
Sejak diumumkan sitkom drama Puteri bakal kembali dan akan ditayangkan pada 1 Syawal nanti, ramai peminat tak keruan dan tak sabar menantikannya.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon utama, Nora Danish menerusi gambar yang dimuat naik olehnya di Instagram baru-baru ini.
Nora juga ada memuat naik perkembangan dan video di belakang tabir pengambaran drama itu termasuklah rakaman dia melepaskan rindu terhadap ‘bapa’ Puteri, watak yang dilakonkan oleh pengarah terkenal, Aziz M Osman.
Namun, video itu menimbulkan rasa kurang senang buat peminat Puteri, terutamanya peminat Nora sendiri.
Melalui rakaman itu, Nora dan Kenchana Devi dilihat berlari ke arah Aziz M Osman dan memeluknya.
Nora juga kemudian dirakam memeluk Beego di mana ia membuat netizen kecewa kerana pelakon itu tidak menjaga batas pergaulan.
Beberapa netizen menegur perbuatan Nora yang dikatakan seperti terikut-ikut dengan budaya barat selain ada yang berkata berpelukan sesama artis seperti sudah normal dilihat zaman kini.
Antara komen lain netizen yang tidak berpuas hati,
Masing2 Dh Berkahwin Jgn Ambil Mudah Bersentuhan Dn Berpelukan Tanpa Rasa Malu…Benda Haram Jgk Kau Lakukan
Mesranya Sampai Berpelukan… Terikut-Ikut Budaya Barat
Da Tk Kira Halal Haram Ke Memalukn
Peluk-Peluk Ni Takde Orang Isukan Pulak? Oh Lupa..Takde Ghairah-Ghairah..Sebab Dah Normalisasi..Oh Malaysia..
Baru Lps Isu Zul Ariffin,Yg Ni Pulak…Jagala Batas Agama Islam Itu Mudah Dan Indan,Mana Halal Mana Haram Kita Dipenghujung Dunia Dah..Xnafikn Sy Pon Mnt Citer Puteri, Tp Kena Pandai La…Pnt Alim Ulamak Nk Pesan Pesan..
Selambe Je Bini Org Peluk Laki Org . Knplaa Artis Mcm Ni Ea
Abg Beego Nangis , Terkenangkan Apa Yg Bakal Terjadi Dirumah Setelah Dipeluk Nora Danish
Minta Maaf, Sebagai Seorang Muslimah Diharap Para Artis Dan Influencer, Menjaga Batas…Dan Lebih2 Lagi Sebagai Seorang Isteri Adalah Wajib Menjaga Maruah Sebagai Wanita Ketika Diluar Rumah… Diharap Dengan Pelbagai Ujian Yang Allah Telah Berikan Pada Kita, Kita Makin Muhasabahkan Diri.. Tak Mampu Buat Semua, Buat Lah Sikit2.. Kamu Artis Dan Kamu Influencer, Jangan Influenced Peminant Kamu Dengan Dosa..Rugi Sangat Kalau Akaun Amal Kamu Dapat Dosa Jariyah… Kamu Dan Nak Masuk 40 Tahun.. Bape Baki Lagi Usia Yang Kamu Tinggal Untuk Kembali Kepadanya.
Tahniah..Cuma Peluk2 Tu.. Semoga Jauh La Na.. Batas Sila La Jaga Ya.. Selamat Beramal.
Beego Tu Spe Pd Nora Tu Ekh? Peluk Gituuh Jeee
Maaf Ye.. Knp Peluk2 Macam Tu.. Bkn Adik Bradik Kan? Maaf Ye..
“Setelah Lebih 15 Tahun Lamanya…,” – Nora Danish Teruja, Sitkom Puteri Is Back!
Sitkom popular, Puteri yang disiarkan menerusi saluran TV3 suatu ketika dahulu sememangnya popular dan pernah menjadi satu fenomena industri hiburan, sebelum ini.
Terbaru, pelakon Nora Danish memaklumkan khabar gembira apabila sitkom berkenaan bakal kembali menemui penonton di kaca televisyen, Syawal nanti.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Nora dilihat sedang menjalani penggambaran bersama bintang asal naskhah terbabit, iaitu Beego dan Kanchana Devi.
“Finally we are back #PuteriReunion 2022! Setelah lebih 15 tahun lamanya. InsyaAllah siri Puteri akan bertemu anda pada 1 Syawal, 3hb Mei 2022 di TV3. Puteri Reunion,” tulisnya.
Imbas kembali, siri komedi Puteri pernah ditayangkan selama sembilan musim dan telah mula bersiaran di kaca televisyen, sekitar tahun 2005.
Untuk siri terbaharu ini pula, drama sitkom ini telah diberi nafas baru tampil dengan tajuk ‘Puteri Reunion’.
Menerusi posting sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsikan senarai pelakon lain untuk projek istimewa ini.
Sedikit info sitkom puteri kepada mereka yang tidak tahu,
Puteri ialah sebuah siri sitkom yang diterbitkan oleh Ace Motion Pictures. Siri arahan Aziz M. Osman ini disiarkan di TV3 setiap hari Rabu jam 10:00 malam. Siri televisyen ini berasaskan filem Puteri Impian dan Puteri Impian 2 yang juga arahan Aziz.Sitkom ini juga berkembang dan berkait dengan sitkom Dunia Anita
Mengisahkan tiga wanita muda sekawan yang menyewa sebuah bilik rumah milik pasangan orang berada. Kehidupan mereka berlima penuh diwarnai dengan keceriaan dan kejutan, namun mereka bersama-sama menghadapi situasi dan cabaran yang paling ketat bagaikan tidak pernah dialami.
Watak utama
- Puteri Farah bt Nordin (Nora Danish) — Watak utama dan yang “paling jelita” dalam siri ini. Sungguhpun kelihatan lebih senyap dan lemah lembut berbanding watak-watak lain, namun dia mempunyai pendirian tersendiri. Dia sering terjebak di tengah masalah mereka dan sentiasa mencari jalan penyelesaian. Puteri seringkali cuba untuk memastikan jalinan erat dengan Roslan. Pada musim-musim terawal dia bekerja di sebuah kilang namun bekerjadi kedai Dunkin’ Donuts setelah itu.
- Kamala A/P Batumalai (Kanchana Devi Segeran) — Rakan Puteri yang berbangsa India. Dia amat terkenal dengan kesalahan peggunaan bahasa Melayu, seperti tersalah faham erti peribahasa atau simpulan bahasa yang diujar kawan-kawannya. Kamala muncul sebagai watak utama sejak musim pertama. Dia turut berkongsi tempat kerja dengan Puteri sejak musim pertama sehingga kini.
- Nadia (Intan Ladyana) — Gadis Singapura yang merupakan anak saudara Pak Badar ini dilihat sebagai bengis dan kurang bermoral. Selain itu dia kerap syak wasangka terhadap orang lain membuat kesalahan tanpa menyiasat terlebih dahulu. Nadia sering berebut dengan Puteri untuk menarik perhatian Roslan. Nadia muncul sebagai watak utama sejak musim ke-4.
- Roslan (Beego) — Penolong kepada Pak Badar yang tinggal sebumbung dengan majikannya dan ketiga-tiga wanita muda ini. Dia sering direbut oleh Puteri dan Nadia untuk dijadikan teman lelaki.
- Pak Badar (A.R. Badul) — Tuan punya rumah yang diduduki Puteri dan kawan-kawannya. Meskipun tegas dalam memastikan disiplin dan ketenteraman rumah tangganya, namun dia juga seorang yang pengasih dan bertimbang rasa. Dia juga beberapa kali mengambil tindakan terhadap orang lain atas kesalahan tanpa usul periksa.
- Lilian (Louisa Chong) — Isteri Pak Badar yang pengasih terhadap Puteri dan kawan-kawannya dan juga prihatin terhadap suaminya dan perhubungan antara mereka. Pada sebuah musim,dia mengandungkan anak sulungnya.
Bekas watak utama
- Anita (Siti Fazurina) — Bekas teman sekerja dan sebumbung Puteri dan Kamala pada tiga musim terawal. Kini dia menetap di Johor Bahru. Kisah hidupnya yang baru dipaparkan dalam siri Dunia Anita.
- Soo Sans (Melissa Tong) — Gadis Cina yang mengambil alih tempat Anita sebelum Nadia.
- Helmi (Awal Ashaari) — Seorang jejaka kacak yang muncul pada musim ke-4. Helmi cintakan Puteri dan inginkan dia tetapi Roslan yang juga sukakan Puteri cuba menghalang Helmi.
- Kak Mas (Amy Mastura) – Kakak kepada Roslan yang mengusahakan perniagaan Shanana Catering. Roslan membawa Puteri, Kamala dan Soo Sans menyewa di rumah Kak Mas pada musim ke 4, 5 dan 6
- Abang Malik (Salih Yaacob) – Suami kepada Kak Nana yang miang dan pemalas.
- Afdlin Shauki (Afdlin Shauki – Seorang selebriti terkenal yang tinggal berjiran dengan Abang Malik dan Kak Mas dan sering muncul di rumah jirannya.
- Wiinie Thye (Winnie Thye) – Pada Musim ke 6 beliau menggantikan Louisa Chong sebagai Kak Lilian.
- Shah Riz (Shah Riz) – Pemandu Baru Pak Badar pada musim ke 6, 7 dan 8.
Sumber BN/MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment