Malam Pertama Isteri Dah Bagitau Awal2 Yg Dia Tak Dpt Nak Layan Suami, Mengejutkan Bila Isteri Minta Suami Cari Perempuan Lain, Rupanya Sebab Ini

Assalamualaikum dan terima kasih andai luahan aku ni diterima untuk disiarkan. Semalam, aku buat sesi throwback. Dan aku rasa rindu yang amat, tapi aku tak boleh nak luahkan dekat sesiapa. So aku luahkan dekat sini.

Nama aku Ri, aku kenal dengan Aisyah ni start dari sekolah. Tapi dia bawah aku. Sebab umur dia 25 and aku sekarang 28. Kitorang fav student Ustaz Zaki, kitorang rapat, sebab ustaz selalu suruh kitorang pantau aktiviti pelajar. Ohh ya, dia sangat cantik.

Kening lebat, kulit putih and suka senyum. Lepas aku habis sekolah, aku dengan dia lost contact tapi umur aku 25 kitorang dapat contact balik each other. Aku confess kat dia, yang aku suka dia. Alhamdulillah diterima baik, dan dia cakap. Dia suruh tunggu habis study, baru datang merisik.

Aku ikut je, tak nak terburu-buru sebab masa tu kerja aku pun tak menentu. Tapi, dia ada dengan aku dari aku pakai kancil sampai laa sekarang aku dah ada kereta yang better dan selesa. Dari aku takde apa-apa sampai lah aku hampir ada segalanya.

Long story short, dia pun dah habis belajar. Aku ajak dia bertunang, dan family aku pun pergi jumpa parents dia untuk tarikh bertunang. Tapi seminggu sebelum bertunang tu, dia sakit teruk. Demam, muntah badan dia jadi kurus sikit.

Disebabkan sakit dia tu tak baik lagi, kitorang decide untuk tangguhkan pertunangan tu. Kitorang kerap bergaduh, dalam sebulan tu 3-4 kali bergaduh. Sampai 1 tahap, dia block aku kat semua socmed termasuk whatsapp. Aku buntu, aku tak tau macam mana nak pujuk dia,

aku masa tu memang give up and dah rasa yang dia bukan jodoh aku. Aku banyak berdoa minta petunjuk. Dia makin kerap sakit, muntah cairan merah. Perutnya sakit, badan dia makin kurus. Pergi hospital, appointment tak pernah miss, tapi masih taktau dia sakit apa. Beribu habis, masih sama.

Dan family Aisyah decide untuk pergi berubat cara islam. And surprisingly, ya. Aisyah diguna gunakan. Aisyah marah-marah aku, itu semua laki tu yang buat. Dia tak nak aku ni rapat dengan Aisyah. Laki tu marah sebab Aisyah tak layan dia. Ustaz nak buang benda tu, tapi laki tu dapat rasa.

And laki tu hantar benda yang lagi kuat. 6 bulan, keadaan Aisyah masih sama. 3 ustaz cuba untuk ubatkan dia, tapi tak mampu sebab terlampau kuat. Aisyah minta aku cari lain, jangan tunggu dia. Aku dengar dia cakap macam tu, aku nangis.

Aku terus bagitahu parents aku, aku nak nikah dengan Aisyah. Walaupun aku tau keadaan dia macam tu. Alhamdulillah family aku faham aku, dan aku pun pergi ke rumah Aisyah untuk bagitau hasrat aku. Parents dia agak terkejut, termasuk lah Aisyah.

Aisyah marah aku, dia cakap jangan kawin sebab rasa kesian. Cari laa perempuan lain, jangan dengan dia. Aku berkeras, aku nak kawin sebab aku nak jaga dia, depan mata aku. Alhamdulillah aku selamat jadi suami dia, hanya kenduri simple.

Malam lepas nikah tu, aku cakap dekat dia, “Yang, kita nikah simple-simple. Nanti bila awak dah sihat, kita buat majlis yang lain ye?”.. Lamaaa Aisyah tenung aku, lepastu Aisyah cakap dekat aku “takpe.. sebab sy tak boleh bagi apa yang awak nak, sy takde apa-apa, dah tak cantik macam dulu, dah tak mampu nak buat kerja macam dulu, and mungkin dah tak boleh happy kan ri macam dulu.”

Aku diam, sebab tahan air mata. Cengeng. Esoknya, keadaan Aisyah makin teruk. Dia muntah-muntah dan keluar benda pelik, tak larat jalan, hanya terbaring. Ustaz call aku, dia bagitau yang lelaki tu marah sebab aku kawin dengan Aisyah. Aku suruh ustaz pulangkan, tapi ustaz tak bagi.

Hampir seminggu Aisyah terbaring. Malam Jumaat, Aisyah panggil aku, Dengan susah payah dia dia bisik kat aku “Ri.. Sya tak kuat dah ni, tolong halalkan makan minum. Ri cari pengganti, sya izinkan.. sya minta maaf, aisya tak bagi, tak mampu jalankan tugas isteri. Ri cari pengganti ye nanti..” Aku tunduk, aku menangis je.

Hari Jumaat esoknya, lepas kami semua bisikkan kalimah syahadah, Aisyah pergi menghadap ilahi. Dengan tenang, disisi aku and family Aisyah. Semuanya berjalan dengan lancar, masa Aisyah dikafankan, baru aku nampak wajah ‘sebenar’ dia. Dalam hati aku cakap “cantiknya awak sayang..”.

Puaslah kau lelaki, kau dah buat dia derita. Kau dah buat dia hilang hampir semua yang dia impikan. Dan kau buat aku hilang orang yang aku sayang. Semoga allah membalas atas apa yang kau dah buat pada Aisyah. Dan harini genap 2 tahun aku menjadi suami Aisyah.

Dan sampai sekarang, aku masih belum dapat pengganti dia, dia sempurna kat mata aku. Aisyah yang aku sayang, aku tak dapat miliki dia. Allah pinjamkan sementara je. Menyayangi Tapi Tak Memiliki, itu lagi sakit. Tolong jangan gunakan benda bukan bukan untuk dapatkan sesorang, mungkin korang tak pernah kena macam ni.

So korang rasa mengarut, tapi bila kau dah kena. Baru kau tahu apa yang aku rasa, tapi harapnya tak kena kat kau laa. Aku dah 2 kali kena, 1 orang dengki bisnes aku, 2 pasal Aisyah ni. Al-Fatihah Aisyah. Ri belum jumpa perempuan yang sama macam awak. Awak memang special Aisyah. Assalamualaikum.

Kisah kedua lebih mendebarkan,

Aku rasa tcabar suami madukn aku dgn cleaner, aku tekad bt sesuatu smpai suami tergiilakn aku blk

Salam…Saya nk kongsi pengalaman saya yang sdh 5 tahun bermadu. Saya isteri pertama. Kami sudah berkawin 18 tahun dan kami suami isteri berkerjaya. Apabila saya dapat tahu suami saya sdh 3 minggu berkahwin lain tanpa pengetahuan saya dengan seorg janda bekerja sbg cleaner beranak 3…saya benar2 tak boleh menerima hakikat ini krn selama ini kami sangat bahagia…

jarang bergduh dan suami sangat memanjakan saya. 2 tahun pertama suami berpoligami adalah tahun2 yang sangat mencabar dan menguji rumah tangga kami kerana saya sering mengmuk,

menjadi sangat sensitif dan sering minta dilepaskan. Saya tidak dapat menerima hakikat ini walaupun saya sedar suami saya tlh cuba yang terbaik untuk saya dan anak2.

Dari segi giliran, suami berlaku adil. Nafkah zahir dan batin langsung tak berubah…masih sama spt dahulu.

Namun saya masih tak dpt memaafkan suami sbb tlh menghncurkn kepercayaan saya selama ini.

Beberapa tahun lepas saya jatuh skit dan terpaksa cuti skit selama 5 bulan. Semasa skit, suamilah yang mengurus saya segala2nya walaupun ada maid.

Sebelum pergi kerja. pasti dia akan mandikan saya, suapkan saya makan terlebih dahulu dan akan memastikn saya benar2 selesa.

Begitulah juga bila balik kerja. dia akn uruskan segala2nya. Tidak tidur malam bersengkang mata bila saya skit.

Hanya sekejab2 sahaja dia balik rumah isteri sana. Pada masa itulah saya rasa sangat kasihan dan rasa sangat bersalah pada suami.

Kadang2 saya terfikir. jika dia skit adakah saya mampu menjaganya seperti dia menjaga saya.

pernah dalam keadaan sebak dia berkata. Izinkan dia menjaga saya untuk selama2nya kerana dia sangat sayangkan saya. dan kami telah menangis sambil berplukn.

Menurutnya. Allah telah mentakdirkan beliau berpoligami dan baginya ini adalah ujian Nya untuk menguji sejauhmana kekuatan kasih sayang dan cinta kami.

Selepas sembuh, saya ada menghadiri satu program agama dan kebetulan ustaz itu sedang berceramah tajuk REDHA.

ceramah ini benar2 terkesan dalam hati saya bila ustaz itu kat. semua yang berlaku adalah dari Allah. bahkn sehelai daun yang gugur jg berlaku dengan kehendakNya.

Segala ujian adalah dari Allah dan manusia adalah pelakonnya shj. Yang penting mesti redha supaya hati tenang..

Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Disinilah saya mula berfikir bahawa Allah menguji saya melalui suami…

insan yang saya sayag. jadi kena belajar untuk redha. Jodoh, ajal dan rezeki adalah rahsia Allah.

Bermula dari situlah. saya belajar untuk memaafkn suami sebabb dia suami yang terlalu baik selama ini.Alhamdulillah.

Selepas saya mula belajar untuk memaafkn suami. saya rasa lebih tenang. Dan sekarang kami seolah2 psangan keksih yang sedang bercinta semula.

Suami makin memanjakn saya seperti pengantin baru dan sentiasa buat yang terbaik untuk saya dan anak2.

Walaupun giliran sana, dia berwassap rindu sayang dengan saya. Sentiasa tel semasa waktu bekerja semata2 nak ucapkan rasa rindu.

Kami jadi saling merindu. dia tak pernah lupa tel saya sebelum tidur semasa di sana. Tapi jika giliran saya, tak nampak pulak dia tel sana sebelum tidur.

Jika di sini langsung tak boleh berenggang seolah2 sudah lama tidak berjumpa sedangkan baru sehari.

Kami benar2 mengisi masa hari giliran saya dengan berkualiti. Dia masih tak ada anak dengan yang sana.

Apabila saya banyak membaca kisah dalam krt ini saya menjadi insaf dan merasa sangat bersyukur sebab ramai isteri yang tak bahagia di luar sana.

Ada yang dipkul suami tak diberi nafkah, tanggung biawak hidup dll walaupun tidak berpoligami.

Kawan rapat saya pernah berkata. walaupun suami berpoligami, tidak semestinya kita tidak boleh bahagia.

dan tidak bermadu tidak semestinya kita bahagia.dan sekarang saya lebih bahagia apabila belajar untuk redha dan memaafkan.

Saya yakin pasti ada hikmah di sebalik ujian ini dan hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Semoga saya lebih tabah dan redha. Apabila hari suami saya di sana, saya isikn masa luang saya dengan anak2, kawan2, pergi spa, kelas zumba dan kelas agama.

Dan sekarang saya sudah mula berbaik dengan madu saya. pertama kali kami bertentang mata. madu saya berkata kak, saya bukan nak rampas dan kongsi, saya cuma nak menumpang..

Menurutnya, sepanjang dia mengenali suami, tak pernah sekalipun suami bercakap tentang keburukan saya tetapi selalu bercerita tentang kebaikan saya.

Dan Alhamdulillah. Sekarang kami berdua menjadi sahabat yang baik umpama adik dan kakak yang sering berkongsi sebarang cerita.

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*