“Yang Tak Vaksin Boleh Ka Masuk?”- Lana Nodin Bakal Buka Kedai Roti, Sekali Rita Tanya Macam Tu, Tak Sangka Jawapan Lana

Pelakon seksi Lana Nodin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi berikutan dia secara terang-terangan telah menolak untuk menerima vaksin COVID-19.

Dia yang pulang ke negara asal suaminya, Daud Mckinzie turut dilihat telah membuat perbandingan di antara negara Amerika Syarikat dan juga tanah air Malaysia mengenai diskriminasi golongan yang tidak mengambil vaksin COVID-19.

Perkembangan terkini, Lana memaklumkan bahawa dia bakal membuka sebuah cawangan kedai bakeri dan roti berlokasi di Kota Damasanra, Petaling Jaya.

MMDG&W Dengan rendah diri , @lanabakeryland Coming Soon…very very soon pada bulan ini. , So bakers bakers harap bersabar, kite akan launch wholesale bahan bakeri milik bumiputra pertama di malaysia yg terbesar area kota damansara… bukan saje bahan bakeri malah kite ada ready make roti roti dan pastry utk meraka yg nak rasa produk dari air tangan lana , One Stop Center, ” Where Everyone Can Bake” Bismillah

Perkara tersebut turut diumumkan pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini di laman media sosial Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan rakan artis tampil mengucapkan tahniah buat Lana di atas kejayaan dia membuka kedai roti terbaru miliknya itu.

Apa yang lebih mencuri tumpuan apabila rakan baiknya, Rita Rudaini ada bertanyakan soalan yang agak mencuit hati netizen dan juga peminat di luar sana.

Yang tak vaksin macam kami boleh ka masuk kedai hang? Ke hang nak sangkut signboard depan kedai ‘hanya yang berdose dose saja di alu-alu kan?
Menjawab persoalan Rita itu, Lana memaklumkan bahawa kedai barunya itu tidak mengamalkan diskriminasi di mana orang vaksin atau tidak divaksin boleh saja datang ke kedainya untuk membeli-belah dan merasai air tangannya.

Komen rita ig lana

Rita – yg xvaxx mcm kami boleh ka masuk kedai hang?? Ke hang nk sangkut signboard depan kedai ‘HANYA YG BERDOSE DOSE SAJA DI ALU2 KAN’ ?

Lana – Hampa..rezeki tak salah alamat….kun fa ya kun…anyway cik rita…kedai kami x amalkan diskriminasi…semua org di alu alukan…vax ke tak, boost ke tak boost ke semua di jemput dtg…rezeki jgn di tolak musuh jgn di cari….anyway kami memang masih sendu sebab yak banyak keluaq tv

Antara Komen lain

best tngok lana, sentiasa maju ke depan dan x duduk diam…smoga Allah murahkan rezeki dlm perniagaan

Congrats My Dearest Sister.. Proud of U.. Success Always and Fly High

Jual online juga Pn Lana. Sebb kami yg duduk jauh ni susah lah nak ke kota damansara itu.

congratulations @lananodinmckienzie .. dulu u kawin i buatkan kek hantaran u dengan macarons .. wedding kt the palace golden horses…

all the best sis…look forward too…hope it is not too pricy for a small home baker like me

tahniah teringat live lana bgtau nak bukak kedai bakery Alhamdulillah dah jadi realiti

Apa-apapun, tahniah buat Lana Nodin. Tak sabar nak rasa roti hasil air tangan artis kita seorang ni!

Sumber Beautiful Nara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*