Penamat Pok Ya Memburu Siti Memang Luar Jangka, Produk Dalam Kelas Tersendiri Karyawan Sabri Yunus, Ramai Tidak Berpuas Hati Rupanya

Pengarah dan penulis skrip drama viral Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti (PYCCDMS), Sabri Yunus akui seronok melihat reaksi penonton yang teruja menantikan episod akhir karyanya.
Bakal melabuhkan tirai pada minggu ini, kata Sabri, kebanyakan penonton memberikan maklum balas positif untuk drama 16 episod itu.

“Ambo seronok melihat susana begini. Ya, mereka penonton yang cakna.. biarkan.. biarkan..

“Ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Alhamdulillah peratus yang suka rasanya lebih ramai.

“Masa mula main pentas dulu, ambo belajar satu perkara. Kita harus sedar bahawa tak semua penonton yang penuhi dewan itu suka kita. Kita sebagai manusia tak mungkin dapat puaskan hati semua orang..

“Buatlah untuk orang yang suka.. biarkan orang yang tak suka.. jangan kita terganggu dengan hal yang begitu… Ambo juga diajar buatlah apa yang kita rasa perlu buat. Jangan fikir yang orang suruh buat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Berkongsi cerita di sebalik penggambaran drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti, Sabri memberitahu idea penulisan skrip dan lakon layar diterjemahkannya secara spontan ketika berada di set penggambaran.

“Menulis skrip Pok Ya CC: Memburu Siti satu kenikmatan yang tersendiri. Ambo siapkan treatment dan skrip (skrin play dan dialog) di lokasi.

“Namun ada stimnya, ada kelebihan ambo rasai. Kita tak perlu duduk berkhayal mencari atau mencipta dialog. Suasana set, kenali kekuatan dan kelemahan pelakon penting untuk tulis dialog.

“Ambo tulis PYCCMS dimana mana.. atas bonet kereta, atas seat kereta, bus stop, atas tongkol kayu atau apa-apa dan dimana-mana. Best … janji idea untuk tulis mengalir tak bertakung!” tambahnya.

Tamat sudah episod terakhir pada malam ini. Akhirnya terjawab segala persoalan apa yang berlaku.

Muda Primula pada asalnya terlihat seperti membawa watak antagonis rupanya bukan begitu. Apa yang terjadi sebenarnya ialah Muda sudah pun berpakat dengan Halim untuk menyelamatkan Siti. Halim pada awalnya memang ada berjumpa dengan Muda Primula untuk meminta bantuan.

Mail Beris pula nyawanya masih panjang walaupun sudah berada di tangan Echu.

Plot yang paling tidak disangka ialah apabila Pok Ya beritahu inginkan anak lelaki, Muda beritahu Pok  Ya sebenarnya dia sudah ada anak lelaki dengan isteri pertama yang bernama Kalsom.

Anak lelaki Pok Ya yang dimaksudkan ialah Halim. Halim sebenarnya sudah lama tahu yang Pok Ya itu ialah ayahnya sejak berusia belasan tahun lagi. Disebabkan itulah Halim menjaga Pok Ya dengan sebaiknya semasa Pok Ya di Kuala Lumpur.

Namun begitu agak tergantung di akhir babak apabila semasa pertembungan Halim dan Mr Robert, Halim telah ditikan oleh JJ.

Sedikit sedutan babak-babak akhir yang mengejutkan ramai.

Semoga ada lagi naskhah berkualiti seperti ini untuk tontonan rakyat Malaysia khususnya.

Antara komen2 netizen yang menyokong karya Pok Ya,

Pok Ya Cong Codey…. Plot Twist Yg Menarik….. Ada Pulak Watak Otai2 Dlm Tu Mcm Eman Manan Mmg Menyerlah.. Cuma Klu Ada Aksi Pergaduhan Yg Lebih Padu Mmg Bertambah Menarik… Semoga Ada Sambungannya Nanti…. Terrrrbaik!!!!!

Kene Ejas Tanya Muda Primula…Koho Rama Duk Nanye Borang Nok Daftor Bowoh Mude Primula..Lepas Ni Kemungkinan Ada Sambungan Sbb Halim Baru Kene Tikam,Jering Pulok Echu Lepas Bersyarat,Anok Dalam Kandungan Siti Masih Tidak Tahu Perempuan Atau Lelaki?Semua Tu Persoalan Yang Bakal Di Sambung

Syabas Team.. Plot Twist As Expected. Awal Lgi Rase Doh Muda Nge Halim Ni Pakat. Alhamdulilah, Ckup Baik Kesudahan Cite, Ade Kesinambungan.. Makanye Mgkin Akn Ade Misi Balas Dendam Utk Halim Plok Pahnim. Terbaik Team PYCCMS

Ending Yg Sgt Menarik…Menusuk Kalbu, Dalam Kegembiraan Tapi Ada Kesedihan… Membuatkan Semua Penonton Menarik Nafas Panjang… Mungkin Ada Yg Menitiskan Air Mata…


Terbaik. Karya Yang Dihasilkan Oleh Sabrii Ibn Yunus …. Semoga Halim Selamat, Kalau Xselamat Pun …Itu Lah Lumrah Kehidupan Ini… Setiap Yg Hidup Pasti Merasai Mati….

Nakal Sungguh Pokya Masa Muda Ni.. Bini Pn X Ingat.. Tp Tu Lah Ayat Pok Ya Mula2.. Mengenang Masa Lepas Yg Banyak Sia2..Terbaik

Ending Kiro Halim Mati Ko???? Baru Nk Tgk Pokya. Peluk Cium Halim Sebab Tahu Halim Anak Dio. Ko Ada Sambungan Ni.

Kena Sambung Lagi Pok Ya Nie..Nak Tahu Kisah Halim Bin Zakaria Pulop…Pandai Pok Ya Buat Gantung Gituee..Jeng…

Duk Mikir Spe Laa Pembelot. Upenya Halim Anak Pokya. Tp Bkpo Supo Tergantung Jah Cita Ni. Kes Halim Lagu Mana Kiro Plop??? Mungkinkah Ada Sambungan Nyo Nti..??

Ending Hk Payoh Tercapai Dek Akal Biasanya Dlm Filem2 Tamil Jah.. Tahniah Pengarah Abe Sabri. Ending Yg Rmai Xleh Nk Jangka. Cuma Nya Keadaan Halim Lgu Mana. Hidup Ko Mati.? Atau Menanti Utk Disambung Plok Lepas Ni Duk Beraso…

Aaduhhhh Nyo V Sebok Woh Ngelah….Harap Ada Memburu Siti 2 La Plok X Tau Lg Tu Halim Lagu Mano..Deh Harap Gitu La Deh..Apapun Tahniah Kawe Sgt Terhibur Cito Ni.M

Pahni Kena Ade Sambungan Tajuk “Misi Membalas Dendam Rosit Dgn Muda Primula” Pulak Lah.. Sbb Hari Tu Oyak Nak Tapar Muda Belom Tapar Lagi

Ade Sambungan Ni….Wlupun Aku Drh Jawa Tp Aku Mmg Folo Siri Pok Ya Ni…Part Plot Twist Tu Mmg Sedih…Minta Ade Siri Ke 2.

Sumber RJ/Sabri Ibn Yunus

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*