
Pelakon Lisdawati berpendapat sudah menjadi tanggungjawab para suami untuk sentiasa mempertahankan serta melindungi isteri masing-masing.
Sudah lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fauzi Nawawi, Lisdawati berkata setiap pasangan juga harus saling mempercayai antara satu sama lain.
“Bagi saya, memang sudah seharusnya lah apa lagi kalau kita masih sayangkan pasangan terutamanya. Apa yang paling penting adalah kita antara pasangan harus saling mempercayai satu sama lain dan tidak boleh dengar cakap orang ketiga.
“Sebab yang tidur sebantal, sebilik adalah kita suami isteri bukan mak ayah kita dan bukan sesiapa walau apa pun keadaan yang terjadi.
“Contoh kita tahu yang dia menipu tapi adakah perlu kita nak sebarkan satu dunia? Tidak kan?,” katanya.
Kata lagi isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini tidak menafikan berlakunya perselisihan faham antara suami isteri sudah menjadi asam garam dalam berumah tangga.
Lisda menambah, para isteri juga harus memainkan peranan untuk sentiasa menjaga maruah pasangan dan setiap masalah rumah tangga yang berlaku perlu diselesaikan antara suami isteri sahaja.
“Maka berbincanglah di dalam bilik dan kita kena buat yang terbaik untuk pasangan kita.
“Kita kena ingat kalau bukan sekarang kita menjaga pasangan kita, bagaimana kita nak melayari bahtera perkahwinan untuk lebih lama lagi.
“Apa sahaja masalah yang timbul belajar lah untuk berbincang di dalam bilik, tertutup hanya antara suami isteri tanpa campur tangan orang luar,” katanya lagi.
Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin berkata demikian secara bagi memberikan pendapat menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat lalu.
Sekadar informasi, Lisda dan Fauzi berkahwin pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sementara itu, Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Info Lisdawati,
Nisdawati binti Nazaruddin (lahir 15 Disember 1978) atau lebih dikenali sebagai Lisdawati merupakan seorang pelakon di Malaysia. Beliau menjadi duta Slim World dan tuala penyayang She. Beliau dan suaminya Fauzi Nawawi juga menjadi duta kopi kesihatan.
Lisdawati berkahwin dengan aktor Fauzi Nawawi dan mempunyai dua orang anak. Mereka berniaga songkok tinggi di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur setiap bulan Ramadan. Pada Ogos 2011, mereka mengerjakan umrah di Mekah.
Nama beliau melonjak naik apabila beliau bergaduh dan membuat lapuran polis kepada pelakon Rita Rudaini semasa penggambaran drama Kau Yang Disayang 15 Ogos 2006. Tiada pendakwaan dilakukan oleh pihak polis.
Pada 31 Oktober 2011,Hakim Yong Zarida Sazali di Mahkamah Sesyen memerintahkan aktres Nadia Mustafar membayar ganti rugi RM50,000 kepada Lisdawati (33) dalam saman fitnah berhubung penerbitan artikel isu hutang di majalah Media Hiburan. Wartawan Hanif Abdul Ghani menerbitkan artikel bertajuk ‘Hutang – Nadia Mustafar serang Lisdawati?’ oleh majalah itu pada 8-14 Januari 2005. Nadia menafikan beliau menyebut nama Lisdawati. Nadia tidak menghubungi wartawan tersebut untuk membetulkan fakta. Nadia yang membintangi filem “Zombi Kampung Pisang” enggan memohon maaf kepada Lisdawati walaupun diminta berbuat demikian menerusi surat bertarikh 18 Julai 2005.Sebenarny Lisdawati meminjam RM10,000 daripada teman lelaki Nadia, Mohd Roslan Omar.
Fitnah 2003 itu menyiksakan sehingga dia terpaksa membuat ujian dara seminggu sebelum berkahwin. Selama dua tahun berturut-turut cerita kurang enak tentang dirinya disiarkan oleh pihak media sehingga dia hilang punca pendapatan serta asetnya hampir ditarik oleh pihak bank. Akhirnya pada 2005, Lisda memfailkan saman di Mahkamah Sesyen diwakili oleh peguam Karpal Singh.
Sumber MH/WIKI/RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment