“Islam Ke Tak Ni?” – Didakwa Cara Berdoa Macam Orang Kristian, Liyana Jasmay Teruk Dikecam

Seperti kita tahu, setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, perkara biasa yang sering dilakukan orang ramai adalah meniup lilin di atas kek.

Hal ini sering menjadi perdebatan kerana ada ulama mengatakan menyambut serta melakukan perkara yang mengikuti agama lain adalah haram, namun ada juga ulama mengatakan menyambut hari lahir diperbolehkan tetapi dengan syarat tiada unsur haram.

Baru-baru ini, seorang selebriti wanita iaitu Liyana Jasmay menyambut hari kelahirannya telah mendapat perhatian ramai.

Melalui video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok itu, kelihatan Liyana sedang menggenggam tangannya sambil menutup mata, lalu meniup lilin.

Perbuatannya itu seakan-akan sama seperti cara agama lain berdoa sebelum meniup lilin dan kerana itulah, pelakon tersebut teruk dikecam oleh netizen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa, sehingga ada mengatakan perbuatannya itu langsung tidak melambangkan sebagai umat Islam, serta meminta agar Liyana memperbaiki dirinya semula.

Antara komen netizen,

dia bukan berdoa..tapi buat hajat..tapi tu lah….

Dia ni gigih la nak nampak diri dia urban kan..

Nyanyian dan lakonan tk seberapa .tp banyak cipta kontroversi utk naikkan nama..dr elok jd begini plak

Masing2 berlumba nampaknya. Nak tonjolkan diri, xkira apa cara sekalipun, janji jadi highlight.

dia nak nangis..smbil tiup lilin..tu dia tarik nafas..bkn dia berdoa min..tak pernah rasa nak nangis ke lepastu rasa mcm prasaan tu tersekat…apela ko min..

Walaupon dia bt mcm tu tp hati dia baik. Korg apa taw. Haha done sembang puak libertard

Mengada²…yg kristian pun xberia..dia yg Islam beria nak berdoa mcm tu puii.

Level sendu..makaaaa createlah story kasi netijen tau dia masih wujud.

Yg kecam tu pun sambut bday siap baling tepung yg lgi harom siap mntk kek kat org.

Dia bukan berdoa .. netizen tak rileks la. Asyik kecam je. Tu hajat . Niat. Bukan doa. Adoii rosak betul otak netizen ni

Bahkan ada juga berkata lebih baik menadah tangan untuk berdoa dari melakukan tangan seakan-akan ‘make a wish’ yang sering kita lihat agama bukan Islam lakukannya sebelum meniup lilin.

Sedikit info Liyana Jasmay.

Liyana Jasmay dilahirkan pada 28 Mac 1988 di Kuantan, Pahang kepada pasangan Jasmay Md. Shah dan Habsah Simpon. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang kesemuanya perempuan, salah seorang kakaknya ialah Adriana. Liyana dibesarkan di Kuala Lumpur, mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Liyana yang lebih mesra dengan panggilan Nana ialah seorang anak yang manja dan beliau cukup mengerti jika ada yang tidak selesa dengan perwatakannya yang hiper dan suka ketawa.

Pada tahun 2012, beliau berangkat ke Manhattan, New York, Amerika Syarikat bagi menjalani kursus seni lakonan, pengarahan dan penulisan skrip di Akademi Filem New York (NYFA) selama 6 bulan, ditemani oleh ibunya. Beliau merupakan graduan Diploma Seni Persembahan dan Media dari Universiti Sunway.

Liyana berkahwin dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan pada 2 Februari 2013. Beliau dikurniakan dua anak perempuan, iaitu Sofia Arissa (lahir Mei 2014) dan Selena (lahir Januari 2016). Beliau dilaporkan berhasrat menimang anak lelaki pada usia 31 tahun.

Sekitar 2013, beliau dilaporkan berselisih faham dengan jurugambar, Saiful Nang berhubung kontrak penajaan beliau menyebabkan Saiful tidak mahu meneruskan kerjasama dengannya lagi

Sumber Mstar/Wiki

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*