
Assalammualaikum.. Terima kasih jika admin sudi siarkan.. Tiada apa yang terlalu menarik untuk aku kongsikan tapi aku harap semua boleh ambil ikhtibar serba sedikit dari cerita aku. Aku sudah berkahwin dan tinggal bersama keluarga aku di Negeri Sembilan.
Isteri aku orang Johor. Kami masih belum di kurniakan zuriat. Aku nak cerita mengenai isteri aku. Hari- hari yang aku lalui dengan isteri aku memang agak sukar dan menyebabkan dia tertekan dalam diam. Pvnca nya aku tak mampu nak sediakan rumah untuk dia jalani hari dia dengan tenang.
Tu silap aku. Tapi betapa sabar nya isteri aku menghadap keluarga aku, biras- biras dia lagi. Dah lah biras- biras semua perempuan. Walau dia tahu isteri adik aku tak suka kan dia dan selalu mengata dia dekat status whatsapp, tapi dia tenang je, buat tak tahu je.
Sampai lah satu hari ni, adik aku dan isterinya bergurau kasar dengan isteri aku. Adik aku cakap isteri aku tak boleh melahirkan anak. Punya lah isteri aku menangis satu malam. Aku sedih, ger4m, mrah semua ada. Aku nak je cili mulut adik aku tu tapi isteri masih tahan.
Dia cakap biar biar biar.. Dan dalam tak sedar dia memang dah terluka sangat dah. Esok nya dia mula update status dekat fb. Ayat dia aku tengok tak ada pun maki, tak ada yang kasar. Tahu je lah ayat budak belajar kaunseling ni macam mana. Pendek- pendek je ayat tapi deep.
Dan disebabkan status tu, isteri adik aku pun mer0yan dekat status whatsapp nya sendiri. Dia perli dan sindir, dia cakap bila dia tulis status, ibu abah aku mesti tahu. Tapi bila isteri aku tulis status, tak ada siapa nak bagi tahu mak ayah saya. Ok, ni penting.
Aku tahu mungkin perbuatan aku bagi tahu status- status dekat ibu abah tu salah, tapi cuba bayang kan anak mana yang boleh tahan kalau ada orang mengata ibu abah kita sendiri? Kadang- kadang adik aku, abg aku, kakak ipar aku bercerita juga pasal status dia tu.
Tapi dia tak tahu, yang dia tahu aku je yang selalu bagi tahu ibu abah. Berbalik kepada isteri aku, dia dah ger4m dan tak boleh tahan dah dengan adik ipar aku tu. Dia whatsapp personal, dia langsung tak bagi aku baca. Tapi aku sempat baca waktu isteri aku tidur.
Betapa terkejut nya bila isteri aku psyc0 adik ipar aku sampai adik ipar aku tak tahu nak jawab apa dan mula putar belit cerita. Adik ipar aku siap cakap yang selama ni dia mengata ibu abah aku, mrh mrh ibu aku dekat status tu cuma untuk seronok- seronok je.
But aku tak sangka isteri aku masih boleh balas baik- baik walaupun setiap balasan adik ipar aku semua tak masuk akal dan mungkin juga sebab dah kntoi jadi nya putar belit makin merapu. Last sekali isteri aku pula yang siap minta maaf dulu. Tabik betul dengan k3sabaran isteri.
Aku ingat dah habis lah cerita kat situ. Tapi beberapa minggu lepas tu anak buah aku s4kit kulit teruk (anak adik aku yang mulut macam apa tu) berubat merata tak baik-baik juga. Jumpa ustz, jumpa DR pakar, buat air tawar, ambil air kolah masjid berubat, tak juga sembuh.
Malah makin teruk. Satu hari, ibu abah dan adik aku pergi bawa anak buah aku berubat dekat seorang lagi ustz. Benda pertama yang ustz tanya, ‘ada tak s4kit kan hati sesiapa’ ustz pesan kalau ada, minta maaf dengan ikhlas. Adik aku ni pun merata cari kawan- kawan untuk minta maaf, adik ipar pun pergi jumpa kawan- kawan, sedara mara untuk minta maaf.
Tapi anak sedara aku masih tak sembuh. Jumpa lagi ustz tu, ustz tu tak boleh nak buat apa. Dia suruh berdoa dan cuba ingat lagi ada sesiapa lagi yang belum minta maaf. Kami satu keluarga berusaha fikir, satu keluarga merata minta maaf. Tapi keadaan masih sama.
Berlarutan juga dalam seminggu. Satu malam tu aku tengah tidur, aku terjaga sebab macam dengar orang menangis. Isteri aku buat tahajjud rupanya. Aku pelik lah kenapa dia menangis beria. Aku pun sorok sorok dengar apalah yang dia doakan.
Dia doakan anak sedara aku supaya sembuh. Aku macam dah nak terduduk bila dengar apa yang dia doa. Dia cakap, memang dia terlvka, kecewa dengan adik ipar aku, tapi dia minta Allah sembuh kan anak sedara aku. Dia doa lagi, dia tak minta pun balasan macam ni, dia hanya nak hidup tenang je dengan aku.
Aku pun termenangis sekali dengar dia doa. Jadi nya aku sedar lah apa yang jadi ni pvnca dari sikap dan mulut adik dan adik ipar aku sendiri. Kadang- kadang kita tak doa yang tak baik, tapi bila Allah tahu orang teraniaya Allah terus uji. Dan aku sedar lah yang selama ni adik dan adik ipar aku tak minta maaf dengan ikhlas pun dekat isteri aku.
Esoknya aku cerita dekat ibu abah. Ibu dah sampai kan dekat adik aku. Dan adik aku pun dah minta maaf dekat isteri aku. Tapi ego adik ipar aku tak boleh di turun kan. Dia masih tak buat apa- apa. Dan bagi aku sekeluarga, kami dah buat yang terbaik untuk anak sedara aku.
Jadi terpulang lah kepada adik ipar aku. Walaupun isteri aku dah ikhlas maaf kan semua, tapi kuasa Allah lebih dari segala- galanya. Ego lah pemusnah jua. Dan bertambah lah s@kit hatinya. Dia terus menerus salah kan isteri aku sebab buat anak dia.
Padahal isteri aku tak buat apa, siap doa kan anak dia lagi. Sayang orang macam tu, ego tinggi, tapi tak nampak, tak boleh terima k3salahan diri sendiri, asyik nak salahkan orang lain je. Jadi ambil lah pengajaran. Jangan cakap sembarangan walaupun ianya hanya gurauan.
Kita tak tahu apa orang lain rasa dan sebab Allah dengar setiap apa yang kita perkatakan. Kalau sasaran nya bukan kita, mungkin anak- anak kita. Terima kasih sudi membaca, doakan aku dan isteri dilimpahkan rezeki zuriat dan rumah sendiri. Terima kasih admin, semoga Allah merahm@ti. Suami Puan kaunselor. via apampink.
Ini kisah kedua yang lebih mendebarkan. Tajuk :Adik Ipar Luar Biasa – IIUM Confessions. Terima kasih admin sebab sudi siarkan kisah saya. Tapi ini bukan kisah saya. Ini kisah adik ipar saya. Hehe. Adik ipar saya seorang perempuan. Maksudnya adik saya seorang lelaki la kan? Hehe.
Kisah ni bukan membuka a1b sesiapa cuma ingin dikongsi supaya boleh dijadikan pengajaran untuk orang lain… Secara umumnya saya tidak pernah ada masalah dengan adik saya atau isterinya. Itu apabila secara berhadapan la. Maksudnya kami masih bertegur sapa, bermanis muka bila berjumpa, malah sangat baik hubungan dia s0sial media. Dia ‘like’ saya, saya ‘like’ dia. Huhu
Tapi secara peribadi, kami adik-beradik agak tidak ‘ngam’ dengan adik yang seorang ni. Normal la kan. Bahkan kami ada group whatsapp yang ada semua adik-beradik kecuali yang seorang ni. Group ni dah bertahan 8 tahun!
Nampak tak betapa kami memang tak boleh sehaluan dengan dia. Tapi bila raya ke, birthday party ke, jumpa kat rumah mak ke, kami semua ok saja bersembang sambil ketawa. Kami bukan bermusuh, tapi kami tak rapat. Tu saja
Apa kisah di sebalik semua ni? Adik saya ni memang ‘li4r’ sikit orangnya. Waktu bersekolah dulu dia memang agak bermasalah. Mak abah pernah dipanggil ke sekolah. Cuma Alhamdulillah dia tidak pernah sehingga melibatkan k3s polis.
Hihi syukur kan. Masa kecil umur 10 tahun pun dia pernah mencvri duit abang sehingga dibel4sah teruk. RM200 tu! Dia jugak pernah mencvri gelang emas saya.
Tapi selepas saya cakap terus terang yang saya tau siapa pencvrinya, dia ganti semula dengan duit walaupun nilainya tak sama. Kakak saya pun pernah jadi m4ngsa jugak.
Senang cerita, dia ni kalau sebab duit, dia akan jadi pentingkan diri sehingga sanggup men1pu. Faham kan? Disebabkan dia tak dapat keputusan yang baik dalam SPM, peluang kerja dia memang agak terhad. Dia pulak memang jenis tidak berdisiplin. Dia hanya kerja bila dia rasa perlu. Bila bosan dia akan berhenti.
Bila dia dah berumahtangga, pendapatan dia yang sedikit dan tidak tetap tu memang menjadi satu masalah besar la kan. Dia duduk serumah dengan mak ayah sebab tak mampu menyewa rumah lain walaupun isterinya juga bekerja
Bila mereka dah ada anak, mak yang tolong jaga di rumah. Ya la kan, dah serumah. Tapi mak tak kadang2 tak di’bayar’. Bukannya sebab ada duit bulanan lain yang dah diberikan kepada mak.
untuk ayah beli lauk ke, bil air dan elektrik ke, memang tak ada! Apatah lagi ‘upah’ mak menjaga anaknya. Ok takpe kami fahamlah yang dia bergaji kecil. Tak mampu. Tapi……..
Satu hari ni, ayah dapat bil elektrik berwarna merah. Tertunggak RM8000! Bukan lapan kosong kosong. RM8k! Ahhhh sudah! Tugas bayar bil ni kerja adik! Ayah memang bagi RM200-300 sebulan pada dia untuk bayarkan bil. Dah lama dia sorokkan hal ni sampai dah menimbun.
Macam mana boleh tak kena potong pulak bekalan elektrik kalau dah sampai 8ribu? yang baca ni mesti terpikir macam tu kan? Haaa dia bayar ‘current charges’ saja. Tunggakan dia tak bayar. Bijak pulak kan? Haha.
Akhirnya k3s tu selesai dengan satu penumbuk abang hinggap lagi ke muka dia selepas beberapa tahun. Tak perlu la korang tau siapa yang bayar. Nanti lagi s4kit hati. Haha,
Susulan k3s tergempar ni, (walaupun banyak k3s2 kecil yang saya tak perlu cerita di sini, seperti dia keluarkan duit ayah guna kad ATM, atau dia beli kereta guna duit ayah selepas pujuk rayu ayah…. eh tercerita pulak)
Akhirnya dia dan isterinya menyewa di rumah lain. Dekat sahaja dengan rumah mak. Jadi kami memang akan bersua muka dengan dia. Cuma macam saya kata tadi, kami tak bermusuh dan k3s dah dianggap selesai.
Walaupun kami masih tak berpuas hati dengan tindakan dia, kami taknak pecah belahkan keluarga. Kami buang yang keruh, dia ambil yang jernih. Begitulah ibaratnya haha. Eh tadi intro kata nak cerita pasal adik ipar! Ni cerita adik sendiri.
Ok isunya sekarang, adik ipar saya ni, walaupun dia tau kisah sebenar adik saya ni, sebab dia sentiasa ada di sisi adik saya, tapi, di media s0sial, dia jenis suka mem3rli! Dia jenis suka ‘share’ artikel itu ini, tag kawan sana sini, dan ‘acah2’ seperti dia m4ngsa keadaan.
Kami pun tak tau apa agaknya cerita yang disampaikan pada ahli keluarganya atau kawan-kawan sepejabatnya, tapi artikel yang di ‘share’ semua berbaur s1nis!
Kadang2 jela yang melibatkan isu keluarga, sebab selalunya dia suka melepaskan kem4rahan dengan status2 mem3rli di fb, ig story, atau whatsapp status dia.
Seolah-olah hidup dia memang dikelilingi musuh. Ada saja yang tak puas hati setiap hari. Tapi ayatnya macam berbunyi redho lah, pasrah lah, tabah lah, husnuzon lah, nampak tak permainan dia? Boleh bayangkan?
untuk pengetahuan korang, kami adik beradik lain bukanlah semewah mana. Alhamdulillah ada pekerjaan tetap yang mampu menyara keluarga sendiri dan sedikit sebanyak ada membantu kewangan mak ayah.
Mampu kirimkan wang bulanan walaupun tak banyak. Memang saya tinggal jauh daripada mak ayah. Adik beradik lain semua berhampiran saja dengan mak ayah. Abang kakak pun hampir setiap hari menjenguk mak ayah di rumah.
Adik pun sama jugak. Walaupun dah berpindah disebabkan k3s tu, dia masih selalu menghabiskan masa dengan mak ayah. Datang ke rumah. Bersembang mesra. Walaupun kadang2 keluar makan, ayah yang belanja makan. Tapi yang adik ipar post kat fb, “Weekend jalan2 dengan atok nenek”. Ahaks!
Nampak tak nampak tak? Korang tak nampak behind the scene kan? Korang hanya nampak anak menantu yang sangat baik menghabiskan masa hujung minggu bersama mak ayah dan cucu2. Hihihi Kalau jalan2 pun, naik kereta ayah. Memang adik yang tolong memandu, tapi, ayah yang kena bayar duit minyak. Tol pun ayah bayar.
Kalau bercuti dan menginap di hotel, pun ayah yang bayar. Tapi post di fb apa? Hurmmm korang agak2 jela ya. Tapi ini semua tak jadi masalah untuk ayah. Sebab ayah yang membenarkan ini semua terjadi.
Maksudnya? Ayah tak kisah diperlakukan macam tu. Ayah dah kenal hati budi anak dia. Cvri la duit aku dalam bank pun, kau jugaklah anak aku yang bawa aku pergi klinik bila aku s4kit. Dulu kami pun tak puas hati bila ayah menangkan adik.
Tapi akhirnya kami terima saja. sebab ayah ada hak atas hidup dia. Duit dia. Buat apa kami nak k3siankan ayah dipergunakan oleh adik walhal ayah tak kisah pun? Jadi, sekarang apa isv yang menyebabkan saya ingin menulis di confession ni? Kata dah settle?
Haaaa baru-baru ni adik ipar saya ada share artikel di fb… tentang anak yang kurang pandai tapi ditakdirkan menjaga mak ayah. Boleh relate tak guys? Kononnya mem3rli saya dan adik beradik lain.
Artikel tu kata anak yang lain cuma berkemampuan dari segi wang, tapi tak menjaga kebajikan mak ayah. Kawan-kawannya mestilah nampak yang dia selalu berkepit dengan mak ayah, ke sana sini macam keluarga bahagia. Kami? Saya? Jarang2 ada bersama mak ayah
Saya tak kisah pun dia dan suaminya nak habiskan harta ayah sekalipun, sebab tak dinafikan memang suaminya yang ‘menjaga’ mak ayah kami pun kan? Kalau betul sayangkan mak ayah, jagalah seikhlas hati. Kami pun berterima kasih sebab bahagiakan mak ayah kami.
Tapi tak perlulah per1i memerl1 di s0sial media seolah-olah kami ni tak sayang mak ayah sendiri. Bersyukurlah yang kami tak pernah buka a1b dia dan suami kepada siapa2.
Apa yang suami dia buat selama ni, yang tau hanya keluarga kami anak-beranak saja. Allah Maha Mengetahui. Adakah adik ipar saya ni puas hati dapat memerli kami tanpa kami bersuara? Dia rasa dia menang di mata kawan-kawannya yang belum tentu tau kisah sebenar?
Saya tidak akan sekali-kali bertindak b0doh memberi respon di media s0sial sekiranya itu yang dia harapkan. Dah bertahun-tahun tapi saya masih bersabar kerana saya tau saya tidak seb0doh itu.
Saya masih ada kebijakan untuk bertindak. sebab tu saya hantar confession ni! Hihihi.- Kakak iparmu (Bukan nama sebenar). Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih
Sumber IIUM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment