
Menjelang bulan Ramadan, kebanyakan individu memang suka membeli kuih-muih dan ianya bagaikan hidangan wajib untuk berbuka.
Namun begitu, tular satu video menunjukkan oembuatan karipap yang bikin loya tekak!.
Terkejut netizen tengok, kelim karipap pakai gigi palsu!
Perkongsian @user di Tiktok meraih perhatian ramai yang kembang tekak melihat proses kelim karipap oleh seorang nenek adalah dengan menggunakan gigi palsu!
“Lain macam nenek ni bergurau.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula fobia untuk membeli karipap lagi selepas ini setelah melihat video yang tular.
Dalam pada itu, para penggemar karipap juga ‘insaf’ seketika malahan bertekad jika teringin, maka mereka akan membuat karipap dengan hasil tangan sendiri.
“Rasa polident sikit2..”
“Please taknak makan karipap lagi dah.”
“Buat karipap sendiri jela pasni..”
“Beli karipap pon ada trust issue.”
“Fobia nak beli! Kariteeth.”
Antara cerita viral lain di bulan ramadan,
SETELAH TULAR TEPUNG PELITA YANG DIBELI DI BAZAR RAMADAN ADA GUMPALAN RAMBUT, JKN TAMPIL BERSUARA
Penemuan gumpalan rambut di dalam kuih limas yang didakwa dibeli di bazar Ramadan seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam berlaku di sebuah bazar di sini, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, berdasarkan risikan yang dijalankan, pengadu sudah dikesan dan diminta untuk tampil ke Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak untuk membuat aduan secara rasmi.
Menurutnya, susulan itu, bapa pengadu iaitu individu yang membeli makanan tercemar itu sudah hadir ke membuat aduan.
“Kuih limas yang diadukan masih disimpan oleh pengadu dan sudah diserahkan kepada pihak pegawai penyiasat Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut.
“Kes ini akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan Akta Makanan 1983 (Akta 281),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, tindakan lanjut dan siasatan seperti di lokasi bazar dan lokasi makanan itu disediakan serta operasi khas ‘kuih limas’ akan dilakukan.
Mohd Akmal berkata, pelanggan disaran untuk membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang melanggar dan tidak mematuhi etika penyediaan dan penjualan makanan yang selamat.
“Aduan boleh disalurkan melalui laman web sispaa KKM, walk in ke pejabat kesihatan daerah terdekat @ bkkm JKN Perak dan email jknperak@moh.gov.my,” katanya.
SUMBER: Tiktok – user, redaksi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment