
Nama aktor kacak, Zul Ariffin masih menjadi bualan ramai selepas memuat naik video memaparkan beberapa adegan ‘panas’ bersama pelakon baru, Siti Hariesa. Rentetan daripada klip video tersebut, ramai pihak tampil memberikan respon berhubung isu berkenaan yang disifatkan bercanggah dengan tuntutan agama serta budaya hidup masyarakat di Malaysia.
Baru-baru ini, aktres Ruhainies menghasilkan satu video gimik bagi mempromosikan produk kesihatan miliknya dengan menampilkan aktor Zul Ariffin sebagai pasangan dalam sebuah majlis perkahwinan.
Selepas seminggu berlalu, seorang pengguna aplikasi TikTok @fyzalbabjan memuat naik klip antara di sebalik tabir pembikinan video tersebut yang memaparkan aksi ‘romantis’ Zul bersama aktres berusia 30 tahun itu.
Klip berdurasi 17 saat itu kelihatan aktor filem Penunggang Agama baring di atas paha Ruhainies sambil melelapkan mata selain disaksikan oleh beberapa individu yang lain.
Terbaru, sebuah video pendek dikongsi seorang pengguna TikTok, dikenali sebagai Fyzalbabjan mencuri perhatian ramai memaparkan aksi ‘manja’ Zul Ariffin bersama pelakon jelita, Ruhainies. Video tersebut memaparkan pelakon Sangkar yang baring di atas paha Ruhainies dan turut disaksikan oleh beberapa orang yang lain.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dilihat sempat memberikan peringatan kepada mereka berikutan masih tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah dan perlu menjaga batas sebagai seorang Muslim. Bukan itu sahaja, netizen sempat berteka-teki sama ada mereka sudah berkahwin atau pun tidak.
Terdahulu, Ruhainies berkongsi video mengenakan busana Bollywood dan memakai inai serta berlari sambil diikuti oleh jejaka misteri dari belakang. Bagaimanapun, rata-rata netizen mendakwa jejaka misteri itu adalah Zul Ariffin berikutan sosok tubuh badan yang tinggi dan ‘sado’.
Bukan itu sahaja, pelakon Menantu Bilal menjelaskan permohonan maaf yang dibuat oleh Zul Ariffin sebelum ini merupakan jalan terbaik bagi menjernihkan keadaan susulan klip video yang tular sebelum ini.
Ruhainies kemudian dilihat tersenyum sebelum menepuk manja lengan aktor terbabit seolah-olah membiarkan lelaki itu agar dapat tidur dengan lena.
Bagaimanapun, klip meraih 1.8 juta tontonan itu menerima ribuan kritikan netizen yang kurang senang apabila melihat batas pergaulan kedua-dua pelakon sebagai seorang Muslim.
Selain itu, tidak kurang juga terdapat netizen berteka-teki sama ada mereka sudah mendirikan rumah tangga ataupun tidak kerana dilihat sangat selesa antara satu sama lain.
Rasa macam dah nikah?
Lain aura, nampak macam suami isteri?
Dah boleh kahwin tu
Tak takut dosa ke?
Normal la kehidupan artis
Terdahulu, Ruhainies memuji tindakan Zul yang tampil memohon maaf selepas kontroversi video babak panas dengan pelakon baru Siti Hariesa yang dilakonkan menerusi drama Perempuan itu.
Ruhainies berkata, aktor tersebut adalah profesional dan sudah pasti akan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.
Sumber: Instagram Ruhainies , TikTok @fyzalbabjan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment