
SEBUAH video memperlihatkan penyanyi rap Waris sedang menyanyikan lagu Rembau Most Wanted Part ll di sebuah majlis agama mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias menyanyikan lagu tersebut yang dianggap tidak bersesuaian dengan acara sebegitu.
Malah, menerusi video tersebut jelas kelihatan raut wajah para tetamu yang kurang selesa duduk di belakang penyanyi berkenaan sehingga ada antara mereka menundukkan kepala.
Tampil mempertahankan diri, Waris menerusi Instagram miliknya pada Jumaat berkata video tersebut merupakan rakaman lama yang dipotong dari Instagram TV (IGTV).
Antara komen netizen di Instagram Waris.
Menurutnya, individu yang berkongsi video tersebut sengaja menjadikan dirinya sebagai bahan untuk mencetuskan perbalahan demi meraih perhatian.
“Perang raih undi dah mula. Yang post video aku menyanyi kat masjid itu pun geng-geng mungkir janji yang upload. Video lama yang dipotong dari IGTV.
“Tahun lalu cuba tapi tak jadi. Tahun ini, dia upload video sama lagi dan dia berjaya viral. Tujuan? Nak buat korang marah. Aku hanya bahan saja.
“Hati-hati… semua negeri turap jalan sebab nak… korang pun tahu kan. Takkan tak faham permainan. Berhati-hati apa yang anda dengar dan salam sayang diri sendiri,” tulisnya.
Video pendek berdurasi 16 saat itu mula tular selepas seorang netizen memuat naik di laman Facebook dan netizen mula menyerang Instagram Waris.
Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Waris gagal apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan mesej.
Video tersebut pernah dimuat naik Waris di Instagram pada 14 November tahun lalu di mana dia membuat persembahan di Masjid Ibnu Khaldun, Negeri Sembilan sempena Maulud Nabi.
Lagu Rembau Most Wanted Part ll turut menampilkan Nabil Ahmad.
Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang mempertahankan Waris dan berpendapat pihak penganjur sepatutnya meminta penyanyi berusia 33 tahun itu menyampaikan lagu bersesuaian.
“Rembau Most Wanted ll, saya ada dengar lagu ini. Perkataan dia bab agama dan dunia. Kenalah dengan majlis. Dalam MV dia pun ada Nabil, cuba dengar apa yang Waris cuba sampaikan, padu apa yang dia cuba sampaikan.
“Okay apa? Kata boleh saja asalkan benda baik. Bila kompang-kompang itu boleh pula. Sama saja konsepnya cuma genre lain. Bila kata bidaah, benda-benda macam ni marah pula.
“Yang jemput penyanyi itu macam tak reti tengok keadaan majlis. Boleh saja minta dia bawa lagu lain kalau dah terdesak sangat nak jemput Waris,” tulis beberapa netizen.
Terdahulu,
Ingatkan Luar Negara Rupanya Dalam Malaysia, ‘Rap’ Dalam Majlis Agama, Jelas Muka-Muka Ustaz Tak Selesa, Artis Terkenal Rupanya
Terbaharu, tular sebuah video di platform Facebook memaparkan seorang penyanyi rap dari Negeri Sembilan iaitu Waris menyanyikan sebuah lagu rap dalam majlis agama.
Video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana jelas terpampang raut wajah ustaz-ustaz di situ berasa kurang selesa dengan persembahan penyanyi itu kerana dianggap kurang sesuai.
Melihat dari video yang dimuat naik oleh seorang pengguna itu, seorang ustaz menundukkan kepalanya sambil dipegang, manakala yang lain pula tercengang melihat Waris.
Didapati video yang baru saja dimuat naik beberapa jam yang lalu telah mendapat perhatian ramai, sehingga ditonton sebanyak 50,000 kali dan lebih 400 komen dari netizen yang ditinggalkan di ruangan komen.
Meninjau di ruangan komen, hampir kesemua netizen meninggalkan komen berunsur kecaman terhadap penyanyi rap itu kerana berasa ia sememangnya tidak sesuai untuk dilakukan, lagi-lagi berada di majlis agama.
Komen2 netizen jarang mengecewakan,
Masalah Ini Boleh Diselesaikan Jika Ada Seseorang Menegur..Dan Bawak Budak Tu Ke Tepi. Ni Dah Abis Satu Video Dh..Believe Me, Akan Ada La Nnti Yg Akan Mainkan Isu Ini Terutamanya Non-Muslim
Buat Hal..Memang Betul2 Menguji Kesabaran..Semoga Dibukakan Pintu Hidayah Buatnya
Rembau Most Wanted 2.. Saya Ade Dengar Lagu Nie..Words Dia Bab Agama N Dunia..Kena La Dengan Majlis..Dalam Mv Dia Punya Ade Nabil Yg Dah Terlibat Ngan Karkun..Rasa Pelik Nye Lebih Dgr Rentak Kot Dari Music..Cuba Dengar Ap Yg Waris Cuba Sampai Kan.. Padu Ap Yang Dia Cuba Smpai Kan..
Kena Tukar Bahasa Malaysia Baru La Org Faham,Org Kat Situ Mana Ada Org Amerika
Lirik Mungkin Bagus, Tapi Tak Berapa Sesuai Dengan Jenis Majlis Atau Negara Kita. Malam Anugerah Nasyid Ikim Boleh Tahan Lagi.
Ehhh Ada Lagi Cik…Ingat Dah Kena Angkut..Kat Tiktok Dah Viral Cik… Sementara Boleh Ni, Makanlaa Apa2 Ikut Suka…Nanti Dah Kena Angkut, Payah
Taklah, Yg Jmput Tu Penyanyi Tu, Mcm Xreti Tgk Keadaan Majlis Tu Utk Apa Plak. Boleh Je Mtk Dia Bawa Lagu Lain Kalau Dah Terdesak Sgt Nk Jmput Waris. Too Much Lah
Jangan Salahkan Penyanyi Tu Sorang… Salahkan Org Yg Undang Atau Jemput Dia. Sblm Majlis Kenalah Bgtau Lagu Apa Yg Sesuai Utk Dia Nyanyi.
Ada Artis Yg Suka Jemput Kumpulan Solawat Dirumah Mereka Lpas Tu Upload Kat Ig.. Dalam Ig Tu Bercampur Video Diorang Pakai Seksi.. Aku Doakan Semoga Diberi Ujian Yg Sesuai Supaya Golongan Tersebut Taubat.. Klau Mimpi Masuk Neraka, Kna Minum Air Nanah, Kena Hempuk Dgn Malaikat Zabaniah Pon Xper..
Org Agama Alim Ulamak,Bakal Ulamak Dok Sabar Ja..Adoi Lagu..Kita Org Biasa Ni Dengar Pun Serabut Perut..
Program Ape Ni Acik..Klau Aku Ade Kt Situ Cik..Memang Macam Damak La Yg Nyanyi Tu Kena Smpi Berusung Ke Spital..Ketap Bibir Pepagi Ni Nengok Pe’el Masing²..Haishh..Ngan Acik² Skali Berpapah Ke Spital Jgak Ni Karanggg
Tu La Pasal, Patotnya Jempit Acik Nyanyi Lagu Nasyid Kat Pentas Tu Feat Ngan Yasin… Bagi Acik Minom Sebungkos Dua Dulu Siap Boleh Bg Taskirah.
Sumber Beautiful Nara/Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment