Kenali Siapa Sara Dalam Drama Pok Ya Concodei Memburu Siti, Rupanya Pernah Menggemparkan Industri Seni Suatu Ketika Dahulu

Disiarkan bermula 21 Mac 2022 di Astro Ria, drama ini turut melibatkan pelakon hebat tanah air iaitu Wan Hanafi Su, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan dan ramai lagi.

Malah selepas episod ke-3 ditayangkan, boleh dikatakan drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti mula trending di laman sosial dan meraih pujian warganet.

Pujian diberikan kerana jalan cerita ini dikatakan ‘luar kotak’ yang lari dari kebiasaan atau tipikal ‘drama pukul 7pm’ yang asyik pasal cinta dan sembang projek juta-juta.

Selain itu, kualiti pelakon yang menerajui drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti juga tidak dapat dipertikaikan lagi.

Selain dari Sabri Yunus sendiri yang memegang watak sebagai Pok Ya Seghedam, lakonan Eman Manan sebagai Muda Primula juga dikatakan membuat ramai meremang bulu roma.

Antara teraju utama drama ini ialah watak Sara teman wanita kepada JJ ( Farid Kamil ). Sara sebenarnya adalah anggota kumpulan ZiaBella. Nama sebenarnya ialah Shazia Rozaini.

Kumpulan ZiaBella

 

Beliau juga merupakan finalis bintang RTM. Walaupun tidak menjadi juara, platform itu memungkinkan Shazia menimba ilmu dan pengalaman untuk dikongsi. Berasal dari Alor Setar, Kedah Nurul Shazia merupakan kakak sulung dan adiknya pula bernama Nurul Salsabila. Mereke berdua adalah artis dibawah naugan KRU.

Nurul Shazia juga merupakan pelajar dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pramugari untuk AirAsia dan Malindo.

Pernah menggemparkan dunia hiburan apabila dipukul oleh bekas teman lelakinya yang juga penyanyi, Aweera.  Antara kenyataan beliau waktu itu.

Benar, dia memukul saya dengan teruk. Saya sudah tidak boleh menerima keadaan ini, menyebabkan saya membuat laporan polis.

Dia juga ditahan seketika. Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan syarat dirinya tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga.

Saya bercinta dengannya lebih sembilan tahun dan tak sangka pula begini pengakhirannya.

Tetapi saya percaya setiap kejadian ada hikmahnya. Walaupun bukan mudah, saya akan terus pandang ke hadapan dan tidak mungkin akan kembali kepadanya semula.

Anggota ZiaBella mengaku dipukul penyanyi rock

Lakonan mantap beliau dalam drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti mendapat perhatian ramai. Antara babak2 beliau dalam drama tersebut.

 

Gambar terkini beliau di instagram.

 

 

 

Sumber Murai/Persona/BH/IG

Artikel Oleh RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*