Kes Bella Mendapat Perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Demi Keadilan Dan Perjuangkan Nasib Bella…Apa Yang TMJ Bakal Lakukan Memang Tidak Disangka

KES penderaan ke atas remaja perempuan Sindrom Down bernama Bella meruntun jiwa rakyat Malaysia dengan tanda pagar #justiceforbella kembali menjadi trending.

Terbaharu, paling menyayat hati apabila Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa remaja istimewa berusia 13 tahun itu diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu!

Dengan kecederaan yang dialaminya seperti melecur di tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka di tubuhnya cukup membuatkan sesiapa menitiskan air mata.

Rakyat Malaysia bersatu hati memperjuangkan nasib Bella dan kes tersebut turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

tm bantu bella 2

Kecederaan yang dialami Bella.

Tunku Ismail berkata, beliau menawarkan perkhidmatan peguam-peguamnya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief).

Menurut Tunku Ismai juga, beliau telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguamnya mengenai kes penderaan Bella.

“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini.

“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak kementerian untuk kes ini,” katanya menerusi posting di laman sosial milik beliau, lewat Sabtu malam.

siti bainun

Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella.

Terdahulu, isteri TMJ, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam sedia membantu Bella, remaja orang kelainan upaya (OKU) bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Menerusi luahan di aplikasi story di laman Instagam miliknya, Che Puan Besar Khaleeda sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu remaja istimewa tersebut.

Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella.

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya.

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik barisan peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” tulisnya dalam Instagram miliknya.

tm bantu bella

Kenyataan TMJ berhubung kes Bella.

Che Puan Besar Khaleeda memuat naik kenyataan tersebut yang dipercayai sebagai membalas tindakan seorang peguam tertuduh iaitu pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dengan memuat naik sekeping gambar bersama-sama tertuduh dan barisan peguam yang membelanya di laman sosial.

Siti Bainun Ahd Razali, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

tm bantu bella 4

Che Puan Besar Khaleeda terkesan dengan nasib Bella.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sedikit info kes,

Beberapa fakta baru terungkap yang mengejutkan ramai orang.

Tiada Liputan Media: Menurut pengguna twitter ini yang menggelarkan diri dengan nama ‘Tok’ menulis, tiada media yang hadir ketika perbicaraan dan tiada media yang membuat liputan.

Di dera dalam jangka masa yang lama: Dalam hantarannya itu juga menulis,  saksi ke 2,3,4 ialah doktor-doktor pakar yang merawat Bella mengesahkan Bella telah didera dalam jangka masa yang lama. Ada parut dan luka lama akibat disimbah air panas, ada juga luka dan parut akibat ditekap dengan alat panas seperti seterika. Luka kepala disiram air panas.  Lebam pada tubuh disebabkan disepak atau dipijak. Bella ada kecederaan kerana mungkin dipijak orang bertubuh besar. Kecederaan Bella yang tidak dirawat menyebabkan terkena jangkitan dan setelah sembuh terdapat parut yang sangat mengerikan.

Bella Mengalami Trauma yang dahsyat: Tambahnya lafi, salah seorang doktor telah mengesahkan yang Bella telah mengalami trauma yang sangat dahsyat termasuk mentalnya. Bella akan mengalami mimpi-mimpi ngeri didera yang tidak diketahui bila akan hilang.

Mangsa Menggelupur Kesakitan: Ketika perbicaraan, pengadu utama dan juga saksi utama iaitu Yasmin atau SP 5 telah memberikan keterangan bahawa OKT mengarahkan beliau untuk memegang Mangsa dan kemudiannya OKT akan simbahkan air yang panas menggunakan cawan plastik IKEA pada badan Mangsa.

Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella & Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati - Murai MY

Mangsa terus menggelupur dalam kesakitan. SP 5 kemudian menambah, bahawa OKT telah melakukan tindakan yang sama tersebut melebihi lima (5) kali terhadap Mangsa dan setiap kali perbuatan tersebut dilakukan, SP 5 telah dipaksa untuk memegang Mangsa. Pernah SB suruh SP 5, bersama beberapa anak-anak jagaan OKT yang lain untuk mengikat Mangsa. Setelah itu, OKT akan menolak Mangsa menyebabkan Mangsa jatuh dan kemudian SP 5 dan anak-anak yang lain disuruh untuk mengangkat semula Mangsa dan OKT kemudiannya bertindak untuk simbah air panas pada badan Mangsa.

Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas: SP 5 kemudiannya menyatakan terdapat 1 hari kejadian dimana Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas. OKT telah bertindak memandikan Mangsa dengan air yang telah dipanaskan ‘heater’ dan kemudian OKT akan mengarahkan SP 5 untuk mengambil air panas ‘cuckoo’ untuk diberikan kepada OKT dan kemudian OKT akan simbah lagi pada badan Mangsa.

Mangsa Dibogelkan: Mangsa dibogelkan dan menggelupur lemah, minta tolong dan keletihan. Tertuduh larang orang lain tolong mangsa.

Badan Mangsa berbau busuk: SP 5 turut menyatakan bahawa badan Mangsa berbau busuk akibat daripada kesan dan luka-luka yang telah bernanah sehinggakan jikalau Mangsa ditempatkan didalam bilik, seluruh bilik tersebut boleh dipenuhi dengan bau Mangsa.

Video Temubual Siti Bainun Dikecam, Netizen Kata Dia Layak Menang OSCAR? - Murai MY

Dipaksa Makan Cili: Antara kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan Cili. SP 5 menyatakan OKT telah memaksa Mangsa untuk memakan sebanyak dua puluh (20) biji cili yang telah dihancurkan. Kemudian OKT sendiri telah menyuapkan pada Mangsa cili-cili hancur tersebut. Andai Mangsa enggan, OKT akan tonyoh pada mata Mangsa. Mangsa juga pernah memakan makanan yang telah dicampur gaul dengan sisa makanan penghuni lain dalam premis tersebut.

Mangsa Dipaksa Makan Najis: Kemudian terdapat kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan najis, Mangsa pernah terberak di ‘laundry’ dalam premis. OKT telah memarahi Mangsa dan kemudian OKT telah menyuruh Mangsa mengutip semula najis tersebut dan kemudian OKT telah memaksa Mangsa makan. Kemudian apabila Mangsa telah termuntah akibat memakan najis tersebut OKT akan menyuruh lagi Mangsa untuk memakan muntah beliau digaul bersama dengan najis sehingga habis.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*