Menerusi TikTok, menurut Vida, moodnya tidak baik mengenangkan perkara tersebut.

“Tengok Big Stage (2022) semalam? Barang salah order? Tak baik cakap saya macam tu,” katanya.

Antara Komen Netizen,

Be Urself Dsv…Tak Semua Trend Masuk Kt Kita..Tunjukkn. Kmtangan..Bukan Mcm Bbnu..Tahniah Dsv Krna Brni Mncuba.

Patut la saya beli rambutan xde bulu..kat mata dsv rupenya.

Tak look macam tu pun dah original pelik. Kenapa lahai

Mlm tadi x bleh tido..lpas tgok bigstage,..siapa lah bagi idea makeup mcm tu..bukan org puji malah org kecam buat gurauan plak,kak dah dah la nk viral

Sapa la mekap dia..failed..ada duit byk panggil epie temerloh ka…alha alfa ka…hurmm

Sory to say la xlayak jadi juri…org suruh baca komen niey x dia yg bagi komen…cukup la dh ada 3 juri..lps tu lagak mcm sponser…plezz laa

Lady Gaga 1: Didie Alias, Lady Gaga 2: Aina Abdul, Lady Gaga 3: DSV

“Stress saya terkejut. Sepanjang hari saya badmood sebab make-up ni,” katanya lagi menerusi hantaran terkininya.

Terdahulu, Vida yang lengkap mengenakan persalinan rona biru menerima reaksi pelbagai wargamaya selepas tampil dengan solekan sedemikian.

Malah, rata-rata peminat lebih senang melihat usahawan kosmetik itu tampil dengan solekan ringkas.

 

Tak buat kerja dan cuba tiru imej Aina Abdul, ini jawapan Datuk Seri Vida

Bertalu-talu dikritik kerana dilihat tidak melakukan tugasnya sebagai Presiden Netizen di program Big Stage 2022, Datuk Seri Vida (DSV), memberi alasan dia tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaca komen pilihan di Twitter.

Menurut Vida, sebagai presiden, dia juga berasa berhak untuk menyuarakan pendapatnya dengan mengambil kira kapasitinya sebagai seorang penyanyi yang juga pernah tular menerusi lagu I Am Me suatu ketika dahulu.

Tidak cuma itu, Vida juga meminta netizen sendiri untuk membaca komen-komen yang tular di platform tersebut.

“Netizen tolong faham ya. Jangan cakap saya tak melakukan tugas. Saya diberikan masa yang sangat singkat, hanya 30 saat. Nak baca komen-komen di Twitter yang diberikan produksi, saya rasakan ada yang tak sesuai untuk dibaca.

“Jadi, saya beri pandangan saya juga sebab saya adalah DSV yang ‘another level’. Saya rasa boleh saja saya komen sama dengan juri. Saya pun pandai menyanyi.

“Saya pun penyanyi dan lagu pernah tular di seluruh dunia. Netizen, bagilah saya peluang nak meluahkan pendapat saya. Anda boleh baca Twitter sendiri.

“Kalau saya yang bacakan, mungkin tak sampai mesej itu. Sebab bacaan saya itu dengan loghat Kelantan. Saya kena kecam sebab tak baca Twitter,” katanya.

Vida berkata demikian semasa ditemui usai program Big Stage 2022 minggu suku akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Terdahulu, Vida dikritik netizen kerana dianggap tidak menjalankan tugas asal yang diberikan selain dilihat bersikap oportunis kerap kali mengambil kesempatan mempromosikan single terbarunya di medan tersebut.

Selain itu, semalam juga menyaksikan Vida dikecam teruk kerana penampilannya yang dianggap jelik selain ada yang menyamakan imej tersebut dengan cubaannya untuk menjadi seperti penyanyi Aina Abdul.

Pun begitu, Vida bersikap sangat tenang dan tidak mengambil hati dengan komen tersebut selain memaklumkan ia adalah imej untuk lagu terbarunya yang berjudul Ku Ikhlaskan.

“Kalau nak cakap saya kembar Aina Abdul itu, maksudnya saya kelihatan muda lah. Tapi yang penting, saya bawa karakter untuk lagu terbaru saya,” ujarnya.

Berkongsi mengenai lagu tersebut, Vida dengan yakinnya berkata video muziknya mampu memenangi anugerah berprestij seperti Oscar.

“Video muzik saya boleh menang Oscar! Insya-Allah 20 Mac depan akan dilancarkan. Saya keluarkan kos RM400,000 untuk pembikinan keseluruhan muzik video itu.

“Saya keluarkan kos yang tinggi pun tak dapat apa. Tapi saya nak saham akhirat yang mana kita nak dekat Ramadan, saya nak anda sumbang untuk saya bagi kepada yang memerlukan.

“Anda beri sumbangan melalui lagu saya itu, dan saya akan bawakan sumbangan itu kepada masjid sempena bulan Ramadan,” katanya.

Sumber Utusan/Media Hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Kami doakan ibu anda panjang umur kepada yang tekan like/follow..Aminn

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*