
Sebelum ini, mahkamah telah memerintahkan pelawak, Ali Puteh untuk membayar kos sebanyak RM60,000 kepada bekas kakak iparnya selepas dipercayai mengeluarkan kata-kata aib di laman Instagramnya pada dua tahun lalu.
Bagaimanapun pelawak ini memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang dipercayai tidak tepat.
Terbaru menerusi laporan Utusan, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan kini mula berjinak dalam dunia perniagaan pembekalan ayam mentah bersama sebuah jenama.
‘Saya tak kerja untuk bayar duit itu’
Ujar juara Maharaja Lawak Mega 2019, usaha yang dilakukan bukanlah untuk membayar wang seperti mana yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali.
Pelawak ini sedar perkara tersebut perlu diperjelaskan berikutan akan timbul ‘mulut-mulut negatif’ yang akan mereka cerita palsu mengenainya.
Saya baru sahaja menjalin usahasama sebagai duta untuk jenama Red Grocer. Dalam masa yang sama turut menggalas tugas sebagai rakan kongsi. Saya tahu, akan ada yang cakap kini mula berniaga sebab nak bayar duit itu tetapi bila fikir-fikir semula, netizen memang akan sentiasa bercakap pun.
Saya memilih untuk senyum sahaja berkata terima kasih. Saya nak fokus pada kerja dan perniagaan ini saja. Saya tak kerja untuk bayar duit itu, tidak ada kaitan. Fokus berniaga ini lebih kepada fardu kifayah.
Bukan penamat dalam bidang seni
Dalam pada itu, Ali turut menjelaskan walaupun mula berjinak dalam bidang baru namun ianya sama sekali tidak menjadi penamat terhadap karier seninya.
Saya ini berpegang kepada pendirian untuk terus maju ke depan dalam apa sahaja yang saya lakukan. Begitu juga bila sebut tentang industri. Berniaga bukan bermakna saya akan mematikan kerja-kerja seni saya.
Ujarnya lagi dia dengan Mamak sama sekali tidak pernah membubarkan kumpulan Puteh dan telah berbincang sebelum ini.
Hal ini sudah dibincangkan awal-awal. Kalau membabitkan kerja-kerja untuk Kumpulan Puteh, kami akan bergerak sama. Kalau untuk kerjaya solo, masing-masing akan menghormati jalan masing-masing.
Sebelum ini,
Nor Hidayah dah menang, Ali Puteh tetap mahu lawan
PELANGI yang dinanti-nantikan. Barangkali frasa tersebut yang dapat menggambarkan perasaan balu pelawak terkenal, Alllahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali ketika ini.
Semuanya selepas adik iparnya yang juga selaku defendan Ali Puteh diperintahkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membayar sebanyak RM60,000 kepada Norhidayah berhubung laporan kes berpunca daripada hantaran Instagram yang didakwa menjatuhkan maruah dan mengaibkan isteri arwah dua tahun lalu.
Memetik kata-kata Hakim Zulqarnain Hassan dalam prosiding mahkamah Jumaat lalu, perkataan dalam hantaran tersebut amat keras terhadap seorang wanita yang baru beberapa hari kematian suami.
“Itu adalah kata-kata yang amat keras dan melampau seolah-olah isteri arwah (plaintif) adalah spesies asing yang kerjanya merompak harta orang tanpa ada hati dan perasaan.
“Apatah lagi jika ditujukan kepada seorang wanita yang baru beberapa hari hilang tempat bergantung, masih bersedih dengan kematian pasangan hidup dan risau bagaimana ingin membesarkan anak kecil yang berusia lebih kurang setahun,” katanya.
Mendalam tetapi ungkapan tersebut penuh moral agar mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya melemparkan kenyataan yang menghiris hati seorang wanita bergelar ibu tunggal.
Kemenangan yang dinanti
Ya, dia ibu tunggal. Situasi yang dilalui Norhidayah pada Jumaat lalu juga seumpama kemenangan kepada golongan ibu tunggal yang tanpa lelah memperjuangkan hak selayaknya untuk mereka kecapi.
