
Assalamualaikum semua. Sihat? Harap semua baik baik sahaja. Ini kali pertama saya menulis di sini. Selalunya silent reader sahaja, comment pun jarang. Tapi kali ini saya mahu meluahkan perasaan dan berkongsi cerita dengan kalian.
Saya seorang isteri, ibu kepada seorang anak. Dan saya bekerja sendiri menjual sambal dan menerima tempahan masakan untuk katering kecil kecilan. Anak saya berusia 4 tahun, manakala suami saya pula bekerja di syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran.
Kisah ini berkisar tentang hubungan antara saya dan suami saya. Kami berkahwin tidak lama selepas perkenalan kami, iaitu dalam 3 bulan selepas kali pertama bertemu.
Saya sangkakan dialah calon sesuai apabila dia asyik menyatakan bahawa dia “anak mak” dan sering menghantar gambar kononnya tengah cuci pinggan mangkuk di dapur, ataupun gambar bersihkan longkang tepi rumah.
Jadi saya fikir, bertuahnya saya dapat lelaki yang ringan tulang dalam hal ehwal rumah. Rupanya semua itu lakonan. Haha. Selepas kahwin, nampaklah perangai tinggalkan mug merata, pinggan dibiar atas meja selepas makan, tuala dibiar di lantai selepas mandi… Hmmm.
Itu pun sebab saya rasa ibu mertua saya jenis yang memanjakan anak anak lelakinya. (Kami suami isteri tinggal di rumah mertua selama setahun setelah berkahwin).
Lepas adik ipar dan abang ipar makan memang mak mertua suruh biarkan saja pinggan di meja, nanti mak kemaskan. Baju baju pun sama, mak mertua yang kutip baju adik dan abang ipar untuk dicuci.
Kesilapan saya yang kedua ialah, saya naif tentang d4dah, dan g4nja. Rupanya suami saya sejak bangku sekolah lagi terjebak dengan pil, ketamin, ecst4sy, g4nja..
Saya yang tak tahu apa apa sebelum kahwin jadi mula kenal tiub kaca yang hangus atau paket kecil berisi serbuk putih (yang saya sendiri tak tahu apa, batu agaknya).
Bercakap tentang g4nja, saya bukanlah 100% anti g4nja. Tapi perangai pemalas dan lepak chill semasa high yang saya begitu ant11i. Perasaannya seperti saya sedang menjaga anak kecil.
Sudahlah saya fokus jaga anak yang kini berusia 4 tahun, nak entertain pula suami yang “terlebih happy terlebih santai” akibat g4nja. Stressed!
Suami memang beri belanja kepada saya dalam RM900 setiap bulan, manakala baki gaji nya untuk sewa rumah, bil elektrik dan internet, serta sedikit barang dapur.
Jika dikira, sepatutnya berbaki dalam RM1500, tapi belum sampai 5 haribulan, dah lesap sebab beli batu dan g4nja. Alangkah bagusnya kalau disimpan untuk pendidikan anak ataupun tabung emergency.
Jadi, untuk perbelanjaan dapur seterusnya terpaksalah saya pakai duit yang telah diberikan kepada saya tadi ataupun duit untung meniaga saya. Lagi lagi, anak kadang kadang pandai request keju, ataupun mcdonald, atau buah buahan. Biasalah umur begini memang kuat makan.
Bila suami saya ambil batu, dia biasanya tidak tidur selama 2-3 hari. Maka masa itulah dia akan aktif mengalihkan perabot perabot di rumah. Jangan hairan kalau bangun pagi, susunan rumah beralih 360°.
Yang paling membencikan, bila susunan barang di dapur pun berubah. Minyak masak yang asalnya di sebelah singki, tiba tiba dalam kabinet. Bawang bawang yang di rak, tiba tiba dalam peti sejuk. Itu belum lagi perkakas memasak.
Bila dah tak tidur 2-3 hari, selepas tu dia akan kuat tidur sampai 4 hari asyik tidur je. Di office pun dia tidur bangun tidur bangun. Dan masa ni lah mencabar sebab rasa macam tak ada suami je. Kita nak minta tolong jaga anak sekejap pun tak dapat sebab dia layan tidur.
Stressnya saya Allah je tahu. Kadang kadang nangis Selalu juga saya berdoa agar kawan kawan suami saya yang suka berkongsi d4dah dan g4nja ni agar meningg4l kena stroke. Jahat kan saya..
Jika makanan katering biasanya diambil customer dari rumah, barang jualan lain ada yang saya perlu delivery. Di hujung minggu, saya selalu delivery barang jualan saya bersama anak saya sekali sebab tak nak kacau suami tidur.
Kalau dikejut nanti suami akan moody, hempas pintu peti sejuk lah, campak remote control lah. Walaupun dia tak ucapkan kata kata marah, tapi terkesan lah juga dengan perbuatannya. Jadi saya selalu avoid kacau suami.
Sekarang musim C0vid orang tengah bercakap hal vaksiin, suami saya pun jenis yang suka g4duh di s0cial media tentang vaksiin. Dia ant1i vaksiin, masa anak masih baby dulu, selalunya suami sengaja lambat hantar saya dan anak ke klinik Ibu Anak sebab tak suka saya hantar anak untuk di vaksiin.
Kadang kadang pelik juga sebab suami masa kecil pun divaksiin jugak, sihat je. Katanya akan kena mind control lah, tapi masih juga melawan (tak tahu siapa yang dia lawan di facebook, suka sangat update status mengarut).
Sekarang suami asal bangun tidur (dia bangun biasanya jam 11 pagi) dia akan main hp, sampailah tiba masa nak ke office. Untung jadi orang laki, perempuan bangun awal siap kemas rumah, masak breakfast dan lunch, mandikan anak.. barulah suami keluar bilik, itupun katil dan selimut saya yang kemas.
Kalau saya rasa penat, patah semangat, saya akan ke rumah keluarga saya sendiri dan spend time dengan keluarga saya. Saya tak nak jadi pemarah, kesian dekat anak.
Syukur Alhamdulillah anak saya ni pandai pujuk. Bila nampak saya diam dan down, tiba tiba dia akan datang dan peluk dan cakap “im sorry mommy” walaupun dia tak buat salah apa apa pun.
Saya masih cuba positive untuk anak, dan cuba improve bisnes saya demi anak. Saya ambil pil perancang, sebab saya takut sangat kalau tiba tiba termengandung.
Tak sanggup saya nak hadapi lagi, takut nanti kena depression pula. Saya harap suami saya berubah dan sedar, tapi pada masa yang sama saya perlu bersedia supaya sekiranya ada apa apa terjadi kelak, saya mudah bangkit dan terus berjaya.
Kisah kedua lebih mendebarkan,
Aku suami, tp bibik dirumah sendiri. Isteri pemalas. Kalau tak suka, disuruh pula nikahi orang lain
Assalammualaikum pembaca. Saya berumur 35 tahun berasal dari Selangor. Sudah berkahwin selama 5 tahun. Saya ingin memberi nasihat dan inginkan nasihat dari kalian semua
Mengapa tajuk kali ini macam ni. Saya betul betul tertekan dengan sikap isteri saya. Saya berasa menyesal kerana memanjakan isteri.
Isteri saya muda dua tahun dari saya. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Saya yang melamarnya selepas habis belajar dulu.
Saya sebelum berumah tangga, saya selalu membaca KRT dan dengar kuliah agama tentang tanggungjawab suami. Saya memang catit satu satu kesilapan suami yang ditulis dalam itu dan belajar daripadanya.
Tetapi apa yang dipraktikkan semuanya seperti ‘backfired’ dan saya teramat penat.
Contohnya, kami dua dua bekerja dalam unit beruniform.
Sekarang dalam urusan rumah tangga. Sayalah yang selalu buat semuanya
1. Memasak
Sayalah yang selalu masak (termasuk sediakan bekal untuk pagi dan tengah hari – sebab isteri tak suka makan di luar takut tidak bersih).
Saya akan bangun seawal 5 pagi untuk siapkan makanan bekal untuk dia. Saya memang belajar memasak sebelum kawin kerana niat nak kurangkan kerja bakal isteri di rumah.
Lepas kerja balik pun saya yang siapkan. Saya yang hidangkan atas meja makan dan saya jugak yang mengemas selepas makan.
Saya buat semua tu atas rasa sayang kepada isteri, tetapi sampai 5 tahun ni, disebabkan saya selalu manjakan isteri, isteri sampai tak tahu masak apa apa.
Even maggi pun dia mintak saya buatkan kerana dia takut minyak panas. Dah beberapa kali saya cuba mengajar, tapi dia marah. Katanya memasak tu tanggung jawab suami, bukannya isteri. Hmm
Dia akan bukak video youtube ceramah kuat kuat yang sediakan makanan adalah tanggungjawab suami bukan isteri.
2. Mengemas
Hujung minggu selalunya dia akan tidur. Saya yamg akan mengemas selalunya. Mop, sapu sampah, vakuum dan sebagainya.
Kalau hujung minggu tu saya terpaksa kerja, memang berseleraklah rumah tu. Kalau rumah bersepah, dia akan marah marah. Dia cakap tak tenang duduk di rumah kerana rumah bersepah.
Dia cakap mengemas ni tanggungjawab suami. Sekali lagi, video yang sama akan dimainkannya kalau saya bergaduh dengannya tentang rumah berselerak. Gaji saya tidak cukup untuk mengupah orang gaji atau pekerja pembersihan
3. Pakaian
Semua baju baju dalam rumah kami saya yang basuh. Dia cakap itu tanggungjawab suami. Dia sampai tidak tahu guna masin basuh baju, kerana dari dulu ibunya yang buatkan semuanya.
4. Tidur
Sebelum tidur pun saya kena kemaskan katil, kalau tak habislah saya dimarahinya. Dia akan marah marah kalau cadar tidak tegang. Terus merajuk tak nak tidur sekali.
5. Hubungan suami – isteri
Kami jarang sekali ‘bersama’. Awal awal perkahwinan dulu sahaja yang kerap. Sekarang ni lebih kurang sekali dalam 3 bulan. Ini kerana isteri saya tidak suka. Katanya perbuatan itu merimaskan dia.
Saya dah cuba nasihat yang saya ni manusia, ada nfsu. Dan jalan yang baik melepaskan nfsu adalah ‘bersama’ isteri. Bila saya ingatkan tanggungjawab isteri, dia akan bagi tapi dalam keadaan tidak rela. Dan selalunya dia nak ‘cepat habiskan’.
Selalunya selepas ‘bersama’ saya mesti dimarahinya. Katanya saya tidak memahaminya yang tidak suka perbuatan tu. Jadi semenjak itu saya selalu memendamkan nfsu saya.
Saya selalu menasihatinya. Bercakap dengan lembut. Saya selalu mengajaknya mengaji setiap hari. Tetapi dia masih bersifat sedemikian.
Dia akan mengagung agungkan ustaz ustaz yang berbuat baik pada isteri. Dia ada cakap, kalau tak suka cara dia saya boleh angkat kaki dan cari isteri lain. Saya selalu bergaduh dengannya.
Saya memang sukakan dia seorang. Dialah first crush saya dari sekolah rendah.
Tolong ajarkan saya macam mana saya boleh hadapi ujian Allah ni.
Reaksi Warganet
Orked Lee –
Maaf la nak cakap, isteri awak ni ibu segala pemalas ni. Rasanya ramai lagi dekat luar yang suami manjakan isteri. Tapi isteri tu kalau jenis dia rajin dia sendiri akan buat kerja rumah contoh pasal rumah sepah.
Kalau jenis pembersih dia sendiri yang akan kemas dan bersihkan rumah. Tapi sory to say lah wife awk ni pemalas campur pengotor pun ye.
Shida Shamsudin –
Wah hebatnya isteri encik. Hmm kita orang perempuan ni kenalah sama sama tolak ansur. Dah dapat suami ringan tulang sama sama lah ringankan beban suami. Dah sama sama cari rezeki, bahagi bahagikan tugas.
Ustaz pun ade cakap dalam rumah tangga kena ada rasa kasih dan cinta. Isteri penat suami tolong isteri, suami wajib buat kerja rumah? Jangan lupa suami berhak minta sorang isteri buat apa yang dirasakan berpatutan dan tak salah disisi agama.
Hendakkan kerukunan rumahtangga dua dua kena main peranan. Tak boleh salah seorang jadi raja dan ego.
Mozainast Ismail –
Adik, 5 tahun sudah cukup lama untuk bersabar. Jika masih sanggup bersabar, teruskan tapi memandangkan adik sudah sedar maka wajar dibaiki.
1. Pilih seseorang yang berkecuali untuk menasihati isteri
2. Rujuk kaunseling keluarga untuk penyelesaian masalah.
3. Rujuk pejabat agama Islam.
Semoga dipermudahkan urusan kamu ye, dik.
Rizwana Bashir –
Ya Allah ruginya la isteri awak ni. Tak pandai menghargai langsung. Ramai wanita yang terseksa sebab dapat suami pemalas. Cuba hargai diri awak dulu then decide.
Wanita yang sayang suami ni senang je. Bila suami tu baik, dia akan lagi berganda ganda baik dia ke suami. Nampak gaya sorry to say, isteri awak ni a spoilt brat.
Seperti kita selalu nasihati wanita lain dalam position awak, love urself first and think about ur worth. Worth it lagi ke tak buat semua semua tu untuk isteri awak. Ye laki memang banyak tanggungjawab but that doesnt mean isteri dapat free pass masuk syurga suka suka je.
Isteri pun ada tanggungjawab dia dalam Islam ni. Dia merungut tu pun berdosa kot. Also bila masa pulak masak maggi guna minyak? Dah la pemalas lagi nak mintak special maggi bagai. Ketuk kepala tu hah. Mengada sangat kan.
Ryna Zulkifly –
Hahahaa. Ok pi la kawin lain since dia bagi green light. Lagi satu duduk agungkan sangat ustaz kan, suruh dia kawin dengan ustaz. Kalau luck baik ustaz boleh ikut perangai dia dan dia sorang jela isteri sampai akhir hayat. Kalau luck tak baik dapat la madu baru. Huhu
Saya doakan yang terbaik untuk tt. Saya pun tak setuju kaum saya jadi ’pemalas’ macamtu. Ni da sampai tahap membuli. Belajar tegas please. Stop buat semua tu untuk bagi pengajaran. Bukan senang nak dapat suami macamni yang tak berkira. All the best.
Kloey Kloey –
Ada suami penunggang agama. Ada juga isteri penunggang ustaz. Dua dua ni menunjukkan baik lelaki atau yang perempuan mengalami kesukaran berfikir secara rasional. Lebih pada extreme. Menunggang agama tanpa paham agama.
Tiada kasih sayang dalam perkahwinan macam ni. Hanya mencari jalan untuk kepentingan diri sendiri. Isteri tuan ni memang malas dari kecil pastu sedap menunggang ustaz. Suami baik macam tuan ni baik carik yg nombor dua saja. Kasi ajar sikit dia tu.
Sufiah Sufiah –
Awak ni macam takut bini je. Maaf lah saya ni dah taraf mak mak. Andai anak saya dapat isteri seperti ini, saya akan cakap dekat anak saya baik le hidup sendiri. Isteri tak cantik tak pe janji rajin..
Sebenarnya awak je yang sayang isteri. Tapi isteri tak sayang awak pun. Orang pempuan ni kalau dia sayang suami, mesti dia sangup berkorban jiwa dan raga untuk suami.
Jangan jadi dayus. Dah 5 tahun terlalu lama awak bekorban. Nasehat saya cari lah yang lain. Mungkin ada yang lagi baik untuk awak
Sumber IIUM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment