Pelajar Intern Sewa Kondo Jarak 5 Minit Dari KLCC, Rupanya Gadis Terengganu Ini Ada Sebab Mampu Sewa Kondo

SEORANG pelajar universiti yang sedang menjalani latihan praktikal menjadi perhatian di media sosial kerana menyewa di sebuah kondominimum di pusat bandar Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian video di laman sosial, gadis berkenaan melakukan house tour sambil memaklumkan rumah yang disewa itu terletak berdekatan dengan KLCC.

Umum mengetahui kadar sewa bagi unit kediaman di kawasan segi tiga emas di ibu negara adalah tinggi sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Bercakap kepada mStar, gadis berkenaan, Nur Fadhlin Sakina Azami berkata, dia merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu, Terengganu.

Baru berusia 24 tahun, pelajar tahun akhir itu baru menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat di ibu negara sejak Mac lalu.

“Ya, saya menyewa di kondo dekat KLCC. Hanya lima minit jalan kaki ke KLCC. Tapi saya perlu naik LRT untuk ke tempat internship (latihan praktikal).

“Saya cuma berjalan kaki kira-kira 10 minit ke Stesen LRT KLCC dan jarak ke tempat kerja saya hanya tiga stesen sahaja,” katanya ketika dihubungi.

intern kondo klcc 6

Tangkap layar video Keyna membuat ‘house tour’.

Lebih mesra disapa Keyna, dia mendedahkan bahawa kadar sewa bulanan di sebuah kondominium berdekatan dengan mercu tanda negara itu adalah sekitar RM3,000.

“Saya akui kadar sewa mana-mana rumah dekat KLCC memang mahal. Jujurnya, saya mengenali tuan rumah dan saya berpeluang untuk dapat kadar sewa yang berbaloi.

“Bagi saya, apabila balik kerja penat-penat mesti nak rehat dengan selesa. Ia bukan sekadar rumah, tapi a home yang memerlukan keselesaan,” ujarnya sambil menambah rumah yang disewa mempunyai tiga bilik dan boleh melihat KLCC dari kediaman itu.

intern kondo klcc w

Keyna sewaktu menamatkan pengajian diploma di UniSZA.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu mengakui ramai salah faham apabila dia yang berstatus pelajar mampu menyewa unit kondominium dekat KLCC.

“Saya bukan sekadar pelajar, tapi sebenarnya melakukan macam-macam bisnes. Tapi mungkin orang hanya nampak saya buat bisnes di TikTok saja dengan review produk.

“Tapi saya juga melakukan bisnes lain berkaitan dengan pelaburan, termasuk produk makanan tambahan dengan pendapatan bulanan lebih RM6,000,” katanya yang juga merupakan content creator di media sosial.

Keyna yang mempunyai lebih 330,000 pengikut di aplikasi TikTok memberitahu, dia turut mendapat sokongan kewangan daripada ibu bapanya.

intern kondo klcc 3

Sebahagian KLCC boleh dilihat dari rumah yang disewa Keyna.

“Saya bukan orang berada, tapi Alhamdulillah dapat hidup selesa. Mak kerja sebagai pengetua sekolah, ayah dah pencen dan ada bisnes homestay dan kedai printing,” tambah duta produk penjagaan kulit itu.

Walau bagaimanapun, Keyna tetap berusaha dan melakukan pelbagai bisnes bagi menjana pendapatan sendiri tanpa mengharapkan ibu bapa dan elaun latihan praktikal semata-mata.

intern kondo klcc 4

Keyna mempunyai pendapatan sendiri dengan melakukan pelbagai bisnes.

“Apabila kita nak sesuatu dan mahukan lebih, kita kena kerja keras. Tiada siapa yang boleh bantu melainkan kita sendiri kena berusaha.

“Apabila ada pendapatan sendiri, kita lebih bebas nak buat pilihan dan lebih mudah untuk rancang kewangan.

“Cabaran menyewa dekat KLCC adalah godaan shopping sebab saya suka shopping! Saya juga suka belanja untuk makan. Mujur rakan serumah rajin masak, bantu saya kurang belanja di luar,” katanya yang juga boleh memasak makanan harian seperti masak lemak dan ayam masak merah.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*