
Berkongsi cerita di sebalik penggambaran drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti, Sabri memberitahu idea penulisan skrip dan lakon layar diterjemahkannya secara spontan ketika berada di set penggambaran.
“Menulis skrip Pok Ya CC: Memburu Siti satu kenikmatan yang tersendiri. Ambo siapkan treatment dan skrip (skrin play dan dialog) di lokasi.
“Namun ada stimnya, ada kelebihan ambo rasai. Kita tak perlu duduk berkhayal mencari atau mencipta dialog. Suasana set, kenali kekuatan dan kelemahan pelakon penting untuk tulis dialog.
“Ambo tulis PYCCMS dimana mana.. atas bonet kereta, atas seat kereta, bus stop, atas tongkol kayu atau apa-apa dan dimana-mana. Best … janji idea untuk tulis mengalir tak bertakung!” tambahnya.
Kenapa Muda Perimula? Kenapa Eman Manan?
Sebetulnya Masa Siap Sinopsis Pok Ya Cong Codei Memburu Siti(Pyccms), Tidak Wujud Lagi Watak Muda Perimula.
Sehingga Lulus Pitching Dengan Pehak Setesen Penyiar Masih Belum Wujud..Selepas Lulus Pitching Baru Saya Merangka Rangka Jalan Cerita.. Dah Siap Jalan Ceritanya, Muda Perimula Belum Wujud..
Lepas Tu Sampailah Masa Nak Bagi Nama Pelakon Bagi Watak Watak Baru Dalam Siri Baru Ini..Beberapa Nama Saya Senaraikan Utk Watak Jj..
Namun Pehak Setesen Kata Bagilah Nama Pelakon Popular Yg Sedang Diminati Atau Diikuti Lakonannya.. Saya Selalunya Jadi Masaalah Dgn Isu Ini.. Lalu Saya Cadangkan Nama Eman Manan… Alhamdulillah Setesen Setuju.
Kemudiannya Saya Pulak Jadi Masaalah.. Tak Kan Eman Nak Bawak Watak Jj.. Watak Muda Dan Berebut Gadis Dgn Halim.. Tak Mungkin.. Eman Dah Pun Saya Hubungi.. Ini Penting , Nak Blok Awal Awal.. Nasib Baik Masa Hubungi Tu Eman Tak Tanya Watak Apa?.. Masih Ingat Lagi Dialog Pertama Kami Dalam Talian..
Saya….”Man.. Kawe Nak Ajak Demo Dalam Pok Ya Bersiri Kali Ni?.. Ada So Watak Untuk Demo .,”
Eman…..”Okey.. Kawe Okey.. Setakat Ni Demo Tak Rajin Lagi Malukan Kawang” .. Ya Sebelum Ini Parut Asyikin Dan Satu Kampung Dua Orang..
Itulah Bermula.. Kemudian Shooting Pyccms Bertangguh Lama Akibat Covid 19.. Saya Shoot Drama Lain Dulu.. Dalam Pada Shooting Yang Lain Saya Mula Pikir Watak Apa Untuk Eman Dan Siapa Nak Pegang Jj..
Beberapa Nama Baru Kami Senaraikan Untuk Watak Jj Pada Setesen.. Kami Memilih Farid Kamil.. Ya Antara Sebabnya Saya Tak Pernah Kerja Dgn Dia Dan Dia Juga Ada Kelonggaran Jadualnya..
Kemudian Saya Ambil Masa Kuga Nak Letak Watak Yg Sangat Sesuai Dgn Eman Dan Apatah Lagi Kata Kata Dalam Talian Ia Itu “ Setakat Ini Deme Tak Mmalukan Kawang Lagi”..
Saya Inginkan Eman Main Wataknya Sendiri.. Pasti Lebih Selesa..
Saya Ukur Bila Pok Ya Pun Bawakkannya Watak Saya Sendiri..6 Watak Orang Yg Saya Gauli Dgn 1 Watak Sendiri.. Dan Yg 1 Itulah Menguasai Atau Mengawali Yg Lainnya..
Saya Mahu Eman Bawa Watak Dia Yang Saya Kenal Itu..
Saya Kenal Eman Lama.. Nakalnya, Bekengnya Hampir Saya Cukup Kenal..Dan Saya Teringat Satu Nama Seorang Yg Dikenal Tersohor Kuala Terengganu Sekitar 80an.. Saya Kenal Dia Ni Di Cafe House Hotel Primula.. Saya Tak Akan Tulis Namanya Disini.. Eman Sangat Mengenali Orang Ini.. Gelak Besar Eman..
Maka Saya Pun Letak Nama Muda Primula.. Macam Pok Ya Cong Codei Yg Dapat Nama Dati Nama Hotel Begitu Juga Utk Muda. Saya Pikir Watak Ini Adalah Imbangan Pada Watak Pok Ya..
Pok Ya Yg Veteran.. Memasuki Kl Yang Bukan Dalam Habitatnya..Dalam Usaha Utk Pencen.. Tapi Demi Maruah Harus Langgar Tobatnya Yg Tak Akan Jejak Pqgi Kl.. Seriknya Amat..
Muda Pula , Veteren Yg Dah 30 Tahun Di Kl.. Masih Bersemangat Atau “Berangin” Lagi Dengan Dunianya..Jadi Watak Ini Penting Utk Dilihat Beriting Dgn Perwaratakan Pok Ya..
Saya Tak Boleh Nak Letak Muda Perimula Jadi Kaki Turut Pok Ya Macam Awang Jawa Atau Nasir Badak Di Kl.. Muda Tak Boleh Jadi Watak Begitu. Itu Sebab Kenapa Watak Muda Tak Banyak Keluar. Ada Yg Kami Potong Masa Editing Pun.. Ini Semata Mata Jaga Watak Muda..
Eman Manan Adalah Seorang Pelakon Yang Cukup Komited Dalam Kerjanya.. Dia Adalah Pelakon Yg Baca Dan Hafal Skrip Sebelum Ke Set..Tapi Utk Pok Ya Ni.. Dia Tak Dapat Buat Tu.. Saya Bagi Dia Treatment Dan Kata Padanya Dialog Nanti Tulis..
Saya Faham.. Eman Kadang Kadang Tak Boleh Terima Cara Ni , Bukan Budaya Kerjanya.. Namun Dia Ikut Juga.. Barangkali Dia Teringat Kata Katanya “ Setakat Ni Deme Tak Mmalukang Kawang Lagi”..
Saya Memilih Dialog Utk Watak Ini.. Saya Mahu Kemunculan Yg Tak Banyak Tapi Impaknya Harus Besar.. Apa Lagi Bila Eman Yg Menuturkannya..Saya Sebagai Pengarah , Penulis Dan Kawan Berbangga Dengan Muda Primula.. Terima Kasih Eman Manan..
Antara komen2 netizen yang menyokong karya Pok Ya,
Farid Kamil Antara Pelakon Yg Hebat Dn Punyai Gayanya Sendri..Watak JJ Sgt Cocok Dn Sesuai Dgn Farid..Pembawaan Watak Die Sgt Tepat Smpaikan Smua Penonton Ckup Benci Bila Kemunculan JJ..Maknanya Apa Yg Ni Dibawa Oleh Farid Sgt Smpai Dihati Penonton..So Keseluruhan Watak Yg Dibawa Dn Jalan Cerita Pycc Sgt Real Dgn Masyarakat Malysia.
Suka Betul Dengan Kebanyakan Dialog Muda Primula. Dialognya Sangat Bersahaja Yg Berbunyi Spt Punchline Dlm Setiap Kemunculan Babaknya. Terima Kasih Uncle Sabrii Ibn Yunus Kerana Hasilkan Skrip Yg Sangat Padu Buat Watak Uncle Eman Manan. Terhibur Sungguh Saya
Bukan Setakat Muda Primula. Kata2 Dan Aksi Watak Bitara Dlm Keris Hitam Bersepuh Emas Masih Terngiang Ngiang Didlm Gegendang Telinga. Eman Manan Memey Terbaik Diantara Terbaik.
Setiap Kali Muda Primula Muncul…Meme Memberi Impak Tertentu Yg Cukup Hebat Maupun Dr Tutur Katanya Atau Dr Perlakuannya…Tahniah!!
Muda Primula Impak Besar Dlm Siri Kali Ini, Sukar Di Duga,Hingga Drama Tamat Baru Tahu. Tampar Dulu Baru Citer Lain Hahah
Lakonan Eman Manan Memang Ada Kelas Tersendiri..Aku Minat Drama Lakonannya Spt BATAS, RANTAI..BATAS Pun Pasal Manusia Gedebe Jugak Yg Insaf Nak Kembali Ke Kehidupan Normal Manusia Sambil Mengajak Anak Muda Utk Tinggalkan Kerja² Gedebe..Watak Abg Man (Derahman Kg Nering)..Terbaik La Dari Lejen..
Syabas Pokya@Abg Sabri…. Saya Bangga Atas Hasil Karya Yg Menaikkan Martabat Mutu Drama Melayu Tanpa Ada Adegan² Yg Berat & Plot² Klise, Tapi Impak Nya Mencetuskan Satu Fenomena
Plot Twist Mantap..Kita Dok Tumpu Mencari Siti Tp Rupanya Ade Plot Twist Yg X Dijangka Iaitu Halim Anak Pokya Dan Muda Yg Mulanya Nmpk Membantu Pokya Tp Nmpk Khianat Pd Pokya Dan Akhirnya Plot Twistnya Muda Membantu Pokya Dgn Idea Halim..Wlaupun Ade Elemen2 Yg Kurang Tp Plot Twist Dan Bbrp Watak Yg Menarik Buat Kita Lupa Pd Yg Kurang..
Bila Disebut Eman Manan Eman Inshaaallah Takkan Mengecewakan.. Saya Insan Kerdil Dan X Pandai Seni Tapi Saya Amat Yakin Dgn Kata² Ini. Tahniah Semua Yg Terlibat Dlm Pycc Saya Rasa Sesuatu Apabila Wan Ismail Golok Bertukar Menjadi Pok Ya Dan Berjaya Mencuri Hati Rakyat Malaysia
Bijak Jalan Cerita Asal Kejadian Muda Primula..Ni Lah Jalan Ceritanya…Kena Ikut Lah Jalan Cerita Tu..Tinggal Alik Kita Syukur Dan Redha Jah.
Muda Yg Selalu Melafazkan Ayat2 Perang Psycho Kpd Org Sekeliling .Dia Ada Prinsip .Bila Buat A Mesti Prabih Sampai Z .Maknanya Segala Risiko Dia Hadap .Layak Sebagai Seorang Pendekar
Satu Keputusan Yg Bijak Bila Memasukkan Watak Muda Primula Dalam Drama Ini. Hebat Watak Itu. Patutlah Abang Eman Manan Sangat Memilih Bila Nak Berlakon! Terbukti Beliau Sangat Menjaga Mutu Lakonan Beliau..
Dialog Muda Primula Yg Paling Sedap Didengar.. Tatkala Dia Bertanya Pokya Tentang Siapa Isteri Pertama Pokya.. Sedap Sungguh Gaya Bahasanya..
Saya Akui Selain Pok Ya Saya Sangat Minat Dgn Watak Muda Primula Dgn Kehadiran Eman Manan Perencah PYCCMS Bertambah Sedap.Idola Eman Manan Ni Semua Tahu Mutu Lakonanya,Bawa Watak Protagonis Atau Antogonis Tetap Super Seorang Seniman Boleh Dikatakan Limited Edition Di Malaysia.
Semoga ada lagi naskhah berkualiti seperti ini untuk tontonan rakyat Malaysia khususnya.
Sumber Sabri Ibn Yunus/RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment