Anak Angkat ‘Celah’ Mana? Nurulhidayah Jawab Tuduhan Siti Bainun Dilindungi Ahmad Zahid, Tapi Apa Netizen Komen Memang Menarik Perhatian Ramai

KECOH di media sosial mengenai dakwaan yang mengaitkan tertuduh dalam kes penderaan remaja perempuan sindrom down bernama Bella dengan ahli politik.

Tersebar gambar tertuduh, pengasas Rumah Bonda yang menempatkan Bella iaitu Siti Bainun Ahd Razali bersama keluarga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Gambar tersebut menunjukkan Siti Bainun bergambar secara berkumpulan yang turut disertai Ahmad Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Gara-gara foto yang tular itu, timbul dakwaan bahawa Siti Bainun merupakan anak angkat kepada Ahmad Zahid.

Susulan itu, anak kandung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah menafikan dakwaan tersebut, malah menegaskan bahawa dia sekeluarga juga menentang sekeras-kerasnya penderaan ke atas remaja istimewa berusia 13 tahun itu.

tm bantu bella 2

Kes penderaan Bella menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Nurulhidayah turut mempersoalkan sumber yang mengaitkan tertuduh dengan keluarganya.

“Buat yang provoke dan fitnah. Cukup saya beritahu yang saya dan seluruh ahli keluarga menentang keras kes yang melibatkan penderaan ke atas Bella.

“Asal usul cerita yang mengaitkan kami dengan SB (Siti Bainun) pun saya tak pasti dari mana. Saya berdoa agar Allah mengampunkan dosa mereka yang memfitnah dan menyebarkan fitnah ini,” tulisnya menerusi satu posting di laman Instagramnya pada Sabtu malam.

Nurul Hidayah Pertahan Pensyarah Isu Laptop – 'Ramai Yang Boleh Bantu Belikan'

Celah mana kami sekeluarga cover atau back up orang kena tuduh (OKT)?

Menerusi ruangan komen, Nurulhidayah yang juga dikenali sebagai Kak Long menjawab satu pertanyaan netizen mengenai sama ada Siti Bainun merupakan anak angkat kepada bapanya berdasarkan foto yang tular.

“Kalau semua orang yang bergambar dengan abah (panggilan Ahmad Zahid) dan keluarga Kak Long ni ada kena-mengena ke?

“Anak angkat celah mana tu tanya diaorang. Sia-sia je depa (mereka) ni puasa,” katanya yang turut ke mahkamah bagi mengikuti kes Bella.

nurulhidayah siti bainun 6

Foto yang tular menunjukkan Siti Bainun (duduk, kanan) bersama Ahmad Zahid (tengah) dan isteri (duduk, dua kanan).

Dalam posting yang berasingan, Nurulhidayah turut membuktikan dirinya juga prihatin dan memperjuangkan nasib Bella sejak tahun lalu.

“Tiada siapa yang akan terlepas daripada undang-undang penderaan dan melindungi kes penderaan.

“Selama saya hidup saya dibesarkan dengan bapa saudara sindrom down (telah meninggal empat tahun lalu). Mereka bukan agresif. Mereka manja. Bella perlu dibela,” ujarnya.

nurulhidayah siti bainun

Nurulhidayah menyifatkan dakwaan mengaitkan Siti Bainun dengan keluarganya sebagai fitnah.

Nurulhidayah juga mendedahkan sedutan klip audio yang didakwanya merupakan perbualannya bersama bekas penghuni Rumah Bonda yang mendakwa Bella diberi layanan buruk sehingga terpaksa minum air paip.

Susulan itu, Nurulhidayah menolak dakwaan keluarganya cuba melindungi tertuduh.

“Jadi celah mana kami sekeluarga cover atau back up orang kena tuduh (OKT)?

“Tak masuk akal. Tak pandai tak apa, jangan memandai-mandai,” katanya sambil turut bersedia untuk membantu dan bekerjasama membela nasib mereka yang teraniaya.

nurulhidayah siti bainun 7

Nurulhidayah menjawab persoalan netizen di ruangan komen.

Mengenai kes Bella, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ahmad Zahid anggap tuduhan cuba ‘cover’ Siti Bainun tak masuk akal, jika ada keupayaan seperti itu lebih baik ‘lindung’ kes sendiri

SELEPAS anak perempuan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersuara menjawab tuduhan yang mengaitkan bapanya dalam kes penderaan remaja perempuan sindrown down bernama Bella, terbaharu Presiden Umno itu pula tampil memperjelaskan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Sambil menangkis tuduhan yang dibangkitkan pihak tertentu, Ahmad Zahid turut menyuarakan rasa kesal apabila tiba-tiba namanya dikaitkan sebagai ahli politik yang cuba ‘melindungi’ tertuduh kes berkenaan.

“Sebagai insan seperti anda semua tentunya saya juga mengharapkan keadilan buat Bella dapat ditegakkan. Terlalu banyak insiden menyayat hati dilaporkan dalam kes tersebut dan pastinya semua mahukan kebenaran.

“Tetapi saya berasa kesal apabila diberitahu tiba-tiba ada pihak cuba mengaitkan saya dengan kes tersebut. Menuduh saya cuba melindungi tertuduh dengan mengaitkan tertuduh memiliki 10 peguam bela kerana saya.

“Dakwaan saya cuba mempengaruhi mahkamah dalam perbicaraan kes Bella juga tidak masuk akal.

“Bagaimana saya boleh melakukannya walhal yang menuduh juga tentu tahu saya tiada sebarang kuasa berbuat demikian. Saya tidak berada dalam kerajaan untuk menekan pihak pendakwaan

“Jika benar saya mempunyai keupayaan seperti itu bukankah lebih baik saya ‘melindungi’ kes saya,” jelas Ahmad Zahid menerusi satu hantaran di laman Facebook, pada Ahad.

Ahmad Zahid persoal pendirian Ahli Parlimen UMNO

Tambah bekas timbalan perdana menteri ini lagi, mengaitkan dirinya dengan tertuduh hanya kerana sekeping gambar yang dirakam bersama-sama keluarganya juga adalah tuduhan yang tidak berasas.

Ahmad Zahid merujuk kepada gambar yang tersebar luas di media sosial ketika ini, di mana beliau bersama isteri dan beberapa individu lain bergambar mesra bersama Pengasas Rumah Bonda yang juga tertuduh kes berkenaan, Siti Bainun Ahd Razali.

“Sebagai seorang pemimpin, mana mungkin saya menolak permintaan sesiapa sahaja untuk bergambar.

“Sebagai contoh hari ni saya memuji seseorang tokoh berkenaan kebaikan dan kehebatannya di media sosial saya, setelah sekian lama dia pula dituduh melakukan jenayah dan perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

“Adakah saya juga dikaitkan kerana pernah memuji beliau?” soalnya.

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Zahid mengakui sepanjang terlibat dalam arena politik, beliau pernah membantu ramai individu termasuk didatangi mereka yang meminta bantuan dan sumbangan kewangan untuk tujuan kebajikan

.

Zahid, from BN heavyweight to dead weight? | MalaysiaNow

“Namun saya sama sekali tidak akan melindungi sesiapa saja antara mereka itu jika didakwa terlibat dalam jenayah,” ujarnya.

Justeru Ahmad Zahid meminta rakyat agar tidak terlalu mudah mempercayai sesuatu sebaliknya mengkaji terlebih dahulu setiap perkara yang disebarkan.

Saya sama sekali tidak akan melindungi sesiapa saja antara mereka itu jika didakwa terlibat dalam jenayah.

“Saya harap mereka yang sedang gigih berusaha untuk memfitnah saya sekali lagi demi politik itu berhentilah. Bulan Ramadan yang mulia ini tidak sepatutnya dicemari dengan nilai-nilai kebatilan seperti itu.

“Dosa yang ada pun tidak tertanggung dan belum tahu telah diampun, jangan ditambah dosa lagi sampai bertimbun-timbun.

“Kecuali mereka itu terlupa atau buat-buat lupa ketika ini bulan Ramadan, Allah jua yang mengetahui segala-galanya,” ujarnya lagi.

Antara komen-komen netizen di media sosial

Habislah ko benon.. org kata ko ank buah tun M, wakil tun M kata bukan, org kata ko org kuat umno, pun umno kata dah lama lucut jawatan, org kata ko anak buah Zahid, pun ank Zahid tepis kata bukan.. semua selow selow dah Cuba menyelamatkan bahagian masing2.. habislah ko benon..

Tapi bergambar nampak rapat sgt. Siap tangan atas paha datin seri. Takkan semua org boleh bergambar lagu tu dgn family kaklong. Nampak special di situ.

Siti bainun boleh pasang lawyer sampai 100 orang dan mengaku tak bersalah..tapi jangan sampai rakyat malaysia ramai2 buat solat hajat..kita tengok lawyer2 tu semua dan siti bainun boleh lawan tak kuasa Allah..gitew

Bila TMJ masuk campur,masing2 yang pernah bergambar dgn kak enon tampil ke depan menyatakn penafian ada kaitan,abis terkena tempias

Salah satu cara nak tahu OKT itu bersalah atau tidak…kita tengok berapa ramai peguam yg dia ambik.kalau lebih dari seorang,nampak sangat OKT tu goyang

Cerita dia simple. Bila TMJ & Che Puan Khaleeda nak masuk campur pertahankan adik Bella. Bodoh la mereka yg beriya nak support Bainun

Pasti penyokong nya VVIP kerana lihat pada ramainya peguam .kalau seorg mungkin dia mampu membayar nya ini kalahkan peguam bela Bekas PM.

Tak ada sapa dah nk buat die ank angkat, ank buah bagai.. Smua da mencicit lari.. Buat² xknl pon ado… Skrng berlindung la di sebalik lemak berkerim tu… Tu cara die jalan ke cara die berlari tu… Hmm konpuis plak…

Siapa Ahmad Zahid tu yang sanggup melindungi pendera..ramai orang nama Ahmad Zahid.kenapa tak sebut dengan binnya sekali.dah nak lemas cari apa saja untuk bergantung.

Dengar cerita si comel tu yang ada pertalian darah dengan someone vvip “maniefesto bukan kitab suci” wallahualam. Hihihi. Sebab tu pengasas “maniefesto bukan kitab suci” diam seribu bahasa sekarang ni

Masa ni semua x ngaku sdara atau kwn karib….bila TMJ mula amik kes adik bella mula la kabel2 gemokkk nk ilangkan diri guna kuasa boboi kuasa 3….

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*