“Diseluk Stylist Lelaki” Fauziah Nawi Ditegur Netizen Tak Jaga Batas, Sekali Fauziah Nawi Balas Komen Buat Semua Diam.

Baru-baru ini, seorang stylist memuat naik sepotong video di akaun TikTok yang memperlihatkan dirinya menyiapkan pelakon berbakat besar, Fauziah Nawi.

Menerusi video berkenaan, stylist yang dikenali sebagai Pejoy Yahaya itu sedang mengemaskan sarungan tudung pada Fauziah sambil aktres berkenaan menelaah skrip.

Sungguhpun ia terlihat biasa, namun, lain pula ceritanya pada mata netizen.

Seorang pengguna TikTok menulis meninggalkan komen yang berbunyi: “Lebih baik ibu (panggilan mesra Fauziah Nawi) pakai sendiri sebab dah biasa pakai kan. Maaf kan saya andai saya salah,” tulisnya.

Kemudian, seorang lagi netizen bersuara: “Yup betul saya tak pertikaikan niat cik. Cuma saya tegur batasan dan cara tu. Matlamat tak halalkan cara. Semoga sentiasa murah rezeki. Amin,” luahnya.

Pejoy kemudian memuat naik video yang menampilkan respons Fauziah mengenai hal berkenaan. Fauziah meminta supaya tidak menyalahkan stylist dan juga make-up artist memandangkan itu merupakan tugas mereka.

Selain itu, kerja-kerja yang melibatkan penggayaan dan solekan untuk drama selalunya melibatkan tenaga kerja lelaki.

Video

“Assalamualaikum, saya Fauziah Nawi dalam cerita Nenda ini dan stylist kita adalah Pejoy. Pejoy adalah lelaki. Azri 1976 juga lelaki, make-up artist.

“Dah mereka yang dapat job ni, saya ni sebagai pelakon tak boleh nak cakap apalah. Maksudnya di sini, walaupun mereka lelaki, mereka tahu adab. Dah tersentuh tu nak buat macam mana.

“Saya minta maaf pada semua orang janganlah marah kami. Sebab stylist dan make-up artist ni biasanya lelaki. Jarang dapat perempuanlah kan? Tak tahulah nak cakap apa minta maaflah kalau itu menyinggung perasaan semua orang. Saya minta maaf,” katanya ringkas.

Antara komen netizen,

x payah mnx maaf ngn kami, kami hanya bgtahu dan tegur mne x patut, selebihnya pilihan kamu dgn Tuhan, jgn pnggil kami nnti ‘disana’

kenapa ibu nk mintak maaf llu org lain terasa…bukan niat ibu pun…mereka tu mcm tk fhm

mekap artis tahu adab dgn pelakon anggap mcm mak sendiri..sayang Fauziah Nawi .suka sangat drama lakonannya

pkai glove dikkk… percayalah bila awk bekerja smbil mnjga batas rezeki awk makin mencurah… aminnn

Kena la faham kalau mua perempuan nk duk tgh panas kesian, sbb tu banyak mua lelaki…

Masa kini Artis2 dah jadi bualan Netizem….tak tau kenapa…silap terus tegur kann …so semoga Artis semua trus berjuang dalam dunia Artis…….

bukan nak cari salah tp klau boleh minta maaf..kenapa tak boleh fikirkan cara untuk baiki kesalahan kita..

I love your way to counter people… MUA lelaki tu mereka kena tau sendiri mcm mana nak handle kerja mereka

Klu artis/influence yg couple tu korang x tegur plak, pgang2 peluk2 korang bole plak komen “so sweet”

Anggap ibu dan anak je. Tkde niat lain pun kan kerja. Tk paham lah netizen ni.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*