
Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ana yang terkejut apabila melihat seorang wanita berpakaian serba putih berada di hadapan rumahnya.
Menerusi video tersebut, Ana yang terjaga dari tidur akibat terdengar bunyi enjin kereta yang kuat serta bunyi anjing menyalak terkejut apabila ternampak wanita misteri itu di luar tingkap biliknya.
Lebih menakutkan, wanita itu seperti sedang melemparkan ‘sesuatu’ di hadapan rumahnya pada pukul 2.35 pagi.
Ya Allah! apa yang kau lempar depan rumah aku pagi-pagi buta ni? Astagfirullah..
Dalam pada itu, Ana yang masih terkejut dengan kejadian itu turut berdoa agar dia, anak-anak, dan suami terlindung daripada perubatan keji manusia.
Allah nak tunjuk, ada orang buat khianat dekat family aku. Korang rasa apa yang perempuan tu campak ke rumah aku? Patut ke aku pergi buat report? Rasa terancam..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi, ada yang memaklumkan bahawa wanita itu mungkin menabur tanah kubur dipercayai sihir untuk memecah belahkan keluarga.
Ini sihir untuk buat ahli keluarga jadi tak tenteram, gaduh dan akhirnya penceraian. – Netizen.
Selain itu, ada juga yang berkongsi cara bagi membatalkan perbuatan sihir tersebut selain menyarankan untuk memanggil ustaz.
“Pagi nanti jirus dengan air panas, seeloknya air bacaan Yasin, sambil jirus dan cuci selawat ke atas Nabi SAW dan niat mohon pada Allah hindari sihir atau khianat,” tulis seorang pengguna TikTok.
Antara komen lain,
Pergi Berubat Okay. Saya Sendiri Pernah Disihir Tahun Lepas. Jaga Diri Semua. Jangan Mudah Percaya Sesiapa
Mungkin Itu Tanah Kubur , Nk Buat Family Porak Peranda Dan Rasa X Tenang Kt Rumah Tu
Saya Nasihatkan Jika Kenal Siapa Orangnya Buat Report. Dan Dalam Masa Sama Dapatkan Bantuan Perawat / Ustaz Utk Tawarkan Khianat Sihir Tersebut.
Biasanya Bende Macamni Kalau Kita Sendiri Nampak Apa Yg Dia Buat , Bende Tu Tak Menjadi . Tapi Better Pergi Berubat Ya
Allah Nk Gerakkan Hati Sis Utk Bgun Dri Tido,Bila Mne Allah Tk Izin Kan Ssuatu Berlaku Ia Tk Berlaku..Sis Cri Ustaz Dlu Yer..Semoga Dipermudahkan
Biasanya Sihir Terpatah Kalu Org Yg Nk Disihir Tau Yg Dia Nk Disihr Cm Dlm Vid Ni
Dulu Kini N Selama Nye… Tak Pernah Nk Berubah.. Sedih Tgk Manusia Mcm Ni..
Ini Sihir Utk Buat Ahli Keluarganya Jd Tidak Tenteram.. Pergaduhan Dan Akhirnya Penceraian.. Mudah2han Allah Swt Melindungi Dari Keluarga Tn/Pn
Hati-Hati Orang Skrg Ni, Lain Di Luar Lain Di Dalam…Manusia Skrg Topeng Dia Lain Macam. Tudung Bukan Alang2 Labuh Dia
Ambil Cuka Simbah Smbil Baca Alfatihah Saya Dlu Org Tnam Bnda Kotor Smpai Org Tgok Muka Sy Xnmpak Kata Sy Mniaga…Sis Crilah Tmpt Berubat Yg Terbaik.
Bagaimana Mengesan Gangguan Sihir & Apakah Kaedah Berkesan Merawatnya?
Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya.
Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)” – Hadis riwayat Bukhari & Muslim
Yang penting, kita perlu berusaha untuk mengubati sesuatu penyakit yang menimpa, termasuklah bab sihir ini.
Ada beberapa kaedah atau cara yang boleh kita lakukan untuk mematikan sihir.
Mengesan jin didalam badan
Ini adalah kaedah awal yang boleh kita lakukan untuk mengesan jin yang bersembunyi didalam badan. Ianya mudah dan kita boleh lakukan sendiri:
- Membaca Fatihah sebanyak 1 kali.
- Niat & berdoa meminta Allah agar diberi petunjuk.
- Baca Ayatul Kursi sebanyak 33 kali ( tanpa henti sehingga cukup 33 x)
Antara petanda terdapat jin yang bersembunyi didalam badan kita adalah:
- Hati berdebar-debar
- Lupa bacaan.. tersasul… terhenti secara mendadak
- Anda pening, mengantuk.. rasa nak pengsan
- Rasa mual & nak muntah
- sakit perut secara tiba-tiba
- terasa pergerakan didalam badan.
- Nafas anda luar biasa (mengeluarkan nada yang berbeza)
- jari-jari anda seperti ingin mencakar sesuatu
Sumber Beautiful Nara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment