
Bukan saja-saja… AlHijrah jemput Kak Long 7E untuk beri teguran, tangguh siaran selepas teruk dikecam
SELEPAS menerima kecaman hebat netizen gara-gara menjemput wanita yang dikenali sebagai Kak Long 7E sebagai tetamu sebuah program, pihak TV AlHijrah memaklumkan ia bertujuan sebagai memberi teguran.
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pihak stesen televisyen berkenaan memberitahu program tersebut turut menampilkan penceramah iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai tetamu yang bertujuan memberi nasihat kepada Kak Long 7E.
Susulan itu juga, AlHijrah membuat keputusan untuk menangguhkan siaran episod tersebut.
“Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.
“Kehadiran Kak Long 7E di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah sebagai penalis yang mengambil peranan memberi teguran agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial,”
“TV Alhijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut.
Terdahulu, stesen TV AlHijrah dan Pencetus Ummah (PU) Amin menjadi sasaran kecaman netizen apabila tular satu promosi yang menjemput Kak Long 7E sebagai tetamu program.
Rata-rata meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila produksi program itu memberi ruang kepada wanita yang dianggap bersikap biadap terhadap pekerja kedai serbaneka berkenaan.
Segelintir netizen juga menganggap tindakan PU Amin selaku pengacara mempromosi Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura sebagai tidak wajar.
“PU Amin ini selalu tegur orang kalau buat salah, akhirnya dia yang promote Kak Long 7E tu.
“Gilalah, kakak yang maki pekerja 7E tu dijemput masuk televisyen. Parah benda macam ini diangkat.
“Yang kena maki hamun itulah patut dijemput kerana tinggi adab mereka. Bukan wanita yang tidak beradab dijemput,
“Bukan ke PU Amin seorang yang lantang bersuara, takkan benda macam ini tak boleh fikir,” komen netizen Twitter.
Komen pendakwah dan pensyarah Dr. Rozaimi
Malah, pendakwah dan pensyarah Dr Rozaimi Ramle menerusi Facebooknya turut membuat teguran terbuka kepada stesen televisyen Al Hijrah yang sepatutnya memberi peluang kepada individu berakhlak baik.
“Kecewa dengan TV AlHijrah dengan jemputan mereka. Sepatutnya panggil pihak yang diprovokasi kerana akhlak mereka yang baik. Sekadar meluahkan perasaan,” tulisnya.
Bagaimanapun, menerusi semakan mStar, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 31, telah memadam status mempromosikan rancangan tersebut di platform media sosial miliknya selepas beberapa jam dimuat naik.
Bukan ke PU Amin seorang yang lantang bersuara, takkan benda macam ini tak boleh fikir
mStar juga cuba mendapatkan maklum balas PU Amin namun belum berjaya kerana mesej dan panggilan tidak dijawab.
Kenyataan Kak Long dijemput ke TV Al Hijrah.
Saya memohon maaf kerana dijemput oleh TV Al Hijrah. TV Al Hijrah tak salah. TV Al Hijrah adalah sebuah stesyen TV yang terbaik, salah satu platform usaha dakwah yang besar di Malaysia manakala saya adalah insan yang penuh kekhilafan, insan yang patut didakwah.
TV Al Hijrah saya percaya bukan berniat mempopularkan saya, menaikkan saya sebagai wira tetapi nampak insiden kekhilafan saya yang viral sebagai satu insiden saya sebagai manusia biasa. Cerita saya dipaparkan supaya semua orang mengambil iktibar atas insiden tersebut. Cerita buruk yang orang boleh ambik sebagai sempadan.
Saya menerima semua komen netizen dengan redha dan syukur. Yang baik, saya terima, Yang buruk saya terima. Netizen selalu benar, yang salah ialah saya.
Saya tetap akan meneruskan hari hari saya. Pada Allah, saya bertaubat. Saya ingin berubah menjadi manusia yang lebih baik. Saya mahu menjadi muslim yang baik, saya mahu menjadi ibu yang baik pada anak- anak saya, dan menjadi isteri yang baik pada suami saya.
Bimbinglah saya, nasihati saya, doakan saya.
Salam sayang dari saya.
Kecoh dijemput masuk TV, ibu tampil ‘back up’ Kak Long… yakin anaknya dapat harumkan nama negara!
KETIKA isu amukan di kedai serbaneka 7Eleven hampir reda, nama Kak Long atau Wan Nor Baizura sekali lagi menjadi perbualan gara-gara kehadirannya ke stesen TV Al Hijrah pada Isnin.
Ketika dihubungi mStar, wanita dari Terengganu yang berusia 34 tahun itu mendedahkan sudah berada di ibu negara sejak Ahad bagi memenuhi jemputan berkenaan.
Jelas Kak Long, dia peka dengan kecaman berterusan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya, pihak produksi serta Pencetus Ummah (PU) Amin selaku pengacara rancangan, namun berharap ia dihentikan segera.
“Kak Long dah sampai sini pada hari Ahad… datang dengan suami, anak-anak, anak saudara dan mak. Datang untuk rakaman program semalam.
“Saya terharu bila dijemput. Sebelum ini, saya dah rasa kecewa dengan kecaman berterusan, saya fikir rezeki saya akan tersekat. Tapi, Allah uji saya macam ni pun, rezeki tak putus.
“Sudah-sudah kecam saya, TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya mohon netizen hentikan kecaman terhadap TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya nak hidup bebas. Kes dengan 7Eleven pun dah berakhir,” ujar Kak Long.
Kak Long sekeluarga berada di ibu negara sejak Ahad.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia juga berharap namanya akan sepi daripada sebarang kecaman memandangkan bulan suci Ramadan bakal membuka tirainya tidak lama lagi.
“Tak lama lagi dah nak puasa. Saya tak nak baca kecaman bila dah dekat nak puasa. Saya nak jalani hidup normal. Saya kena berniaga dan teruskan hidup dengan suami serta anak-anak. Kesian anak-anak saya.
Masuk TV pun orang kecam lagi. Mestilah pihak mereka dah selidik dulu sebelum panggil Kak Long.
“Sejujurnya saya dah penat. Saya banyak kerja lagi nak buat. Kita ni orang Islam. Saya risau orang yang benci saya, suatu hari nanti mereka jadi sayang pula kepada saya,” ujar Kak Long lagi.
Sementara itu, ibu Kak Long yang dikenali sebagai Kamsah Haizam, 54, turut menyeru netizen agar berhenti mengecam anaknya memandangkan kekecohan yang berlaku sudah lama selesai.
Menurut peniaga pasar yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia faham situasi yang dihadapi Kak Long dan berharap ia reda dengan segera.
PU Amin (kanan) selaku pengacara program turut dikecam netizen.
“Nak kata sedih, makcik tak sedih. Tapi Kak Long ni dia jenis tak pandai simpan benda-benda yang berlaku. Kalau ada masalah, dia akan terus selesaikan. Bila simpan, dia akan sakit kepala, sebab itu dia luah.
“Makcik faham perasaan dia. Dia ibu, makcik pun ibu. Makcik sendiri pun dapat banyak mesej lepas video Kak Long viral. Hal dah selesai, kenapa nak kecam?
“Makcik buka Facebook, nampak macam-macam cerita Kak Long. Ada juga orang yang kami kenal pun ikut mengecam termasuklah jiran dan kawan-kawan. Jadi makcik slide laju-laju Facebook tu.
“Masing-masing ada keluarga. Begitu juga Kak Long. Kesian, banyak benda dia nak kena uruskan. Tak apalah, makcik nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang memahami. Yang kecam tu, selagi ada tangan dan mulut, biarlah mereka. Rezeki Kak Long mencurah-curah,” ujarnya.
Menurut Kamsiah lagi, dia juga beranggapan tidak salah anak sulungnya itu dijemput untuk muncul dalam rancangan TV.
“Masuk TV pun orang kecam lagi. Mestilah pihak mereka dah selidik dulu sebelum panggil Kak Long. Itu rezeki dia. Kak Long pun nak betulkan keadaan, dia pun ada masa depan.
“Makcik tahu Kak Long berbakat. Makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti,” ujarnya mengakhiri bicara.
Untuk rekod, nama Kak Long panas baru-baru ini apabila tular video amukannya di kedai 7Eleven dan restoran makanan segera KFC.
Biarpun sudah berulang kali memohon maaf dengan linangan air mata, sebilangan netizen masih tidak berhenti mengecam sehingga mengganggu emosi Kak Long sekeluarga.
Sumber MSTAR/FB Wan Noor Baizura
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment