
Sudah masuk hari kedua kes mengenai pensyarah wanita mengherdik pelajarnnya yang tidak mempunyai wang untuk membeli komputer riba menjadi bualan ramai di serata platform media sosial.
Akibat viral sekelip mata, perkara ini telah mendapat perhatian ramai, malah anak kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah Ahmad Zahid turut memberi pandangannya, dimana beliau merasakan ia bukanlah salah pensyarah itu.
Selepas menyuarakan pandangnya di Instagram, Nurulhidayah teruk dikecam netizen hingga libatkan hal-hal politik.
Pendapat sy, Prof tu marah sbb dah Sem 5 takda laptop. Yer la org susah tp sebagai pelajar, seharusnya bertanggungjawab juga dan letakkan perkara yg utama sebagai priority. Sy ni ada jugak pensyarah yg sy tak suka tp takda la smp nak aibkan pensyarah. Dah dia pensyarah dia marah la student yg dia rasakan tak ambik serius dan ambik mudah dalam hal pembelajaran.
Zaman skrg laki marah bini masuk SOCMED. Bini marah laki masuk SOCMED. Gaduh laki bini, sakit hati semua nak letak kat SOCMED. Kena marah dgn pensyarah pun masuk SOCMED.
Budak zaman nijam. Divert la rasa sedih dan kecewa tu kepada satu tenaga untuk membakar semangat. Kalau betul nak ilmu tak akan share atau aibkan pensyarah mcm tu.
Reality lagi teruk. Habis kalau kau kena marah dgn boss nanti pun letak kat SOCMED ker mcmana? Kau rasa nanti majikan nak tak ambik pekerja mcm tu? Sikit2 letak kat SOCMED.
Pendapat sy, pensyarah tu tak menghina B40 pun. Sy berpendapat, dia kata mcm tu sebab beyond kecewa. Terlalu kecewa.
Ramai jer org B40 yg berjaya. Ramai jer org mak pak yg meninggal masa kecik, masa belajar dan berjaya. Dan ramai juga yg buat part time kerja utk beli laptop. Ramai jer yg boleh bantu belikan laptop – NGO, wakil2 kerajaan, ADUN, wakil rakyat.
Hendak seribu daya. Itu maksud pensyarah tu sebenarnya.
Yg penting utamakan yg utama dan kesungguhan kita utk mencapai apa yg kita mahukan.
Tambah Nurul Hidayah juga, budaya menghebahkan atau memviralkan sesuatu perkara di sosial media bukanlah tindakan yang bijak.
“Zaman sekarang laki marah bini masuk socmed (media sosial). Bini marah laki masuk socmed. Gaduh laki bini, sakit hati semua nak letak dekat socmed. Kena marah dengan pensyarah pun masuk socmed.
“Divert lah rasa sedih dan kecewa itu kepada satu tenaga untuk membakar semangat. Kalau betul nak ilmu, tak akan share atau aibkan pensyarah macam tu.
“Habis kalau kau kena marah dengan bos nanti pun letak dekat socmed ke macam mana? Kau rasa nanti majikan nak tak ambik pekerja macam tu? Sikit-sikit letak kat socmed,” katanya lagi.
Tangkap layar (screenshot) dari rakaman video yang kini tular di media sosial.
Dalam hantaran tersebut, Nurul Hidayah turut mengulas isu pensyarah berkenaan yang dikatakan menghina pelajar daripada kalangan B40.
“Pendapat saya, pensyarah itu tak menghina B40 pun. Saya berpendapat, dia kata macam tu sebab beyond (terlampau) kecewa. Terlalu kecewa.
“Ramai saja orang B40 yang berjaya. Ramai saja orang mak pak yang meninggal masa kecil, masa belajar dan berjaya. Dan ramai juga yang buat part time kerja untuk beli laptop.
“Ramai saja yang boleh bantu belikan laptop (seperti) NGO, wakil-wakil kerajaan, Adun, wakil rakyat. Hendak seribu daya. Itu maksud pensyarah tu sebenarnya.
“Yang penting utamakan yang utama dan kesungguhan kita untuk mencapai apa yang kita mahukan,” tulisnya lagi.
Tidak mendiamkan diri, wanita tersebut membalas kecaman netizen dengan memuat naik sebuah status di Insta Story seakan kecewa dengan respon yang diterima dari orang ramai, dimana dia anggap sangat biadap.
Lihat pada status terbabit, beliau berkata jika seseorang itu ingin berkata-berkata, perlulah dipenuhi dengan fakta, bukannya berkata-kata sambil mengikut emosi.
Dalam pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan sikap netizen yang sering kali play victim dan merasakan seseorang tidak akan berjaya jika mempunyai sikap seperti itu.
Antara komen netizen,
Nak tegur bole.. tapi tak payah nak sebut B40 bagai. Budak tu da usaha hadir dalam sesi zoom tu pun da cukup bagus. Lain la org da beranak je terus kaya.tu lebih baik la diam.. sbb tak merasa perit mencari duit.
Bila kepercayaan mula berputik maka legasi tersebut keberangkalian akan dimusnahkan oleh anak sendiri… Ada. Sdh reason utk pangkah parti lain
Bila Pendapat org kayangan yg bukan berpendapatan rendah.. Pandangan prof pd B40.. Satu peghinaan.. Sperti kak long pesenda golongan OKU.. Golongan OKU yg terasa.. Telajak perahu boleh berundur. Talajak kata badan binasa. Org tua dh pesan.. Jgan mendon… See more
Tang ni memang aku bangkang. Kau anak org kaya blh lah ckp sesedap mulut kau. Tapi ingat rezeki kau xsama dgn rezeki org lain. Jdilah org yg bersyukur nekmat Allah yg beri, bkn menjadi kufur nekmat faham.
Klau saya jadi pelajar tu.. Saya akan rasa malu dan tertekan lebih2 lagi taraf kehidupan/famili saya di persoalkan.. Adalah lebih baik jika pensyarah tu bertindak profesional dengan jumpa atau bercakap pasal isu sensitif ni secara personal dengan pelajar tu..bukan nya di depan org lain..itu dah memalukan/HINA pelajar tu..pasal kerja… Lain cerita.. Tapi hanya bos/majikan yg profesional x akan memarahi staf nya depan org lain..
Berkait dgn b40 itu ialah keceluparan mulut lecturer tersebut tp hakikatnya mungkin dia nk student Tu berusaha .student pun dh sem5 Kan..jika keluarga xmampu masa cuti semester Tu berusaha la buat kerja part-time ke.. kerja je apa2 pun basic Kan rm1200 masa tu
Nasid dia baik allah x uji dia berada dalam keluarga B40…setiap manusia ada ujian masing2 ingat hidup ni hanya sementara je….yang di bawah x selamanya di bawah yang di atas x selamanya di atas.
Ohh golongan yg sama mmg tlg mnolong bah.. Mana prnah dia rasa susah ni.. Lahir2 trus kaya bh dorang ni.. Kau tau apa yg pnting dlm hidup ni ADAB.. ndak guna bijak pndai klu tiada adab.. Ada cara menegur tp bkn mnghina dan memperlekehkan yaa..
Bila orang kaya atau senang berkata…korang cakap apa sekali pun..diaorg tetap kata org susah byk alasan…susah tak bererti miskin tetapi susah dlm pelbagai keadaan…
Tak semua orang lahir dapat rasa hidup senang.. Orang yg lahir memang dah senang boleh la cakap rm800 je lap top.. Bagi orang yg tidak berkemampuan.. Rm800 tu cukup banyak dan mahal..mungkin duit yg ada pun untuk keperluan asas yg lain.. Tegur org bukan macam cara nya.. Ada bagus nya personal dengan dia.. Dan tak perlu mention golongan B40 ..nak mengajar atau nak menghina kami golongan B40..
Ada betul ada salahnya juga..zaman sekarang zaman hujung jari,xboleh nk elak..cuma tula bila menegur tu biar membina jgn sampai menghina…
Jom tengok biodata Nurul
Seperti diketahui umum, Nurul Hidayah Ahmad Zahid merupakan anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi.
Pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM dan menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Sumber Beautiful Nara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment