Hadir Kes Bicara Adik Bella, Rupanya Asiah Jalil Pun Peguam Bela Siti Bainun, Dr Malar Dedah Apa Yg Asiah Jalil Tanya Pada Saksi

Setiap hari ada saja perkembangan kes remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella yang didakwa didera oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Terkini, punca pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Abd Razali ‘naik hantu’ pada Bella dan hubungan mereka mula ‘tidak berapa baik’ adalah disebabkan oleh tindakan remaja perempuan itu menarik langsir sehingga besi tercabut.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di salah sebuah bilik di kondominum Wangsa Maju.

Melalui pendedahan penghuni rumah kebajikan itu yang juga saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, sejak daripada itu, Siti Bainun mula memarahi dan memukul Bella.

Semalam Fynn Jamal, hari ini giliran Dr. Malar

Jika semalam, penyanyi Fynn Jamal hadir untuk mendengar prosiding kes adik Bella, hari ini tiba giliran Dr Malar Santhi Santherasegapan.

Dr. Malar memaklumkan di laman Facebook miliknya, sejak kes tersebut tular, dia tidak pernah komen malah melihat video penderaan yang dilakukan oleh Siti Bainun kepada Bella.

Namun, pada hari ini dia sendiri mengambil inisiatif untuk hadir dan dengar sendiri sebelum berkongsi sinopsis perbicaraan mengikut versi Celoteh Dr. Malar.

Sesi soal balas antara saksi pendakwaan kelima, Yasmin dan peguam bela, Asiah Abdul Jalil.

Menurut Dr. Malar, segalanya bermula apabila saksi menyatakan dia tidak pasti sama ada jiran-jiran Rumah Bonda di Kondo Irama Wangsa ada mendengar atau melihat Bella didera di antara tempoh Mac hingga Jun 2021.

Dan, Yasmin bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Asiah bahawa sekiranya pintu gelongsor di ruang tamu dibuka, sesiapa sahaja boleh mendengar jeritan atau muzik daripada jiran-jiran sekeliling.

Soalan ‘tingkap’ juga ditanya

Apa yang menarik perhatian Dr. Malar adalah dialog antara peguambela Siti Bainun dan Yasmin dan baginya ia merupakan soalan tidak masuk akal.

Dr. Malar berpendapat, ia tidak logik jika kita sebagai jiran membuat laporan polis sekiranya mendengar anak jiran kita menangis.

“Jika setiap kali mereka menangis, pastinya semua ibu di Malaysia bakal meringkuk di penjara.” luahnya.

Tambah ibu kepada dua orang anak itu, adalah mustahil jika jiran membuat laporan polis apabila mendengar bunyi kanak-kanak menangis pada setiap hari, terutamanya Rumah Bonda yang pastinya mempunyai ramai budak.

“Macam mana jiran nak mengenalpasti suara tangisan kanak-kanak tersebut ketika lapar, bergaduh atau didera?”

Memang anak2 peguam tak menangis ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan oleh Dr. Malar yang sememangnya sangat berasas.

Tidak kurang juga, ada yang pelik apabila soalan tersebut ditanya, ia seolah-olah menggambarkan anak-anak peguam tidak pernah menangis.

Soalan Tu Semua To Create Room For Doubt, Malar. Aku Pun No Comment, Dah La Bulan Puasa Takut Satni Mengata, Org Sana Kenyang Dpt Pahala. Lawyer Dah Tugas Dia Menyoal, So Kena La Soal No Matter How Ridiculous. Semoga Ada Keadilan Utk Adik Bella. Ameen.

 

Bangga.. U Dpt Pergi & Dgr Sendiri.. I Hanya Follow Thread Dr Those Persons Yg Berjuang Utk Bella. Hope For The Best.. Yg Teraniaya Dpt Pembelaan.. Yg Menganiaya Tanpa Perikemanuasiaan Diberi Hukuman Yg Setimpal & Beroleh Hidayah Utk Bertaubat..

 

Begitu Soalan, Jawapan Utk Putar Belit Kan Fakta. Jika Saksi Xboleh Bagi Jwpn Yg Sama Dengan Masa Pendakwaan. Maka Fakta Utk Dakwa SB Tu Xberjaya. Tu Lah Tugas Seorang Peguam, Putar Belitkan Dakwaan Supaya Org Kena Tuduh (OKT) Tu X Bersalah.

Soalan Nya Nampak Seperti Kita Sakit Hati Kan, Tapi Itu Point Utk Dia Pusing Masa Penggulungan Nanti. Supaya Keterangan Saksi Jd Salah

 

 

 

Selain itu, Dr. Malar memberitahu bahawa banyak lagi yang dibicarakan dala ruang mahkamah dikatakan tidak masuk akal.

