
Seperti yang kita tahu, beberapa hari lepas Cef Ammar meluahkan rasa marah ataupun terkilan terhadap sesetengah netizen mendakwa harga makanan yang dijual tidak masuk dek akal.
Selepas membuat hantaran video luahan itu, pelbagai reaksi dari warganet yang telah beliau terima. Ada yang setuju dengan apa yang diperkatakan oleh cef terbabit dan ada juga berpendapat itu merupakan adat resam berniaga, jadi beliau perlu menerima dengan hati terbuka.
Dalam pada video itu telah viral, ia telah menarik perhatian seorang pengguna di Twitter untuk memberikan pandangannya terhadap luahan Cef Ammar itu.
Dia berpendapat Cef Ammar berhak untuk meluahkan apa yang beliau rasa akan tetapi jejaka itu kurang bersetuju apabila cef tersebut membandingkan serta ‘menuduh’ cef Melayu yang lain tidak mempunyai sistem kerja yang teratur serta terurus seperti miliknya.
Panjang thread yang dilakukan oleh jejaka itu di Twitternya dan akhir kata, dia tidak menghalang Cef Ammar untuk meluahkan perasaan tetapi berharap agar cef dari Timur Tengah itu untuk lebih professional apabila berkata-kata dan tidak melibatkan isu perkauman.
2. Tapi bila tengok video Chef marah-marah semalam, saya terkejut sebab berbeza sungguh penampilan Chef.Tapi saya faham, marah Chef bersebab dan memang ada asas untuk Chef marah bila dikatakan letak harga Yahudi Tel Aviv pada makanan Chef jual.
3. Rata-rata yang komen merasakan harga yang Chef kenakan tidak berbaloi kerana rasa masakan Chef katanya biasa-biasa sahaja, tapi begitulah ragam orang.Saya kira Chef lebih berpengalaman.Saya sendiri pernah disindir pelanggan apabila menghidangkan…
… pasta Aglio e Olio yang berminyak, padahal memang begitulah cara hidangannya!
Boleh jadi yang berkomentar tentang masakan Chef sekadar membuat perbandingan dengan satu dua masakan lain yang pernah mereka rasa.
Saya sendiri pun belum pernah cuba masakan Chef.
4. Cuma yang jadi tidak berapa molek dan berkenan di mata bila Chef mula membandingkan dan menempelak peniaga Melayu lain kononnya mereka tidak ada sistem kerja yang baik seperti tadbir urus Chef di dapur Chef.Ini amat sukar diterima kerana untuk pengetahuan Chef…
…banyak sahaja dapur seliaan tukang masak Melayu yang ada tadbir urus yang tidak kurang bezanya dengan dapur yang lain.Saya sendiri biarpun sekadar memasak di rumah, ada sistem tersendiri bagi memastikan mutu makanan terjamin dan pelanggan berpuas hati.
5. Saya faham Chef melampiaskan marah dan sindiran kepada orang Melayu kerana yang menyindir Chef juga rata-ratanya orang Melayu, namun jika Chef juga mengambil sikap pukul rata semua tukang masak Melayu lain, apa bezanya Chef dengan mereka yang menyindir itu?
6. Dan tidaklah pelik jika yang mengkritik Chef rata-ratanya orang Melayu sebab boleh dikatakan paling tidak 70% pelanggan Chef adalah orang Melayu juga, maka tidak wajar Chef bersikap pukul rata terhadap seluruh orang Melayu.
7. Justeru saya mengharapkan Chef boleh bersikap lebih profesional dan tidak menimbulkan isu perkauman dalam menghadapi kritikan.Boleh sahaja Chef terangkan sebab musabab harga itu sepadan dengan hasil kerjanya dengan berhemah.
8. Akhir kata saya memohon maaf kerana terpaksa menegur, serta mengharapkan pengkritik Chef juga dapat meminta maaf kepada Chef dan Chef juga dapat merendah diri meminta maaf kepada orang Melayu yang Chef perli secara pukul rata.
Kecewa Dituduh Jual Harga Tel Aviv, Chef Ammar Jelaskan Mengapa Juadahnya Dijual Mahal.
Antara juadah yang dicari-cari ketika bulan Ramadan pastinya nasi arab lamb shank oleh Chef Ammar. Mana tidaknya, setiap hari orang akan mula beratur seawal jam 4 petang untuk tidak mahu ketinggalan menikmati keenakan nasi arab original oleh Chef Ammar ini.
Baru-baru ini, Chef Ammar juga tidak terlepas daripada dituduh menjual makanannya dengan harga yang mahal. Kecewa dengan kenyataan tersebut, Chef Ammar menerusi satu sesi live di TikTok menerangkan mengapa juadah jualannya mungkin mahal berbanding peniaga yang lain.
Menurut Chef Ammar, setiap bahan yang digunakan untuk memasak nasi arab adalah bahan yang premium dan berkualiti tinggi. Saiz lamb shank juga menjadi keutamaan buat Chef Ammar supaya pembeli puas untuk makan. Jadi setiap lamb shank perlu lulus piawaian yang ditetapkan oleh Chef Ammar.
Chef Ammar turut berkata kebersihan dan keikhlasan adalah keutamaan ketika menyediakan juadah. Bagi menyakinkan lagi para netizen, beliau turut menunjukkan tempat penyediaan memasaknya yang bersih; tidak seperti sesetengah kedai yang tidak mementingkan aspek tersebut.
“Kamu ingat kita dapat semua bahan ini secara percuma? Ini minyak sapi berkualiti. Ayam pula kita letak dalam bekas stainless steel, bukan letak atas lantai. Ini semua ada proses. Bukan marah tapi saya nak bagi clear,” kata Chef Ammar.
Netizen turut menyokong apa yang dicakap oleh Chef Ammar dan berkata mereka yang cakap belakang biasanya tidak pernah pun beli juadah daripada Chef Ammar. Ada juga yang berkata tidak kisah bayar mahal asalkan makanan sedap dan puas hati berbanding beli juadah yang murah tetapi sedikit dan tidak sedap.
Tepuk dada tanya selera. Jika anda mahu membeli nasi arab Chef Ammar, boleh ke bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam dan USJ 4. Selamat mencuba.
Sumber BN/Twitter.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment