
Pengarah dan penulis skrip drama viral Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti (PYCCDMS), Sabri Yunus akui seronok melihat reaksi penonton yang teruja menantikan episod akhir karyanya.
Bakal melabuhkan tirai pada minggu ini, kata Sabri, kebanyakan penonton memberikan maklum balas positif untuk drama 16 episod itu.
“Lagi dua episod siri Pok Ya Memburu Siti berakhir.. ada ramai yang sedang meneka-neka tamatannya.. Selain meneka ada juga yang mereka-reka, buat kesimpulan sendiri.
“Ambo seronok melihat susana begini. Ya, mereka penonton yang cakna.. biarkan.. biarkan..
“Ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Alhamdulillah peratus yang suka rasanya lebih ramai.
“Masa mula main pentas dulu, ambo belajar satu perkara. Kita harus sedar bahawa tak semua penonton yang penuhi dewan itu suka kita. Kita sebagai manusia tak mungkin dapat puaskan hati semua orang..
“Buatlah untuk orang yang suka.. biarkan orang yang tak suka.. jangan kita terganggu dengan hal yang begitu… Ambo juga diajar buatlah apa yang kita rasa perlu buat. Jangan fikir yang orang suruh buat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Berkongsi cerita di sebalik penggambaran drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti, Sabri memberitahu idea penulisan skrip dan lakon layar diterjemahkannya secara spontan ketika berada di set penggambaran.
Hal sama pernah dilakukan ketika mengarahkan drama 13 episod Ripin Mugha Batu dan Siri Tanya Sama Pokok.
“Menulis skrip Pok Ya CC: Memburu Siti satu kenikmatan yang tersendiri. Ambo siapkan treatment dan skrip (skrin play dan dialog) di lokasi.
“Pertama kali buat macam ni bila shooting drama 13 episod Ripin Mugha Batu, ambo turun dengan treatment sebab masa terhad. Siap treatment saat masa dah nak shooting, tak ada masa tulis dialog.
“Namun ada stimnya, ada kelebihan ambo rasai. Kita tak perlu duduk berkhayal mencari atau mencipta dialog. Suasana set, kenali kekuatan dan kelemahan pelakon penting untuk tulis dialog.
“Ambo tulis PYCCMS dimana mana.. atas bonet kereta, atas seat kereta, bus stop, atas tongkol kayu atau apa-apa dan dimana-mana. Best … janji idea untuk tulis mengalir tak bertakung!” tambahnya.
Rata-rata di laman Facebook meneka watak Muda Primula sebenarnya antagonis atau tidak. Jom tengok pendapat netizen.
Mana Ade Muda Primula Situ Lah Ade Halim…Dapat Dah Baca Ceritanya Ending Nya..Sebenarnya Ia Nak Betulkan Keadaan…Ingat Tak Di Hotel Primula Tganu Ye Cakap Apa..Nak Perbetulkan Benda Yang Dah Berbelit…Dri Situ Nampak Dah….Muda Cakap Ngan Kawan Ye..Masa Di Kerusi…
Muda Selamatkan Keadaan Tu… Bimbang Siti Pah Ke Tangan Orang Robert.. Nyakya Kenanak Pok Ya Kena Jual. Orang Tunggu Ngate Cerok Nok Igat Siti Tu…
Kita Tunggu Mlm Ni…Bakpo Muda N Halim Buat Gitu..X Puas Hati Halim…Bila Senang Jd X Leh Pakai.
Primula Ni Talam 2 Muko ….Jahat Jugak Dio Depan Pok Yaa Pijak Semut Pun Dok Mati…..
Muda Bekeng Dgn Siti Tu Bsebab…Dia Kata Siti Xlayok Jumpe Tok Laki Dia Tu Sb Nok Siti Beringat Sokmo Jgn Senang Pcayo Ke Ore..Ikut Ore Gitu Je Bile Tok Laki Xdo Rumoh Tp Muda Ttp Akan Bg Siti Jumpe Tok Laki Dia Nt..Tamatt
Ak Rse Halim Ngan Muda Bgabung.. Kalu X Sape Bgth Ke Muda Rosit Ade D Gombok.. Die Nk Ajor Blake Tu.. Lg Pn Bini Pok Ya Tu Xbranok Lg.. Kalu Pok Ya Vs Muda Pn Npk Rupa Pn Lh Kaloh.. Sbb Kalu Tok Guru Ahli Seni Bela Diri , Tekwando , Silat , Muai Thai , Ape2 Ke Bdn Tegap Perut Kempis.. Kcuali Cite Nie Wat Mkin Tok Logik.. Nie Msti Muda & Halim Nk Perangkap Mail Beris & Jj.. Nk Nk Ajo Mr Robert Dr Niaga G2..
Mudo Ore Baik…Dio Nga Halim Doh Pakat Supaya Robert X Jadi Perang Dgn Pokya…Dio Nok Clear Namo Pok Ya Tu…Nnt Tgok Male Ni…Mudo Seroh Jugok Ko Pok Ya Tu..
Betul Tengok Muda Primula N Halim Macam Ada Gabungan Berdua Tu….Tpi Ujung Cerita Nya Muda Primula Tu Org Yg Baik Sebenarnya…Sbb Tu D Hotel Primula Smlm Dia Ade Cerita Nak Betul Kan Benda Yg Berbelit…Dri Situ Nampak Dah Ade Perangcangan Yg D Rancang Dgn Baik Supaya Pokya N Siti Bertemu Semula..Tapi Ramai Yg Salah Sangka Pada Muda Primula
Mudo Kasar Ng Siti Sbb Dia Nk Ajar Siti Dan Beri Peringatan Lain Kali Jngn Suka2 Ikut Org Lain Klo Betul Syg Ko Tok Laki,Ntt Ore Jahat Ambik Ank Dale Prut G Jual,
Kalau Tgok Plot Episode 15. Masa Muda Gomor Dgn Geng2 JJ Halim Mari. Mungkin Ada Yg Mereka Berdua Cakap. Sebab Halim Tahu Madam Sebab Muda Beritahu Jgk. Sy Rasa Mereka Nak Habiskan Cerita Pok Ya Dikelantan Dgn Siti Dibawa Muda Ke Kelantan Bertemu Pok Ya. Halim Selesaikan Masalah Dgn Jj..
Sinopsis
Drama bersiri Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti mengisahkan kejadian yang berlaku selepas Siti menghilangkan diri.
Pok Ya tidak pernah berusaha mencarinya sehingga Pok Ya mengetahui bahawa Siti sedang mengandungkan anaknya.
Pemburuan Siti semakin memuncak apabila Pok Ya mendapat tahu Siti tidak meninggalkannya malah Siti telah diculik. Pok Ya ke Kuala Lumpur mencari Siti dan berharap Siti hamil anak lelaki yang bakal menjadi pewarisnya.
Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti mula disiarkan pada 21 Mac 2022 di Astro Ria. Drama karya Sabri Yunus ini turut melibatkan pelakon hebat tanah air iaitu Wan Hanafi Su, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan dan ramai lagi.
Sumber Gempak/RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment