“Pijak Tanah Pun Tak Boleh” Netizen Pertikai Isteri ‘Teruja’ Lawat Kubur Suami, Sekali Jawapan Isteri Buat Ramai Bingung

Sememangnya pemergian suami merupakan satu perkara yang amat perit untuk diterima oleh seorang isteri, lebih-lebih lagi jika pasangan tersebut baru saja disatukan.

Seperti kisah seorang wanita di TikTok ini, selepas sudah masuk hari ke-37 pemergian arwah suami, dia berasa syukur kerana dapat menziarahi pusara arwah dan membersihkannya.

Namum, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, susah untuk dirinya menerima takdir apabila mendapat khabar pemergian suami ketika jari masih dipenuhi inai merah.

Wanita tersebut berkongsikan video pendek dirinya sedang menziarahi kubur arwah suami, bagaimanapun ia telah menimbulkan pertikaian di kalangan netizen kerana di dakwa si isteri keluar ketika masih dalam tempoh iddah.

Difahamkan, tempoh iddah buat isteri yang kematian suami mengambil masa empat bulan sepuluh hari dan sepanjang tempoh itu, si isteri tidak boleh keluar rumah.

komen tiktok

Sedar akan persoalan netizen, wanita tersebut tampil memberi penjelasan bahawa dirinya berani berbuat sedemikian kerana tanah perkuburan itu milik keluarga, jadi tiada orang bukan mahram ketika itu.

komen tiktok

Antara Komen lain Netizen

Sory Dik.Dalam Edah Nk Pergi Ziarah Kubur Suami Pon Xblh…Smpi Abis 4bln 10hri..N Byk Sgt Lagi Bnda Yg Xblh Buat..Plis Cri Info Lgi Tau..Syg Awk

Ikotkn Taa Bole Sebb Dlm Idah,Sy Taa Jejak Langsung Smpai Habes Idah.Duk Rumh Dgn Ank 7 Bln Dgn Gugur Lagi.Dua Thun Da Berlalu. Byk Kn Berdoa.

Sye Yang Komen Ni Pun Ttibe Berlinang Airmata Be Strong Kak . Semoga Akak Terus Kuat Yaa . Dipermudahkan Sgala Urusan

Staystrong Kak , Jgn Ckp Xbole Terima Kenyataan Akk Kena Slow Ii Terima Yea Kerana Kite Takmampu Melawan Takdir”) Nak Taknak Kena Redha

Ayah Saya Baru Meninggal Bulan 1, Mak Saya Tak Bole Keluar Rumah 4bulan 10hari, Memang Tak Bole Nk Kuar. Nk Ke Reban Ayam Pon Tak Bole.

Nie Yg Pengantin 18 Hr Tu Ke? Semoga Awk Kuat.. Al-Fatihah Tuk Arwah Suami.. Semoga Tergolong Dlm Org² Beriman.. Amin

Jgn Bersedih Ye Awak. Kuatkan Semangat Selalu. Sye Doakan Awak Selalu Tabah Dan Dipermudahkan Urusan

HUKUM ISTERI MENGIRINGI JENAZAH SUAMI PADA WAKTU IDDAH

Islam datang meraikan sifat asal wanita. Apabila kaum wanita kehilangan suami, ayah dan sanak saudaranya yang rapat dengannya, ramai yang tidak tahan perasaan lalu meraung pedih, menarik-narik baju dan memukul-mukul badan sendiri kerana kedukaan. Perbuatan-perbuatan sebegini berasal daripada adat jahiliyyah yang ditegah oleh Islam. Daripada Abdullah bin Mas’ud R.anhuma, sabda Rasulullah SAW:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الخُدُودَ، وَشَقَّ الجُيُوبَ، وَدَعَا بِدَعْوَى الجَاهِلِيَّةِ

Maksudnya: Bukan daripada kalangan kami orang yang menampar-nampar pipi (kerana kematian), mencarik-carik baju, dan mengikut seruan (tradisi) Jahiliyyah.

Hadis riwayat al-Bukhari (1297)

Daripada Umm Atiyyah R.Anha bahawa dia berkata:

نُهِينَا عَنْ اتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ وَلَمْ يُعْزَمْ عَلَيْنَا

Maksudnya: Kami (kaum wanita) dilarang daripada mengikut jenazah-jenazah (ke kekuburan) dan Baginda (SAW) tidak melarang dengan keras (hal demikian) ke atas kami.

Hadis riwayat al-Bukhari (1278)

Menurut Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’ (5/277-278) larangan ini bersifat makruh tanzih. Inilah mazhab Syafie dan jumhur, manakala dalam Mazhab Malik tidak menganggap makruh kecuali bagi bagi wanita muda. Diceritakan daripada al-Abdari bahawa Imam Malik menganggapnya makruh kecuali jika jenazah itu ialah anaknya, ibu ayahnya, dan suaminya.

Sebahagian ulama menganggap perbuatan mengiringi jenazah ini sebagai makruh tahrim berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW menegur wanita yang menunggu-nunggu jenazah:

ارْجِعْنَ مَأْزُورَاتٍ غَيْرَ مَأْجُورَاتٍ

Maksudnya: Pulanglah kalian, kalian akan berdosa dan tidak mendapat pahala.

Hadis riwayat Ibn Majah (1579). Namun, Al-Nawawi menganggap hadis ini daif.

Kami berpendapat cukuplah wanita itu tinggal di rumah dan, jika ingin solat jenazah, solat sahaja di rumah dan tidak mengikuti jenazah ke perkuburan. Ini bagi menghormati hukum ihdad (berkabung) dalam tempoh iddah bagi wanita yang kematian suami. Jika sudah tamat waktu iddah, maka bolehlah menziarahi kubur suaminya sambil menjaga akhlaq ketika ziarah kubur.

Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman dan kekuatan untuk mengikuti setiap perintah Syariat Islam dalam mencapai Mardhatillah. Amin.

Sumber : Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*