Syed Saddiq Jumpa Keluarga Yasin, Rupanya Ada Sesuatu Yang Terjadi Buat Syed Saddiq Rasa Kesal

AKHIRNYA Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengetahui mengapa namanya ‘dipetik’ komposer dan penyanyi nasyid Yasin Sulaiman ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja pada 31 Mac lalu.

Ujar Syed Saddiq, dia kesal apabila baharu menyedari bahawa penyanyi lagu Mimpi Laila itu pernah menulis mesej yang disifatkan sebagai ‘cry for help’ di Facebook pada Oktober lalu.

Sehubungan itu Syed Saddiq meluangkan masa mengadakan pertemuan dengan keluarga Yasin pada Rabu.

“Tadi saya sempat berjumpa dengan keluarga Yasin. Saya mohon maaf kepada saudara Yasin sebab terlepas pandang post saudara pada Oktober lalu.

Syed 1

Syed Saddiq berkongsi perkara itu di Instagram.

 

 

“Ia adalah suara meminta pertolongan bukan sahaja untuk Yasin tetapi untuk orang lain yang menderita dan memerlukan ganja perubatan sebagai rawatan.

“Tidak ada mak ayah yang nak tengok anak mereka sakit dan masuk penjara sebab cari rawatan. Ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk kesihatan anak-anak,” kata Syed menerusi Instagram pada Rabu.

Sebelum ini, nama Syed Saddiq dipetik oleh Yasin yang kini ditahan atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara.

Dalam pada itu, Syed Saddiq memberitahu ibunya juga merayu agar dia membantu Yasin yang dianggap layak menerima rawatan untuk kesihatannya.

“Mama saya pun merayu, mohon bantu saudara Yasin. Saya ada jumpa mak ayah yang terpaksa beli Cannabidiol atau CBD dari luar negara untuk anak-anak mereka. Doktor-doktor pun ada cuba bantu dapatkan CBD untuk pesakit.

“Mereka layak untuk mendapatkan perubatan untuk kesihatan mereka. Perkara ini melibatkan hidup dan mati,” ujarnya,

Tidak ada mak ayah yang nak tengok anak mereka sakit dan masuk penjara sebab cari rawatan.

Sementara itu, Syed Saddiq turut memberitahu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga sudah mengeluarkan kanabis atau ganja dari senarai narkotik.

“Saudara Yasin yang kita kenal ini baru satu, tapi ada banyak lagi Yasin yang kita tak kenal mungkin dah dihukum dan tidak mendapat rawatan yang betul. Undang-undang pengharaman perubatan kanabis dah lapuk.

“WHO sendiri dah keluarkan kanabis dari senarai narkotik. Realitinya, bila cakap mengenai rokok, rokok membunuh lapan juta orang setiap tahun, di Malaysia sahaja 27,000.

“Alkohol pula tiga juta kematian setiap tahun. Tapi bila bercakap hal kanabis untuk perubatan, tiba-tiba ia menjadi satu taboo dan tindakan hukuman undang-undang dikenakan. Ingat, pesakit bukan penjenayah!” tegasnya.

Syed 2

Yasin didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja.

Untuk rekod, Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Menerusi laporan mStar, bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada tertuduh kerana kes itu terletak di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripadanya Kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu,

Yasin Sulaiman ‘kirim salam’ pada Syed Saddiq

Penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menanam pokok gan ja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini, baru-baru ini tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, untuk didakwa.

Yasin, 47, yang memakai baju-t hitam tiba di mahkamah kira-kira 10 pagi diiringi anggota polis.

Dia akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Da dah Berbahaya 1952 masing-masing di Mahkamah Majistret serta Sesyen.

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman sempat ‘memberi’ pesanan supaya mengirim salam kepada Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, pagi ini untuk didakwa kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok gan ja.

Ucapan itu dituturkan Yasin secara santai dan tenang sebelum masuk ke dalam bilik mahkamah di kompleks berkenaan.

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kana bis untuk perubatan di Parlimen,” kata Yasin kepada petugas media.

Yassin dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman gan ja di kediamannya di Kota Damansara.

Yassin didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Da dah berba haya.

Antara komen netizen,

Kebanyakan negara dah terima pokok ganja ni sebagai ubat… Di Malaysia belum lagi ada 2 orang doktor yg sedang hadapi perbicaraan .

Siapa dia ni penyanyi nasyid, komposer, pemenang ajl, penyanyi lagu mimpinya laila. Sampai sekarang taktahu siapa dia.

Patut lah..siap dgn alat penyukat lagi.buat kebun mini ganja dlm almari lagi..hmm .hebat2

Mimpi yg indah…dunia yg fana…
Jangan ya laila…jangan terpedaya..

Polis turut menemui dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

Mesti jiran sebelah yg punya. Mungkin tiba2 beralih atas faktor alam.

mana ada die tanam…pokok ganja tu tumbuh dgn secara sendirinya..dah alang2 tumbuh die jaga laa…itu la kesahnye…….

byk comment sini refer luar negara da luluskan…alang2 nak ikut luar negara sgt…ape salahnya ikut semua ape luar negara buat… ….luluskan senjata api..mabuk minum di mana2…..dll

Sumber : HMETRO ONLINE / UTUSAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*