
SEDIH melihat isteri, Uyaina Arshad menahan sakit selepas pembedahan apendiks dan keradangan pada rahim, penyanyi Raja Syahiran juga merasakan seperti dirinya tidak berguna.
Menurut Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 29, dia berharap kesakitan yang ditanggung Uyaina itu dapat dipindahkan kepadanya.
“Memang sedih apabila melihat isteri meronta-ronta tahan sakit, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk bantu. Hanya mampu berdoa sahaja.
“Ketika itu saya berharap kalau boleh sakit itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung.
“Saya rasa diri macam tak berguna kerana tidak boleh membantu,” katanya ketika dihubungi mStar.
Ketika itu saya berharap kalau boleh sakit itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung
Uyaina menjalani pembedahan apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Isnin lepas.
Bagaimanapun dia terpaksa ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami keradangan pada rahim.
Uyaina yang kini sedang hamil anak pertama sudah dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan berehat selama dua minggu.
Usia kandungan Uyaina hampir memasuki empat bulan.
“Syukur dan kandunganya sihat dalam keadaan baik sekarang ini dan doktor nasihatkan supaya berehat selama dua minggu.
“Selepas melihat keadaan isteri barulah saya faham bagaimana perasaan seseorang yang kita sayang dalam keadaan sakit namun tidak boleh berbuat apa-apa,” ujarnya.
Untuk rekod, Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.
Minggu lalu Uyaina berkongsi berita gembira dirinya dirinya sedang hamil dan meluahkan rasa teruja menyambut Ramadan pertama sebagai pasangan suami isteri.
Sakit perut sampai susah gerak, Uyaina Arshad selamat jalani pembedahan apendiks… Mohon doa anak dalam kandungan sihat
PELAKON Uyaina Arshad selamat menjalani pembedahan membuang apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Isnin.
Menerusi Instagram, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, memberitahu dia mengalami sakit pada bahagian bawah perut sebelum dibawa mendapatkan rawatan oleh suaminya yang juga penyanyi Raja Syahiran.
“Bangun tidur semalam terus rasa sakit sangat pada bahagian bawah kanan perut sehingga susah hendak bergerak.
“Suami terus membawa saya ke pusat perubatan dan saya ditahan di wad sebelum pembedahan,” jelasnya.
Uyaina dan suami, Raja Syahiran
Tambah Uyaina dia bersyukur apendiks yang dialami dapat dikesan awal dan menerima rawatan segera sebelum menjadi lebih parah.
Saya bertuah sebab apekdiks itu belum pecah. Jika tidak tak tahu apa jadi!
“Saya bertuah sebab apendiks itu belum pecah. Jika tidak tak tahu apa jadi.
“Syukur pembedahan berjalan lancar,” katanya.
Rakan artis dan peminat mendoakan semoga Uyaina cepat sembuh.
Uyaina yang kini hamil tiga bulan turut memaklumkan kandungannya berada dalam keadaan baik dan memohon doa agar diberi kesembuhan segera.
Untuk rekod Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.
Uyaina berkongsi rasa teruja menyambut Ramadan dan Syawal kali ini sebagai seorang isteri dan bakal ibu.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment