Aliff Syukri Tak Sempat Cuci Berak, Lari Lintang Pukang Rumah Terbakar… Selamatkan Diri, Tak Fikir Jam Mahal!

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berdepan detik mencemaskan apabila salah satu bilik di kediamannya yang terletak di Kota Damansara, Selangor terbakar pada Rabu.

Menurut Aliff, 35, semasa kejadian dia berada di dalam bilik air dan menyedari mengenai kebakaran itu selepas dimaklumkan oleh pekerjanya.

“Pengalaman yang amat menakutkan saya apabila mendengar jeritan dari anak-anak, pengawal, pembantu peribadi, pembantu rumah dan tukang kebun.

“Asap sampai naik ke atas, semasa itu saya sedang berak (buang air besar) sampai tak sempat nak cuci… tak perasan langsung terbakar.

“Ketika kebakaran itu, orang ketuk pintu (bilik air) dan saya menjerit sambil lari lintang pukang. Sampai tak cukup tanah nak lari, sudahlah rumah saya ni besar sangat,” katanya menerusi laman Instagram.

Pengalaman yang amat menakutkan saya awakkk, apabila mendengar jeritan dari anak-anak, pengawal , sy pa,maid dan tukang kebun ..melihat asap naik sampai ke atas waktu tu saya sedang berak sampai sy x sempat cuci berak dan tak perasan langsung terbakar awakk..waktu tu Ada kebakaran..

orang ketuk-ketuk pintu dan menjerit saya lintang Pukang lari, sampai tak cukup tanah nak lari dah lah rumah sy besar sgt.. sy lari lari tapi tak jumpa jalan keluar..waktu tu tuhan je tahu ..waktu tu saya hanya fikir nak selamatkan nyawa keluarga saya saja..tak fikir dah jam mahal, rumah mahal .. sy buntu dan mengelabah.

aliff 2

Aliff hanya fikirkan keselamatan keluarga.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik rakaman video kekecohan semasa kejadian itu berlaku.

Dalam rakaman tersebut, Aliff menunjukkan katil pada salah satu bilik di tingkat bawah kediamannya terbakar.

Tak fikir dah jam mahal, rumah mahal… saya buntu dan mengelabah!

Semasa dia dan keluarga menyelamatkan diri keluar daripada rumah, penyanyi lagu Coba Bahagia ini berkata dia tidak memikirkan lagi mengenai harta benda.

Malah, dia hanya mengingati Allah dan memohon supaya keluarganya diselamatkan daripada insiden buruk.

“Saya lari tapi tak jumpa jalan keluar… waktu tu tuhan je tahu, saya hanya fikir nak selamatkan nyawa keluarga saya sahaja.

“Tak fikir dah jam mahal, rumah mahal… saya buntu dan mengelabah! Siapa nak video bahagian kedua, saya kongsikan ini,” ujarnya.

Video,

Antara komen-komen warganet

Kena ready alat penggera, pemadam api dll sepatutnya..

Bilik mana terbakar tu. Semoga semua baik baik

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Dan Semoga Dilindungi Oleh Allah SWT

Baru tau ada jugak orang berak satu dunia tahu

Pastu dato dah basuh berak ke belum tu

Waktu dato call “bombaa bomba” tu.baru saya taw ade org dlm dunia ni terpaling manja

Family n barang barang awak ok ke???semoga awak tabah yee,ada lh tu Allah nk tunjuk apa apa kat awak

Saya cemas dan kami semua cemas . Nak bernafas tersekat nafas asap banyak sangat, Doakan kami semua selamat

Harap semua baik2 dan selamat. Pasni leh pasang smoke detector. Pastu sediakan fire extinguisher sekali.

Tapi skrang ni nak tanya, yg anak2 pun sibuk masuk bilik terbakar tu dah kenapa dato? Common sense ler sikit. Patut suruh budak2 tgu kat luar. Asap kebakaran bahaya utk paru2.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*