
SEJAK pandemik Covid-19 melanda, landskap pendidikan negara juga telah banyak berubah.
Paling ketara tentunya kelas secara atas talian (online) yang mana ia boleh diakses menggunakan telefon pintar, laptop, tablet dan komputer.
Pada lewat malam Selasa, seorang individu di Twitter berkongsi rakaman video kelas online, memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajarnya gara-gara tidak memiliki komputer.
“Kau pakai apa? Kau pakai fon eh? Mana kau punya komputer? Kau tinggal kat mana? Bapak kau kerja apa?” soal pensyarah tersebut.
Jawab pelajar lelaki itu, dia menetap di Seremban, Negeri Sembilan dan bapanya tidak bekerja manakala ibu pula sudah tiada.
“Mak kau dah tak ada, bapak kau tak kerja? Kau tak ada adik-beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas dan pergi beli komputer.
“Aku cakap dengan kamu. Kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas, pergi beli komputer.
“Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik, disebabkan kerana kau tidak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell, pasal itu kau akan menjadi drop out student. Semester lima kau tak ada komputer,” ujar penyarah tersebut.
Dalam video sama, pensyarah itu juga sempat berkongsi kisah zaman mudanya yang mana dia sanggup berkorban demi pelajaran.
“Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima helai je pakaian, the most important the computer, very very important. Hanya RM800 saja beli komputer.
“Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran. OK kelas, kau tutup kamera kau tu, aku tak nak tengok lagi dah,” ujar pensyarah tersebut.
Rakaman yang dikongsi pada pukul 11.43 malam itu pantas meraih perhatian netizen sehingga meraih sejuta tontonan dalam masa beberapa jam.
Rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap ahli akademik bertaraf profesor itu sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kurang enak.
Antara komen netizen yang tidak berpuas hati,
Kita semua milik Allah….kehidupan susah atau senang itu ujian untuk Kita dari Allah jadi hidup mesti sentiasa bersifat merendah diri…semoga anak2 B40 terus berjaya dunia n akhirat
Ya Allah.. saya tergolong B40 sedih nyer knp smpi terkeluar kata² gitu dr org yg bijaksana sgt tu.. bkn nyer nk bantu malah diherdikkan pulak.
Sepatut nye dlm usia mcm tu ( nenek2, mak2, makcik2), mulut tu keluar kan kata2 semangat kepada pelajar, bukan menghina, menjatuh kn maruah pelajar..
Think positive. Sahut cabaran Prof tu dgn buktikan student tu pun blh dpt result yg cemerlang. Kita ambil dr side yg positive, maka ia akan jd positive juga. Saya dulu pun susah juga. Nak sambung belajar mmg bergolok bergadai. Saya tolak tepi semua kata² negatif dan tanam azam utk berjaya. Memang ada juga kebenaran kata² Prof tu. Masa ne lah adik-beradik yg lain patut membantu.
Bila kito dah berjaya dan berjawatan jangan hina golongan bawahan…harta dan kekayaan kita memiliki skg ni ada sebahagian hak ore…ingat…tu..
Wahai prof patut nya kau xblh mengajar mcm tu .kau mahu ajar pelajar kau merompak dan menyamun.sedih nya aku bagi golongan B40 .yg punyai bilangan anak ramai dan bekerja sebagai boroh.
Ya Allah kesian nya…. Betapa malu ya pelajar dia. ko g la mgajar golongan ko tue… Dgn ko2 sekali g belajar kelas pendidikan moral.. Da tua pn masih kanak2 akal nyer.
Org yg berpendidikan tidak semestinya tahu beradab..inilah yg selalu d katakn org lebih menghormati org yg ada adab dri org yg ada ilmu..contoh
Nenek.. esok lusa golongan b40 ni la nak mandikan nenek.. nak tanamkan nenek.. jgn la sampai tak nak duduk dgn b40 nenek.. tp dah telepas ckp.. nenek hadap je viral rakyat malaysia ni.
Semoga terus berjaya wahai anak.semoga allah berikan kamu kekuatan jgn cpt putus asa.sungguh x beradap prof ni sombong.
Siapa sebenarnya pensyarah ini,
Dr Roshana Takim Ialah Profesor Madya Di Pusat Pengajian Pembinaan, Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (Fspu), Universiti Teknologi Mara (Uitm), Shah Alam
Dia telah berkhidmat selama hampir 35 tahun. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan di Bahagian Pengurusan UiTM, menguruskan keseluruhan pembangunan fizikal UiTM selama 15 tahun.
Beliau merupakan Ketua Pusat Pengajian Lepasan Ijazah di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), ShahAlam, Selangor dan telah berkhidmat di Fakulti sejak 1997.
Beliau berkelulusan dari Universiti Heriot-Watt, United Kingdom pada tahun 1987 dengan BSc. (Hons.)Bangunan. Pada tahun 1996, beliau menerima MSc. Pengurusan Projek Pembinaan diLoughborough University, UK dan PhD beliau di Glasgow Caledonian University, UK pada tahun 2005.
Beliau telah membentangkan lebih daripada 30 kertas persidangan di peringkat tempatan dan antarabangsa termasuk di United Kingdom, Dubai, China, Hong Kong dan Thailand. Minat penyelidikan beliau sekarang termasuk prestasi projek, pemindahan teknologi, pengurusan pengetahuan, perkongsian awam-swasta, pengurusan nilai bersepadu dan anti-rasuah.
Selain itu, beliau sangat berpengalaman dalam mengajar Pengurusan Kewangan dan Pembiayaan Projek. Pengetahuan teknikal yang luas dan pengalaman dalam industri pembinaan telah membolehkan beliau menjalankan banyak program latihan di peringkat pekerja dan pengurusan bagi organisasi kerajaan dan separa kerajaan di Malaysia.
Pensyarah didakwa hina B40: Saya telah minta penjelasan UiTM – Menteri
KUALA LUMPUR: Susulan tular satu klip video memaparkan seorang pensyarah universiti tempatan yang didakwa menghina seorang pelajar yang tidak memiliki komputer riba, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad tampil memberikan respons.
Menerusi laman Twitter rasminya @DrNorainiAhmad pagi ini, beliau berkata, akan mendapatkan penjelasan daripada universiti tempat pensyarah berkenaan mengajar.
“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini. Saya telah berhubung dengan pihak UiTM,” katanya.
Ciapan terbaharu Noraini itu pantas diulang ciap (retweet) satu ciapan lain yang didakwa memaparkan video yang tular itu.
Namun, hasil pemerhatian semula di Twitter, video asal berkenaan telah dipadam oleh individu yang memuatnaiknya.
Susulan tular video berkenaan, pelbagai reaksi warga net mempertikaikan tindakan pensyarah yang menghina pelajar itu.
Pensyarah berkenaan turut didakwa menyifatkan golongan B40 tidak mementingkan pelajaran.
Sumber Uitm/Astro Awani
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Tak kisah laa hang hebat tera mana pun tp klau sampai ckp menghina golongan B40,hang bkn sapa2..Hang pun akan mati jugak jd seblum mati jgn jd org tua yg bodoh dan takde adab…Mentang2 laa ada kedudukan tp mulut mcm kubahan najis…Org camni laa yg Arwah P.Ramlee kata dah tua tp bodoh…