Pasti muncul satu perasaan lega dalam dirinya selepas usahanya turun naik mahkamah sejak tahun 2020 berakhir dengan kemenangan yang turut dinanti-nanti ramai.
Kontroversi mula tercetus selepas Nor Hidayah memfailkan saman terhadap Ali sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
Saman-menyaman antara mereka turut melibatkan isu harta peninggalan Allahyarham yang ketika itu masih kabur menjadi hak mana-mana pihak.
Saman yang difailkan Nor Hidayah antara lain menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim, selain tuntutan faraid, hak penjagaan anak dan tuntutan kereta.
Tidak memberi respons panjang usai keputusan mahkamah, Nor Hidayah, 29, yang matanya memantulkan rasa lega dan gembira, hanya memohon orang ramai mendoakan diri dan anaknya sentiasa melalui kehidupan dengan baik.
“Alhamdulillah puas hati (keputusan mahkamah) dan saya sudah rasa lega.
“Doakan yang terbaik untuk saya dan anak,” katanya ringkas.
Nadanya kedengaran sebak, mungkin kelegaan yang dirasainya akan membawa sinar baharu dalam fasa kehidupan mendatang.
Menyingkap semula kehidupan Norhidayah selepas pemergian suami tercinta, dia mengambil keputusan mengejutkan ramai apabila pulang ke pangkuan ibu bapa di kampung halaman di Sabak Bernam kurang seminggu selepas Abam meninggal dunia.
Sehingga hari ini, punca persengketaan antara keluarga Allahyarham dengan Norhidayah dikatakan berpunca daripada harta peninggalan Abam.
Akur keputusan, buat rayuan
Di sebalik kemenangan Nor Hidayah, keputusan tersebut akan terus disanggah oleh Ali.
Meskipun akur, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, bertegas, semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya tidak benar.
Dia juga bakal memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi bagi membetulkan beberapa fakta yang didakwanya sebagai kurang tepat.
“Saya akur dengan keputusan ini tetapi saya akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi kerana terdapat fakta yang tidak tepat,” katanya.
Ditanya mengenai kecaman netizen, Ali awal-awal lagi sudah bersedia. Katanya, kebanyakan netizen yang menghentam dan mengecam tidak mengetahui kronologi sebenar kes saman yang berlaku antara dirinya dan Norhidayah.
“Netizen yang menghentam bahawa saya yang menyaman, sebenarnya yang memulakan ialah Nor Hidayah. Saman ini bermula 15 hari selepas Abam meninggal.
“Saya dituntut ganti rugi am sebanyak RM900,000 dan saya sudah diberi notis untuk diheret ke mahkamah. Kemudian saya perlu jawab dan menghantar saman balas,” jelasnya.
Ditebak dengan soalan dakwaan dia mengabaikan tanggungjawab terhadap anak Allahyarham iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun, Ali menegaskan dia tidak diberi peluang untuk melaksanakan tugas tersebut.
“Orang minta saya ambil berat tentang anak saudara tetapi saya tidak diberi peluang untuk berhubung dengan anak saudara. Macam mana saya nak berhubung, Instagram Abam pun saya tidak boleh buka.
“Saya tahu itu waris saya, sampai satu masa saya tahu mana nak cari dia. Sedikit sebanyak, anak arwah tanggungjawab saya juga,” katanya.
Ujarnya, pihak luar tidak boleh sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata negatif tanpa mengetahui situasi sebenar yang berlaku.
“Saya bukan nak burukkan keadaan kerana tidak diberi ruang. Saya risau jika saya pergi (melawat anak arwah), akan timbul isu saya serbu dan sebagainya,” tuturnya usai prosiding di pekarangan mahkamah tempoh hari.
Apa pun yang terjadi kelegaan yang diraih Nor Hidayah hari ini diharap bakal membawa 1,001 sinar baharu dalam kehidupannya, namun perjuangannya untuk mendapatkan hak sebagai balu Allahyarham masih belum berakhir.
Janganlah hanya kerana harta yang tidak boleh dibawa masuk ke liang lahad itu menjadi punca putusnya hubungan kekeluargaan yang sebelum ini terjalin erat.
Sumber Ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment