
Tanda pagar #justiceforbella menjadi trending sejak tularnya klip video adik Bella yang ditemui dalam keadaan menyayat hati. Seluruh tubuhnya mengalami luka dan berparut akibat didera.
Perbicaraan kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang didakwa telah mengabaikan serta menganiaya remaja Down Syndrome iaitu Bella sedang menjadi topik yang ‘hangat’ dibicarakan oleh orang ramai ketika ini.
Dia kanak-kanak istimewa syndrome down, berusia 13 tahun. Tiada ibu bapa sejak ditemui dan dijadikan anak angkat di Rumah Bonda, rumah kebajikan di Wangsa Maju yang pengasas dan pengusahanya Cik Siti Bainun, 30 tahun.
Namun kes ini sekali lagi mendapat riaksi marah rakyat Malaysia apabila gambar OKT, Cik Siti Bainun diwakili sehingga 10 peguam di muat naik di laman media sosial. Persoalan yang hangat diperkatakan kenapa perlunya 10 peguam melawan seorang kanak-kanak OKU? Mengapa tidak 10 peguam yang membela kanak-kanak tersebut?
Lagi-lagi setelah salah seorang peguam bela Siti Bainun memuat naik foto mereka bersama-sama kelihatan gembira, sedangkan sebelah pihak lagi menderita dari segi emosi dan fizikal.
Bukan saja mendapat perhatian netizen, malah isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut menyuarakan pandangannya di Instagram Story, baru-baru ini.
Menerusi tinjauan yang di buat di Instagram YM Che’ Puan Khaleeda, ternyata beliau juga turut terkesan dengan nasib adik Bella yang didera.
Difahamkan dari kenyataan yang dilakukan, Che’ Puan akan menggunakan kuasa yang ada untuk membela serta membantu bagi menegakkan keadilan buat remaja istimewa itu.
Dalam pada itu, beliau turut terkesan dengan apa yang terjadi, lagi-lagi ada pihak yang dianggap ‘pengecut’ dan mahu melarikan diri dari mengakui kesalahan yang telah dilakukan.
Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat.
Sebelum ini, Siti Bainun mengakui tidak bersalah atas dakwaan mengenai dia mendera Bella hingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Tambahnya lagi, dengan kuasa yang ada beliau akan cuba sedaya upaya untuk membela nasib anak istimewa ini.
Ramai yang terharu dan sebak apabila membaca kenyataan daripada YM Che’ Puan Khaleeda. Tak kurang juga ada yang mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sanggup bersama-sama membela nasib Bella.
Semoga Di Bulan Penuh Berkat Ini, Allah Dengar Doa Seluruh Rakyat Malaysia Yg Mendoakan Nasib Bella Dibela..Semoga Ada Sinar Menanti Dihujung Jalan..
Rakyat Biasa Tak Mampu Buat Apa2 Nak Menolong Mangsa Yang Hanya Kanak2 Oku. Moga Dengan Status Che Puan Akan Menyelesaikan Kemelut Melanda Dan Keadilan Akan Berpihak Pada Pihak Yang Teraniya. Moga Tuhan Merahmati Kehidupan Che Puan Kerana Manfaatkan Status Yang Ada Demi Sebuah Keadilan. Rakyat Malaysia Hanya Mampu Berdoa Dipermudahkan Urusan…
Moga Dipermudahkan Semua Urusan Buat Membantu Bella Yg Tak Berdosa. Terima Kasih Che Puan Yg Baik Hati. Moga Allah Balas Jasa Baik Che Puan.
Alhamdulillah.. Semoga Kemenangan Berpihak Kepada Adik Bella.. Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Che Puan Khaleeda Dan Bella…
Syukur Alhamdulillah Ada Kuasa Besar Yg Ingin Membantu & Membela Nasib Bella..Semoga Beroleh Kejayaan..Semoga Dipermudahkn Segala Urusan Che Puan Khaleeda..Amin
Syukur Ya Allah Kau Kirimkan YM Che Puan Utk Membela Anak Syurga Yg X Berdosa Ni..Pemudahkan Lh Urusan Mulia YM Ni Ya Robb..Aaminn Ya Allah
Smoge Segala Urusan Dipermudahkan…Che Puan Khaleeda Mewakili Rakyat2 Yg Xleh Nak Wat Ape2…Kita Berdoa Agar Keadilan Diberi Pada Ade Bella..In Sya Allah…
Alhamdulillah.. Akhirnya Berkat Bulan Mulia Allah Hadirkan Insan Spatutnya Utk Fight Kes Bella Nie.. Moga Ada Pembelaan Sewajarnya Bt Bella.. Insyaallah
Mudahan Bella Menang…Smoga Allah Melindungi Dan Mpermudahkan Urusannya..Aamiin..Sesungguh Nya D Dunia Dpt Mngubahkan Sgla Fakta Tp D Akhirat Nty Smua Akan Dperlihatkan…Tiada Yg Akan Tlepas..
Namun begitu ada satu komen daripada netizen yang tidak setuju, ini pandangan daripada netizen tersebut
Xpayah La Masuk Campur Court Harus Bebas Daripada Pertimbangan Mana2 Pihak Si Tertuduh Mahupun Pihak Yang Menuduh Layak Mendapat Keadilan Sewajarnya Campur Tangan Istana Sangat Tidak Sesuai.
Di kala rakyat Malaysia berusaha mencari keadilan untuk Bella, masih ada suara-suara sumbang.
Beberapa fakta baru terungkap yang mengejutkan ramai orang.
Tiada Liputan Media: Menurut pengguna twitter ini yang menggelarkan diri dengan nama ‘Tok’ menulis, tiada media yang hadir ketika perbicaraan dan tiada media yang membuat liputan.
Di dera dalam jangka masa yang lama: Dalam hantarannya itu juga menulis, saksi ke 2,3,4 ialah doktor-doktor pakar yang merawat Bella mengesahkan Bella telah didera dalam jangka masa yang lama. Ada parut dan luka lama akibat disimbah air panas, ada juga luka dan parut akibat ditekap dengan alat panas seperti seterika. Luka kepala disiram air panas. Lebam pada tubuh disebabkan disepak atau dipijak. Bella ada kecederaan kerana mungkin dipijak orang bertubuh besar. Kecederaan Bella yang tidak dirawat menyebabkan terkena jangkitan dan setelah sembuh terdapat parut yang sangat mengerikan.
Bella Mengalami Trauma yang dahsyat: Tambahnya lafi, salah seorang doktor telah mengesahkan yang Bella telah mengalami trauma yang sangat dahsyat termasuk mentalnya. Bella akan mengalami mimpi-mimpi ngeri didera yang tidak diketahui bila akan hilang.
Mangsa Menggelupur Kesakitan: Ketika perbicaraan, pengadu utama dan juga saksi utama iaitu Yasmin atau SP 5 telah memberikan keterangan bahawa OKT mengarahkan beliau untuk memegang Mangsa dan kemudiannya OKT akan simbahkan air yang panas menggunakan cawan plastik IKEA pada badan Mangsa.
Mangsa terus menggelupur dalam kesakitan. SP 5 kemudian menambah, bahawa OKT telah melakukan tindakan yang sama tersebut melebihi lima (5) kali terhadap Mangsa dan setiap kali perbuatan tersebut dilakukan, SP 5 telah dipaksa untuk memegang Mangsa. Pernah SB suruh SP 5, bersama beberapa anak-anak jagaan OKT yang lain untuk mengikat Mangsa. Setelah itu, OKT akan menolak Mangsa menyebabkan Mangsa jatuh dan kemudian SP 5 dan anak-anak yang lain disuruh untuk mengangkat semula Mangsa dan OKT kemudiannya bertindak untuk simbah air panas pada badan Mangsa.
Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas: SP 5 kemudiannya menyatakan terdapat 1 hari kejadian dimana Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas. OKT telah bertindak memandikan Mangsa dengan air yang telah dipanaskan ‘heater’ dan kemudian OKT akan mengarahkan SP 5 untuk mengambil air panas ‘cuckoo’ untuk diberikan kepada OKT dan kemudian OKT akan simbah lagi pada badan Mangsa.
Mangsa Dibogelkan: Mangsa dibogelkan dan menggelupur lemah, minta tolong dan keletihan. Tertuduh larang orang lain tolong mangsa.
Badan Mangsa berbau busuk: SP 5 turut menyatakan bahawa badan Mangsa berbau busuk akibat daripada kesan dan luka-luka yang telah bernanah sehinggakan jikalau Mangsa ditempatkan didalam bilik, seluruh bilik tersebut boleh dipenuhi dengan bau Mangsa.
Dipaksa Makan Cili: Antara kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan Cili. SP 5 menyatakan OKT telah memaksa Mangsa untuk memakan sebanyak dua puluh (20) biji cili yang telah dihancurkan. Kemudian OKT sendiri telah menyuapkan pada Mangsa cili-cili hancur tersebut. Andai Mangsa enggan, OKT akan tonyoh pada mata Mangsa. Mangsa juga pernah memakan makanan yang telah dicampur gaul dengan sisa makanan penghuni lain dalam premis tersebut.
Mangsa Dipaksa Makan Najis: Kemudian terdapat kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan najis, Mangsa pernah terberak di ‘laundry’ dalam premis. OKT telah memarahi Mangsa dan kemudian OKT telah menyuruh Mangsa mengutip semula najis tersebut dan kemudian OKT telah memaksa Mangsa makan. Kemudian apabila Mangsa telah termuntah akibat memakan najis tersebut OKT akan menyuruh lagi Mangsa untuk memakan muntah beliau digaul bersama dengan najis sehingga habis.
Sumber BN/RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment