Cuti Raya Baru Ni Suami 24 Jam Dgn Telefon, Aku Check Hp Suami Syp2 Tapi Tiada Apa2, Tapi Allah Nak Tunjuk Juga Aku Terjumpa Sesuatu

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya confession ni disiarkan. Nama aku Kekwa. Ya bunga Kekwa. Umurku hujung 20-an. Berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.

Tujuan aku menulis ni sekadar ingin meluahkan & meminta nasihat bagi memulihkan suasana dalam rumahtanggaku kini.

Sebelum aku pergi kepada tajuk, izinkan aku bercerita sedikit mengenai aku & suamiku. Kami berkahwin dah 7 tahun lebih.

Suami yang aku kenal ni bagi aku serba serbi la hellokkk kat mata aku ni. Agama ada, peribadi pun helok, rupa pun ok la tak malu nak bawak berjalan. Kiranya sedap la kat mata aku.

Suami aku ni dia suka tengok telefon. Dulu awal-awal2 kahwin kurang dia tengok. Tapi sejak ada anak, makin kerap dia berkepit dengan telefon tu.

Aku pulak sejenis yang pantang orang tengok telefon lama-lama. Memang terus aku akan tegur suruh letak telefon tu. Bila aku tegur, dia letak la telefon. Lepastu tengok pulak tv.

Bukannya nak layan anak tu main. Aku pulak nak kena bagi idea nak main apa dengan anak tu. Bila aku sibuk mengemas ke memasak ke, memang terbiar la anak aku dok main sorang2. Yang bapak dia pulak tak tengok telefon, dia tengok tv. Jenuh tegur. Berbuih dah mulut.

Awal tahun ni makin laa tak berenggang dia dengan telefon. Sejak dapat telefon baru dari company yang latest version punya lagi la susah nk tinggal telefon. Sambil drive pun dia nak tengok telefon.

Gambar Sekadar Hiasan

Yang ni pun aku pantang jugak sambil drive nak tengok telefon. Selalu dah aku tegur dalam kereta tu. Hangin jugak benda yang sama saja kena tegur.

Lepas tu suami aku ni suka tidur lambat. Aku ajar anak aku pukul 10 dah kena masuk bilik. Tapi dia tak, dok tercongok kat sofa tu sampai pukul 11 12 baru masuk bilik.

Aku selalu ajak dia masuk tidur awal, tapi dia takmau sebab tak mengantuk lagi. Bila aku berkeras suruh masuk jugak bilik, ehh elok saja tidur berdengkur. Letak kepala terus hilang.

Selalu aku tanya suami aku apa yang ada kat telefon tu sampai tak boleh berenggang. Dia “hmm” kan saja aku. Lock telefon lepastu tengok tv.

Bila dia tidur lewat aku bising lagi tanya kenapa suka tidur lewat? Dok tengok apa kat telefon dengan tv tu. Lagi sekali dia “hmm” kan aku. Takdenya nak bagi jawapan panjang2.

Sebab aku pelik apa yang dia tengok sangat kat telefon tu, hari-hari aku cek telefon dia. Aku bukak whatsapp & call log. Tu saja la hari-hari aku cek pun. Tu pun time dia mandi sebab masatu saja dia tinggal telefon.

Cuti raya baru ni aku rasa 24 jam dia dengan telefon. Bagi aku baik tak payah cuti kalau setakat nk duduk rumah tengok telefon dengan tv saja. Kesian anak aku weh. Aku dah la baru habis pantang. Memang dah kurang la masa aku dengan anak yang sulong.

Bila aku tengok dia asyik dengan telefon saja, aku up status kat Whatsapp pasal dok tengok telefon ni. Memang dia terasa la lepastu mai minta maaf kat aku sebab leka tengok telefon. Aku diam saja.

Jenis aku kalau dah marah sangat memang aku akan diam. Dah takda perkataan nak aku bebelkan.

Petang tu dia bawak anak kami keluar pusing taman. Mungkin Allah nak tunjuk, suami aku ni tertinggal telefon dia. Dan juga Allah bagi aku idea untuk cek google history & youtube dia.

Masa ni la aku tau rahsia dia dengan telefon yang selama ni tak boleh berpisah tu. Rupanya suami aku banyak tengok web yang ada perempuan s3ksi & b0gel. Allah.

Speechless aku weyy. Kecewa. Jantung aku macam berhenti berdegup. Serius aku tak sangka suami aku tengok benda2 tu. Aku tak sanggup nak scroll lagi dalam history tu.

Mungkin akan ada orang kata, normal la lelaki tengok benda tu. TAK WEYY TAKKK! Benda haram kenapa nk kena normalkan??

Lepastu start la perang dingin aku dengan suami. Memang aku tak bercakap sepatah. Pun dengan dia. Tengok muka pun aku tak boleh weyy. Aku macam terbayang apa yang dia tengok.

Tapi masa ni dia ingat aku marah tak habis lagi sebab dia dok tengok telefon. Dia tak tau yang aku dah jumpa benda lain.

Esok tu aku up lagi status Whatsapp. Kalini aku private status aku untuk dia saja tengok. Aku up pasal hukum tengok benda2 tu, aku tulis yang aku kecewa dengan orang yang aku sangat2 percaya selama ni. Macam2 lagi status aku pasal dia.

Lepastu apa lagi. Mintak maaf la macam biasa. Dan dia mengaku dia tengok benda tu. Hmm ntah la weyy. Aku sampai sekarang tak tau nak react macam mana.

Depan anak, kami macam biasa saja. Tapi hakikatnya aku dah tak bercakap dengan dia. Tah la korang. Aku tak tau la apa yang aku rasa. Aku tak boleh la tengok muka dia. Aku terbayang apa yang dia tengok tu.

Macam mana eh nak buat. Tolong aku please. Aku pun bukannya baik mana. Tapi aku tak boleh terima yang dia tengok benda2 tu. Sejak bila & dah berapa lama dia tengok hanya Allah saja yang tau.

Kalau ada yang suruh suami aku pegi surau berjemaah ke memang tu rutin dia. Banyak baca quran pun dia baca jugak.

Aku pun banyak saja beli baju s3ksi meksi untuk pakai depan dia. Tapi bila ada anak, ada yang tak sesuai aku pakai dah. Aku pun habis saja pantang terus exercise. Nak jaga badan untuk sedapkan mata dia.

Tapi tak sangka benda lain jugak dia cari. Sedih pedih weyy. Mana lagi yang tak kena. Hmm tu saja la aku nak luah.

Terima kasih sudi baca dan mohon doakan suami aku tinggalkan benda tu dan aku boleh lupakan apa yang dia tengok supaya kami kembali macam biasa.

– Kekwa (Bukan nama sebenar)

Kisah kedua lebih mendebarkan,

Suami ‘Check’ Telefon Isteri, Terkejut Dengan Apa Yng Ditmuinya

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Terima kasih sudi membaca confession aku ni. Nama aku Naufal, berumur 30-an. Kakitangan awam, sudah berkahwin selama tiga tahun juga dengan seorang kakitangan awam, juga 30-an. Kami kenal sudah agak lama.

Mulanya sebagai kawan sahaja, semakin lama semakin rapat dan alhamdulillah, dapat juga ke jinjang pelamin. Walaupun sewaktu couple tu, kami banyak kali putus dan rapat semula.

Wife aku ni, aku namakan dia sebagai Fina, bekerja di Borneo. Aku pula di sini di Semenanjung. Sejak dari awal perkahwinan lagi kami PJJ. Berjumpa 2-3 bulan sekali.

Sebelum aku teruskan cerita aku ni, aku harap korang tahu yang aku sangat sayangkan isteri aku.

Jujur aku cakap, aku berkenan dengan Fina disebabkan sikapnya. Dia sangat lembut dan memahami. Sangat baik hati. Sentiasa ada di samping aku.

Semasa di universiti kami kerap bergduh sebab yalah, aku sibuk, dia cemburu. Tetapi sejak kami melangkah ke alam pekerjaan, dia banyak berubah menjadi seorang yang lebih memahami.

Tapi ada satu yang aku sampai sekarang masih ragu ragu dengan diri. Fina bertubuh gempal.

Masa awal perkahwinan, aku selalu beritahu diri aku. Kecantikan tu bukan yang paling utama. Kecantikan tu subjektif.

Malam pertama aku ‘sentuh’ dia. Jujurnya mungkin tak macam lelaki lain. Dia bertanya ada masalah ke? Aku geleng. Aku cakap aku penat sahaja.

Selepas itu, setiap kali kami berjumpa, aku gagahi jua untuk bersama. Tetapi sekadar memuaskan Fina. Kami masih gembira setiap kali berjumpa.

Yalah. Dah duduk jauh, berjumpa beberapa bulan sekali. Namun aku tak tahu kenapa nfsu aku hiilang bila tengok dia.

Waktu ‘bersama’ semakin singkat setiap kali kami bertemu. Lama lama Fina perasan. Fina tanyakan padaku. Kenapa? Hati aku berubah ke?

Aku geleng. Hati aku tak pernah berubah. Aku sangat sayangkan dia. Tak pernah ada perempuan lain dalam hati aku. Tapi…

Akhirnya selepas dipaksa, aku memilih untuk berterus terang. Aku tak ada nfsu terhadap dia. Terhadap isteri aku. Sebab dia gem0k.

Aku mengaku, masa muda aku agak nakal. Video dewasa satu kebiasaan. Mungkin aku telah terpeng4ruh.

Aku tengok wajah Fina. Fina diam. Ada air mata turun dari matanya. Aku pluk dia. Aku minta maaf. Dia masih diam. Aku beritahu aku sayang dia. Dia tidak respon.

Esoknya aku lihat Fina seperti biasa. Dia memohon maaf atas tingkah lakunya semalam.

Hidup diteruskan seperti biasa. Satu hari Fina telefon aku dan beritahu dia dapat ditukarkan ke Semenanjung. Berdekatan dengan kawasan aku bekerja. Sudah semestinya aku sangat gembira.

Mulalah episod kami tinggal bersama. Kami gembira. Namun, kami tidak ‘bersama’ langsung sepanjang dua minggu kami tinggal bersama.

Aku tanya pada Fina. Dia cakap tak apa. Dia okay. Aku diam. Aku masih tak bernfsu terhadap dia. Namun aku sudah tidak menonton video dewasa lagi.

Sepanjang PKP ini kami kerja dari rumah. Hidup kami tak ubah seperti housemate. Kemesraan itu ada. Tapi bukan seperti suami isteri. Hubungan int1m hampir tiada.

Ada kalanya Fina sengaja mengenakan baju baju nakal, namun tiada apa yang terjadi. Bagi aku badannya terlalu ‘berlemak’.

Setelah PKPB diumumkan, Fina memberitahu aku dia dipanggil bekerja semula di pejabat. Aku pula masih di rumah.

Satu hari, Fina tertinggal telefon bimbitnya di rumah. Aku telefon pejabatnya. Dia cakap tak apa. Biar sahaja di rumah. Aku nak hantar telefon nanti kena kompaun pula.

Entah kenapa aku berminat untuk memeriksa telefon bimbitnya. Passcode aku masukkan. Fina memang tak pernah sembunyikan passc0de dari pengetahuan aku.

Aku buka galeri. Aku buka whatsapp. Aku buka instagram dan emailnya. Tiada apa yang pelik.

Aku perasan dia ada dua browser. Aku buka satu lagi browser. Aku terkejut. Penuh dengan video dewasa. Tangan aku menggigil. Astaghfirullah. Apa maksud semua ni?

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Nurul Izzatitutup lampu jela. orang kahwin nak bahagia, si nopal ni salahkan lelemak pulak. kalau nak tahu, lelemak tu lah bakal jadi tempat selamat utk bayi dalam kandungan.

dah lahir, bayi tu landing atas lelemak tu utk menyusu. dah besar sikit, baring pulak atas lelemak buat bantal. hurmm..malas nak cakap tapi terpaksa cakap pulak.

Izah ImaniThe mistake is yours. Xpyh salahkan org lain bila kau yang ade masalah batin. Tau x, sayang tapi xde nfsu pada org yg ko sayang n cinta sangatlah we1rd. Selain daripada weird, kau tu ade masalah btin tapi taknak mengaku.

Banyak kan membaca. Ada banyak jenis skit kelamin, pegilah berubat jika masih sayangkan rumahtangga. Isteri kau pulak tak skit, dia perluukan effort utk tampil cantik saje. Dia tgk lch sbb sumenye salah kau.

Kau berdosa dan kau yang akan jawab kat akhirat sbb tak tunaikan tanggungjawab nafkah batin. Aku yakin isteri kau sangat tersksa bersuami kan kau, tapi dia bersabar sebab sayang. Berubahlah sebelum terlambat.

Hg kata isteri hg baik, lemah lembut dan hg sayang dia. Tapi hg tak jaga nafkah batin dia. Apa yang hg jumpa kat fon dia tu adalah kesannya. Hg tu ketua keluarga, hg tu suami dia. Hg bawa la dia pergi beriadah, ajak bersukan.

Kan dah duduk serumah, lebih mudah untuk bersukan sesama. Diet sesama. Kalau ada duit lebih, hg hantaq dia pi spa bagai. Come on. Do something about it. Cari solusi please. Benda boleh settle, bro. Semoga dipermudahkan urusan untuk hgpa berdua.

Katty Ahmadmaksud dia? dia puaskan diri sendiri? ada suami pun macam tiada… dosa tau tak bagi nafkah…. emmm.

Kenapalah waktu PKP hari tu tak sama² bantu dia jaga makan, diet sihat… ini waktu free ni buka group IF dan DSSS. Sama² study, sama² bersenam.

Benda boleh ubah, ubah dan berubahlah cara baik. Dalam group itu ramai yang gem0k². boleh sama² bantu untuk kur0s tanpa apa² ub4t.

Farah KamalMula2 gi jumpe ustaz dulu. Ye lah takut org hantar bende utk hiilangkan nfsu. 2nd solat jemaah sama2.

3rd gi tgk Kevin Zahri punya ig. Ada ebook dan coach2 boleh tolong. Saya pernah turun berat 30+ kg belajar cr pemakanan dan workout ikut dia. 8 bulan dah turun sblum kahwin. Lepas kahwin happy sgt, naik berat badan. Konon PKP nk turun balik, tapi ter mengandung pulak.

Izah Bakar, Kaji dan dalami maksud syg dlm diri awak…kadang syg x bermaksud cinta…kita selalu keliru dgn 2 perasaan tu…cinta awak x kisah dia mcmana pun dan dr situ timbulnya syg…tp kalau syg semata2.

mmg awak akan nmpk segala kekurangan dia walaupun awak cuba utk menerima tp masih menganggu fikiran awak….so kaji blik perasaan tu…kdang dh kwn terlalu lama perasaan syg tu mmg timbul tp cinta x de.

Orked Lee, skrg bnyk treatment utk kur0skan badan. apa kata u sponsor dr a to z treatment dia tu. bayar coach semua. u yg ada masalah x selera dgn dia kan. jd apa salahnya u laburkan duit u untuk dia drpd kompen berlemak, n all dat. kalau di sponsor bini u x de masalah kot mksd u nk badan ala2 fatin afifah tu ke baru nk berselera.

Nadia Izlan, Adudu sedih nya dapat suami macam ni. Nauzubillahhhh.. kembalilah kepada Allah.. ajak la bini tu puasa isnin khamis and pergi exercise sama2. Jangan selalu ingat kelemahan pas4ngan je.

Cuba fikir kelemahan diri Kita jugak. Kita Ni da perfect sangat ke nak pas4ngan yang perfect.. Moga diberi jalan penyelesaian terbaik.

Faizun Musa, Bodohnya punya statement…. lelaki kan eg0… ko dah tau dia gemok masa sebelum kawin … yang ko pi kawin buat apa… maunyer aku terajang ko dik… helooo … akak dan suami pun gemok.

Alhamdullillah setakat 13 tahun kawin nie … ok jer atas katil.. 3 orang dah keluar dari perut nie… jangan ler ko ingat gemok nie Takder function… bangang sangat ko nie dik… padan ler muka ko … bini ko layan p0rno pulak… kifarah.

Alyna Adam, Nopal… Kau TAK MAMPU puaskan bini kau (mungkin sebenarnya kau m4ti pucuk tp kau terlalu eg0 utk admit so kau salahkan bini kau), then bini kau cuba puaskan diri sendiri tanpa guriskan hati kau tu dah kira ok dah tu.

Kau tak suka dia lepaskan dia la. Boleh dia cari lain yg bukan sekadar boleh puaskan nfsu dia tapi juga boleh hormat dia dan jaga dia selayaknya dia SEBAGAI ISTERI. Pundek punya nopal.

Nor Arfa, bini kau tu manusia yg ada nfsu.. jgn pk nfsu ko je yg dia kena layan.. nfsu dia..ko x pk lak. kalau apa pun yg berlaku…adalah SALAH kau kerana kau GAGAL jadi suami yg baik. dia gem0k..hbs tu pesal ko kawin dengan dia..

bukannya dia tu berubah jadi gem0k lepas kawin kan.. dh mmg gem0k kan.. so dari kau jauhkan diri n mtikan nfsu ko pada isteri halal kau.. baik kau bincang dengan dia.. daftarkan dia jadi member gym.. beli treadmill yg bagus…

makanan yg berkhasiat.. dan sama sama berusaha dengan isteri. utk pengetahuan kau.. kat luar sana berlambaknlagi lelaki yg suka perempuan gem0k.. jgn nanti meroyan bila tgk lelaki suka kat isteri kau. lagi satu.. kalau kau meroyan sb bini kau layan lch. so sama la kau.. layan lch jugak kan.. nobody perfect.

Zita Bakar, Dik, gem0k sbnrnya bkn alasan utk x bernfsu.. itu mind set kau sbb sblm ni kau da keseronokkan tgk yg kur0s melidi mcm tiang tnb tu.. drpd korg dingin mcm ni masing² cuba dptkan kepuasan dr laman lch, elok la korg ke gym sama², cycling, jogging, erobik, pemakanan sihat.

Bila bdn kau cergas, aktif, otomaatik hrmon semua keluar dgn nfsu serakah kau semua.. haa masatu hari² k4umau.

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*