Walau bagaimanapun, wanita itu mengatakan berkemungkinan dia hanyalah rakyat biasa yang kurang arif tentang selok belok perundangan.

Beberapa fakta baru terungkap yang mengejutkan ramai orang.

Tiada Liputan Media: Menurut pengguna twitter ini yang menggelarkan diri dengan nama ‘Tok’ menulis, tiada media yang hadir ketika perbicaraan dan tiada media yang membuat liputan.

Di dera dalam jangka masa yang lama: Dalam hantarannya itu juga menulis,  saksi ke 2,3,4 ialah doktor-doktor pakar yang merawat Bella mengesahkan Bella telah didera dalam jangka masa yang lama. Ada parut dan luka lama akibat disimbah air panas, ada juga luka dan parut akibat ditekap dengan alat panas seperti seterika. Luka kepala disiram air panas.  Lebam pada tubuh disebabkan disepak atau dipijak. Bella ada kecederaan kerana mungkin dipijak orang bertubuh besar. Kecederaan Bella yang tidak dirawat menyebabkan terkena jangkitan dan setelah sembuh terdapat parut yang sangat mengerikan.

Bella Mengalami Trauma yang dahsyat: Tambahnya lafi, salah seorang doktor telah mengesahkan yang Bella telah mengalami trauma yang sangat dahsyat termasuk mentalnya. Bella akan mengalami mimpi-mimpi ngeri didera yang tidak diketahui bila akan hilang.

Mangsa Menggelupur Kesakitan: Ketika perbicaraan, pengadu utama dan juga saksi utama iaitu Yasmin atau SP 5 telah memberikan keterangan bahawa OKT mengarahkan beliau untuk memegang Mangsa dan kemudiannya OKT akan simbahkan air yang panas menggunakan cawan plastik IKEA pada badan Mangsa.

Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella & Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati - Murai MY

Mangsa terus menggelupur dalam kesakitan. SP 5 kemudian menambah, bahawa OKT telah melakukan tindakan yang sama tersebut melebihi lima (5) kali terhadap Mangsa dan setiap kali perbuatan tersebut dilakukan, SP 5 telah dipaksa untuk memegang Mangsa. Pernah SB suruh SP 5, bersama beberapa anak-anak jagaan OKT yang lain untuk mengikat Mangsa. Setelah itu, OKT akan menolak Mangsa menyebabkan Mangsa jatuh dan kemudian SP 5 dan anak-anak yang lain disuruh untuk mengangkat semula Mangsa dan OKT kemudiannya bertindak untuk simbah air panas pada badan Mangsa.

Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas: SP 5 kemudiannya menyatakan terdapat 1 hari kejadian dimana Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas. OKT telah bertindak memandikan Mangsa dengan air yang telah dipanaskan ‘heater’ dan kemudian OKT akan mengarahkan SP 5 untuk mengambil air panas ‘cuckoo’ untuk diberikan kepada OKT dan kemudian OKT akan simbah lagi pada badan Mangsa.

Mangsa Dibogelkan: Mangsa dibogelkan dan menggelupur lemah, minta tolong dan keletihan. Tertuduh larang orang lain tolong mangsa.

Badan Mangsa berbau busuk: SP 5 turut menyatakan bahawa badan Mangsa berbau busuk akibat daripada kesan dan luka-luka yang telah bernanah sehinggakan jikalau Mangsa ditempatkan didalam bilik, seluruh bilik tersebut boleh dipenuhi dengan bau Mangsa.

Video Temubual Siti Bainun Dikecam, Netizen Kata Dia Layak Menang OSCAR? - Murai MY

Dipaksa Makan Cili: Antara kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan Cili. SP 5 menyatakan OKT telah memaksa Mangsa untuk memakan sebanyak dua puluh (20) biji cili yang telah dihancurkan. Kemudian OKT sendiri telah menyuapkan pada Mangsa cili-cili hancur tersebut. Andai Mangsa enggan, OKT akan tonyoh pada mata Mangsa. Mangsa juga pernah memakan makanan yang telah dicampur gaul dengan sisa makanan penghuni lain dalam premis tersebut.

Mangsa Dipaksa Makan Najis: Kemudian terdapat kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan najis, Mangsa pernah terberak di ‘laundry’ dalam premis. OKT telah memarahi Mangsa dan kemudian OKT telah menyuruh Mangsa mengutip semula najis tersebut dan kemudian OKT telah memaksa Mangsa makan. Kemudian apabila Mangsa telah termuntah akibat memakan najis tersebut OKT akan menyuruh lagi Mangsa untuk memakan muntah beliau digaul bersama dengan najis sehingga habis.

Sumber: Facebook Malar Santhi Santherasegapan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*