
Polis menahan seorang Youtuber dan tiga rakannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian teman wanita Youtuber itu, cedera parah dipukul sebelum meninggal dunia, dalam kejadian di Teluk Kumbar di sini Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun itu ditahan sekitar Teluk Kumbar dua hari lepas dan semalam bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.
“Polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau (HBP), di sini pada 10.39 malam Sabtu memaklumkan seorang wanita berusia 20 tahun dibawa ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.
“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di kepala dan seluruh tubuhnya sebelum wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya kritikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa yang juga seorang Youtuber meninggal dunia pada 3 April ketika menerima rawatan di HPP dan susulan itu polis menahan empat lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.
Kamarul Rizal berkata, empat lelaki itu direman sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh.
Terdahulu media melaporkan, wanita itu mengalami kecederaan parah dipercayai dipukul teman lelakinya sebelum mangsa meninggal dunia dan kejadian tersebut berlaku selepas pasangan kekasih tersebut bertengkar disyaki bermotifkan cemburu.
Mangsa dan teman lelakinya menumpang di rumah sewa rakan mereka sejak tiba di negeri ini 27 Mac lalu untuk video laman YouTube mereka. Difahamkan wanita itu berasal dari Melaka.
Pergaduhan membabitkan pasangan itu dipercayai bermula dengan pertengkaran sebelum teman lelakinya dikatakan memukul mangsa dengan objek tumpul sehingga tidak sedarkan diri dan wanita tersebut dikejarkan ke HBP namun dirujuk ke HPP untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia.
Kenal waktu di Henry Gurney, lelaki dedah sikap sebenar Jamal hingga nekad pukul kekasih?
Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan satu tragedi menyayat hati apabila seorang gadis berusia 20-an disahkan meninggal dunia selepas dipercayai dipukul oleh kekasihnya bernama Jamal.
Walaubagaimanapun, polis melaporkan telah menahan suspek bersama tiga orang lagi rakannya bagi membantu siasatan.
Kenalan kongsi kronologi kejadian
Tidak terhenti di situ, seorang ‘Youtuber’ terkenal iaitu Izzad Daniel yang juga merupakan pakar motivasi berkesempatan berkongsi kronologi kes yang menimpa Jamal dan arwah kekasihnya.
‘Overthinking’ jadi punca kekasih dipukul
Difahamkan, telah berlaku sedikit perselisihan faham antara Jamal dan arwah apabila wanita berkenaan dikatakan tidak berkomunikasi dengannya.
Hal itu menyebabkan Jamal berasa kurang senang, ditambah pula apabila mendapati lelaki berkenaan sudah tiga ke empat hari tidak tidur hingga dia berhalusinasi.
“Perempuan ni tak tanya dia macam selalu contohnya you dah makan? Buat apa tu?”
Bukan sahaja bertindak memukul, Jamal juga dikatakan telah mengamuk di hospital kerana halusinasinya dan kesan daripada pengambilan dadah.
Bagitahu kawan mangsa dah parah
Sewaktu kejadian, Jamal sempat memberitahu salah seorang kenalannya bernama Adi, memaklumkan keadaan kekasihnya selepas dipukul dan lantas membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Namun, Jamal didapati telah menyalahgunakan nombor telefon bimbit individu lain yang dikenali dengan gelaran ‘Joker’ hingga akhirnya pemilik nombor berkenaan dipanggil polis kerana disyaki turut terlibat.
Bukan itu sahaja, peristiwa arwah dipukul juga berlaku di rumah Joker membuatkan dia turut terkena tempiasnya.
“Waktu kejadian, Joker tak ada kat rumah sebab dia balik kampung… Sampai kampung dia terdetik nak balik rumah…”
“Joker ni niatnya nak bantu Jamal sebab masa tu dia baru keluar Henry Gurney. Dia sediakan rumah, bagi kerja tapi dibalas dengan taik.”
Menurut Izzad, Jamal mengenali kekasihnya di Henry Gurney dan perkenalan mereka bertambah akrab selepas kedua-duanya dibebaskan.
Arwah berasal dari Melaka dan berhasrat ke Pulau Pinang untuk mencari kerja.
Namun, kejadian lain pula yang menimpanya selepas dia ditemui maut dalam keadaan anggota badannya dipenuhi lebam, kesan daripada tindakan lelaki berkenaan.
Sumber: Bernama/redaksi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment