
Drama fenomena terbaru Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti yang disiarkan di Astro Ria bermula 21 Mac 2022 lalu sudah memasuki minggu kedua.
Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam, drama ini telah meraih perhatian penggemar drama Melayu berkualiti sejak episod pertama lagi.
Kehadiran pelakon-pelakon ‘lejen’ seperti Wan Hanafi Su, Eman Manan, Farid Kamil dan Angeline Tan menjadikan drama ini berada di kelas tersendiri.
Ditambah pula dengan penglibatan pelakon seperti Saidi Sabri, Issey Fazlisham dan Asrulfaizal Kamaruzaman, drama arahan pengarah Sabri Yunus ini sememangnya drama yang wajib ditonton terutama kepada mereka yang ‘anti drama cintan cintun’.
” Pertama kali dalam sejarah idup aku, aku ternanti-nanti dpn tv nak tngok drama PYCC:Memburu Siti..
” Ada Eman Manan, auto minat terus!!Mmng terbaik, cukup rencah, dialog bersahaja…pelakon ada jiwa, lakonan idup” kata ntizen.
Itu antara ribuan respon positif diberikan penonton.
Boleh dikatakan setiap dialog dan babak dalam drama PYCC:Memburu Siti mempunyai maksud mendalam serta memberi pengajaran kepada masyarakat.
Babak lucu Pok Ya pergi karaoke mintak dua lagu
Sebagaimana tajuknya PYCC:Memburu Siti, drama ini berkisar kisah seorang lelaki ‘gedebe’ (samseng) pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari isterinya yang dilarikan.
Pok Ya, lakonan Sabri Yunus tidak berhenti berusaha mencarinya sehinggalah Pok Ya mengetahui bahawa Siti sedang mengandungkan anaknya.
Pemburuan Siti semakin memuncak apabila Pok Ya mendapat tahu Siti sebenarnya tidak meninggalkannya tetapi Siti telah dicuIik.
Dalam satu babak, Pok Ya telah pergi mencari Siti di pusat karaoke bersama rakannya iaitu Nasir setelah mendapat tahu isterinya ‘dikurung’ di situ.
Babak ini berjaya mencuri perhatian warganet yang terhibur dengan aksi lucu antara Pok Ya dengan pemilik pusat karaoke iaitu Mrs Liew, lakonan Angeline Tan.
Pok Ya: Pasang lagu ini, “Inginku milik kasih, wajah ayu jelita, wajah cantik berseri..”
Mrs Liew: …ternganga, terdiam
Pok Ya: Nganga apanya, Hail Amir… (kata Pok Ya sambil cuba memberitahu lagu tersebut lagu nyanyian Hail Amir)
Mrs Liew: Nanti… ada tak lagu tu?” tanya Mrs Liew kepada pekerjanya.
Pok Ya: Kalau tak ada pun, lagu Muchsin dan Titiek Sendora…” Mari bermain tali bawah rumpun bambu. Pegang-pegang tali jangan pegang diriku..”
Pok Ya: Ingat, kalau takde lagu tu, siap. Yang penting dua lagu tu, lain xde takpe.
Mrs Liew: “Macam ni punya orang pun ada” kata Mrs Liew kepada pekerjanya.
Dh puas tampar orang, dia nak nyanyi pulakk
” Dia mari nak nyanyi pulakkk..dah puas agaknya tampar orang..hahahahha… Buat tak sabar tunggu kul 11 jer belako ni…
” Masa pokya sebut “jangan pegang diriku” dengan rauk muka tu, aku dah tersembur teh tarik dalam pingan nasi hahaha…
” Adegan vdeo ini mengingatkan saya watak abe Sabri dalam jenaka sitcom pi mai pi mai tang tu.. Mungkin juga ada kaitan dengan watak Wan ismail golok..” tulis warganet.
Sekadar info, Sabri Yunus dan Angeline Tan sudah lama bersahabat baik di mana mereka sama-sama terbabit dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Sabri Yunus membawa watak sebagai Wan Ismail Golok, manakala Angeline Tan sebagai Lucy.
Selain itu, selain dari drama PYCC:Memburu Siti, Angeline Tan turut menjadi pilihan Sabri untuk berlakon beberapa drama lain arahan Sabri seperti 4 Abdul 1 Mohd.
Dalam satu entri di Instagram, Angeline Tan pernah berkata beliau sudah menganggap Sabri Yunus sebagai abang, kawan, guru, sifu dan bos beliau.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) March 31, 2022
Sumber:FB Sabri Yunus, olahan Muzik Jalanan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment