
Viral di media sosial hari ini apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki yang bercuti bersama isteri dan anaknya tiba-tiba sahaja membuka baju sehingga tidak meninggalkan seurat benang di hadapan orang ramai.
Kejadian yang berlaku di lobi Hotel Genting itu dipercayai berlaku semalam di mana video tersebut memaparkan lelaki yang bekerja sebagai pembantu kerani itu melutut di atas lantai bersebelahan isteri dan anaknya setelah berbogel.
Kesian… Datang bercuti dekat genting highland dengan isteri dan 2 orang anak kecik, tapi alami tekanan kerja sampai abang ni bogel dekat hotel. pic.twitter.com/jCuSAl0Q6p
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) April 7, 2022
Tindakan lelaki itu telah menimbulkan kekecohan dan memeranjatkan orang ramai yang berada di kawasan sekitar selain ada yang menolong dengan membawa tuala untuk menutup badan lelaki tersebut.
Manakala perkembangan terkini, Superintendan Zaiham Bin Mohd Kahar selaku Ketua Polis Bentong telah mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa lelaki itu telah mengalami tekanan kerja yang teruk.
Pihak polis juga telah bergegas ke tempat kejadian dan meminta agar lelaki tersebut memakai semula bajunya sebelum dibawa ke Balai Polis Genting Highlands.
Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Bentong bagi menjalani pemeriksaan kesihatan selanjutnya.
Antara komen netizen,
Kesian… Walau apa pun bangsa Dan agama Dia Kita tak sepatutnya melihat ini satu jenaka…. Sbb Kita tak ditempat beliau
Yang nak komen merapu, nak letak emoticon gelak tu baca dulu artikel sampai habis, tgok video.
Kesiannya semoga Allah bg taufiq dan hidayah satu hari nnt insyaAllah, dan semoga kita dan smua ahli kluarga kita dijauhkn dari musibah yg sama insyaAllah
Kesihatan mental kena dijaga. Tapi sayang kesedaran di dalam Malaysia masih sedikit.
Mentally sick , should be behind bars .. no excuse, everyone got stress, bad days
Kalau bukan boss, rakan sekerja yang tak boleh tengok kita senang sikit pun bolej jadi.
Sumber BN/RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment