
” Saya memang sudah menjangka vdeo itu akan tular..”
Itu kata-kata komposer terkenal, Ajai sebaik menyedari video yang memaparkan penyanyi malar segar, Sanisah Huri menyanyikan lagu Bersabarlah Sayang tular di media sosial.
Menurut Ajai, vdeo yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah meraih lebih sejuta jumlah tontonan, baru-baru ini.
Menerjah ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat penyanyi kelahiran Singapura itu teruja dengan usaha Ajai merakamkan semula lagu yang cukup dekat di hati pendengar terutama apabila tiba Aidilfitri.
MenguIas perkara itu, Ajai meluahkan rasa teruja dengan maklum balas diberikan kerana ia menandakan strateginya untuk mempromosikan album berkonsepkan Aidilfitri Raya berjudul Gema Lebaran Legenda yang diterbitkan empat tahun lalu menjadi.
” Saya tidak terkejut langsung apabila video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok itu tular. Ini kerana saya memang sudah menjangka perkara ini pasti berlaku.
” Video ini sudah lama dirakam iaitu ketika pembikinan album Gema Lebaran Legenda pada 2018. Tujuan saya memuat naik video untuk mempromosikan semula album berkenaan.
” Kami tidak dapat buat publisiti ketika album dilancarkan empat tahun lalu berikutan berlaku beberapa masalah.
” Nyata strategi saya menjadi apabila video ini tular.
” Saya berasakan ini adalah masa sesuai mempromosikan album Gema Lebaran Legenda kerana peminat hari ini begitu mendambakan lagu klasik raya yang boleh membawa nostalgia kepada mereka,” katanya kepada BH Online.
Album terbitan bersama komposer terkenal, S Atan ini memuatkan kembali untaian yang pernah dibawakan penyanyi legenda seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan isteri, Allahyarham Puan Sri Saloma, Datuk Sharifah Aini, Datin Rafeah Buang, S Jibeng, Datuk Ahmad Jais dan ramai lagi.
Mengakui menjadikan Sanisah sebagai ‘umpan’ berikutan tarikan yang ada padanya, Ajai berkata, tujuan video dimuat naik juga untuk memberi rezeki kepada penyanyi bersuara lunak itu.
” Saya menjadikan Sanisah sebagai kandungan utama dalam perkongsian ini. Ini kerana beliau mempunyai aura tersendiri dan memiliki ramai peminat.
” Selain itu, Sanisah laris setiap kali menjelang Ramadan dan membawa kepada Syawal hanya bersandarkan lagu raya evergreen yang dinyanyikan itu.
” Selain mahu memberi hiburan, saya juga ingin membantu Sanisah mendapatkan lebih banyak tawaran persembahan.
” Disebabkan itu, kami mahu mempromosikan album semula dan percaya kepada kekuatan yang ada pada album ini,” terang komposer berusia 46 tahun ini.
Antara komen netizen,
Ya Allah…Pedih..Menikam Dlm Dada Bila Dengaq Saja Lagu Ni.Ingatan Pada Arwah Mak…Ya Allah..Rindunya Aku.Semiga Roh Mak Dicucuri Rahmat Dari Allah Swt Dan Ditempatkan Dikalangan Orang2 Yg Beriman.AMIN YA RABUL A,LAMIN
Penyanyi Asal Lagu Ini..Dgn Ganre Yng Lama… Memang Terbaik Bro ..Ini Lagu Zaman Kecil Ku…Sekolah Rendah…Skrng Usia Ku Menginjak 65 Tahun .Memang Legend Kak Nisah Ni.5 Bintang Dengan Lagu Raya Memang Meletup-Letup ….Ianya.
Masha Allah..Suara Masih Power. Masih Cantik Kak Nisah. Alhamdulilah. Thnks Ajai. Salam Syg Dari Singapura
Tak Berubah Pn Suaranya. Jd Sedih Plk Dgr Lagu2 Ni. Terkenang Zaman Kanak2. Dlm Kesusahan, Dlm Kepayahan Ttp Gembira Dihari Raya. Baju Raya Pn Ayah Mampu Beli Yg Murah2 Je Sbb Kami Ramai Adik Beradik. Yg Pasti Ttp Gembira Apatah Lg Bila Radio Bateri Eveready Memainkan Lagu Raya.
Waa Maseh Sedap Dn Mendayu2 Laa Suara Sanisah Ni, Dia Ni Memang Aku Minat Dari Dulu Nyanyian Nya Dn Jgk Orang Nya Kecil Cantek..
Rakaman Ini Pada Tahun 2018 Yang Lalu, Siap Jadi Tetamu Dalam Mhi Lagi Tapi Bab Suara Dan Lagu Tu Memang Susah Nak Move On
Sementara itu, berkongsi pengalaman bekerja dengan penyanyi yang popular dengan lagu Sejakku Bertemu Padamu ini, Ajai berkata, dia cukup mengagumi komitmen yang diberikan Sanisah sepanjang rakaman.
” Untuk album ini, Sanisah merakamkan tiga lagu popular iaitu Aidilfitri, Bersabarlah Sayang dan Aidilfitri dalam versi baharu.
” Alhamdulillah, beliau berjaya merakamkan semua lagu ini dalam masa sehari dan nyanyiannya masih menggunakan ‘key’ asal.
” Sepanjang bekerja dengannya, Sanisah sangat profesional. Apa yang membuatkan saya kagum adalah persediaannya sebelum masuk studio.
” Beliau sudah tahu apa yang perlu dilakukan oleh seorang penyanyi tanpa perlu diingatkan. Paling seronok, dari segi ketenangan ketika rakaman dijalankan.
” Aura penyanyi veteran memang lain. Situasi ini menjadikan sesi rakaman menjadi lebih mudah. Namun hasilnya tetap terbaik,” puji Ajai.
Ditanya apakah ada perancangan membawa Sanisah ke Malaysia untuk tujuan promosi, Ajai berkata, setakat ini, tiada sebarang perbincangan ke arah itu.
” Jika dapat bawa Sanisah ke Malaysia, bagus juga. Tetapi, buat masa ini, memang tiada perancangan membawanya ke sini.
” Bagaimanapun jika ada kelapangan dan beliau pun sihat, perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil,” ujarnya.
Selain Sanisah, penyanyi lain yang turut terbabit dengan pembikinan album termasuk Datuk Yusni Hamid, Ziana Zain, Salamiah Hassan, Ramlah Ram, Salwa Abdul Rahman, Salma, Hael Hussaini, Hazama, Syamel, Haziq dan Fazli Zainal.
Sumber:bharian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment