“Komen Adakala Menyakitkan,”, Pelawak Jadi Penyampai Video Dikritik, Jep Sepahtu Buka Mulut

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kehadiran barisan pelawak didalam dunia industri penyiaran radio sering kali mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.

Malah, ada juga yang menyifatkan golongan-golongan pelawak ini tidak sesuai untuk duduk di konti radio jika ingin dibandingkan dengan penyampai-penyampai radio professional.

Bagaimanapun, menurut pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu, dia lebih memilih untuk menerima segala kritikan tersebut daripada sudut pandang positif untuk dia berubah ke arah yang lebih baik.

Bercakap di program Youtube, Begitu Bagini DJ Nazz terbitan stesen radio, Gegar, Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin turut menyifatkan segala kritikan tersebut adalah teguran daripada yang Maha Esa untuk dia sentiasa beringat.

“Saya ni kalau bab beri komen memang nampak macam baik sahaja tapi itulah prinsip dan pegangan saya. Saya anggap teguran daripada orang tu adalah teguran daripada Allah. Jadi, kita kena perbaiki la.

“Kita jangan pula bila ada orang lain tegur kita ingat ‘Ala dia tak dapat dekat sini sebab itu dia berbunyi’ atau ‘Ala orang tu tiada dekat tempat kita sebab itu dia selalu bercakap. Sebenarnya dia nak tempat kita’.

“Nak buat apa cakap semua itu? Lebih baik kita berfikiran positif,” katanya ketika ditemubual.

 

Dalam pada itu, penyampai radio Sinar FM ini turut berpandangan sebagai manusia, kita tidak mempunyai daya untuk mempertikaikan segala ketentuan yang telah ditetapkan Allah SWT.

“Kalau ada orang cakap pelawak tak sesuai tadi penyampai radio atau pengacara, sebenarnya kita seperti mempertikaikan ketentuan Allah SWT. Ini semua Allah dah tentukan.

“Contohnya kalau pemain bola kemudian dia jadi pengulas sukan, itu memang sudah menjadi jalan dia. Cuma cabangnya berbeza.

“Bila dalam industri seni ini dan terlibat dalam dunia komedi, dicabangkan pula untuk jadi penyampai radio. Saya anggap itu adalah ranting dari sebuah dahan dan pokok yang besar. Bila kita ditakdirkan ke ranting itu, terima sahaja dengan hati terbuka,” ujarnya lagi.

 

Katanya lagi, meskipun adakalanya dia menerima komen-komen yang agak menyakitkan, namun, Jep mendedahkan dia akan tetap menghormati segala pandangan yang telah dilontarkan.

“Bila ada yang tidak suka, itu adalah lumrah. Manusia ni memang susah kita nak puaskan hati mereka.

“Jadi, meski komen-komen mereka ini adakala menyakitkan dan mereka memilih untuk membenci, saya tetap memilih untuk menghormati. Biarkan jelah.

“Sebab saya ini hanya pembawa nama Jep je. Ada orang-orang yang lebih baik dan warak pun orang tak suka, inikan pula saya yang entah apa-apa itu. Jadi saya berlapang dada sahaja,” akhirinya.

Terdahulu, program Begitu Begini DJ Nazz bersama Jep Sepahtu ini merupakan episod terakhir yang akan dikendalikan oleh DJ Nazz.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh DJ Nazz di bahagian akhir program berkenaan

Sedikit info Jep Sepahtu

Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep[1] (lahir 9 April 1985) merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Bakatnya diperkenalkan menerusi Raja Lawak musim ketiga bersama Shuib Sepahtu dan bergabung di bawah satu kumpulan yang diberi nama Sepahtu.

Beliau ialah bekas anggota kumpulan Sepah bersama Shuib dan Mamat, menjuarai Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak 2011. Selepas mereka bertiga berpisah, Jep menubuhkan kumpulan Sepahtu yang turut dianggotai oleh Shuib.

Jep juga ialah pemenang bagi sebuah rancangan improvisasi Super Spontan 2013[2] dan pernah menewaskan pelawak-pelawak popular yang lain dalam usahanya memenangi Artis Lawak Lelaki Paling Popular[3] di Anugerah Lawak Warna yang dibuat julung kalinya oleh Astro untuk mengiktiraf dan menghargai usaha pelawak negara.

Beberapa hari selepas itu, Jep terus disunting oleh pihak M7 sebagai duta baru produk itu.[4]

Beliau kemudiannya disunting menjadi duta Jakel untuk koleksi jubah dan baju Melayu pada tahun 2016. Beliau juga merupakan pemain pasukan Super Lawak FC.

Jep menjadi pengacara program lawak iaitu Skool Of Lawak bersama bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Johan yang bersiaran di Astro Warna. Beliau juga menjadi penyampai radio di Sinar FM untuk segmen Pagi di Sinar bersama Rahim R2 dan Angah, yang sebelum ini dikenali sebagai Sepahtu Sinar.

Beliau merupakan anak ke-4 daripada 7 adik-beradik. Pada 25 Februari 2017, beliau telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sari Yanti. Mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Dariya Inara pada 25 April 2018. Pada 6 Jun 2020, mereka menyambut kelahiran bayi lelaki iaitu anak kedua yang diberi nama Muhammad Khidir.[5]

Sumber Mediahiburan/Wiki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*