Nama Rina Harun Kembali Jadi Bualan, Kali Ini Ada Buat Sesuatu Bersama Bella, Semua Orang Tak Setuju

NAMA Datuk Seri Rina Mohd Harun sekali lagi menjadi perbualan ramai di media sosial, dan kali ini mengaitkan dengan remaja perempuan yang dipercayai mangsa penderaan bernama Bella.

Lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu yang dilaporkan bersama rombongan media, menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Ia susulan video yang menunjukkan Rina melawat Bella, tular di media sosial.

“Hentikan photo ops (sesi bergambar) @RinaMohdHarun. Ini bukan mengenai anda mendokumentasikan bukti bahawa anda mengambil berat atau anda membuat tindakan kepada ‘buat kerja’ (dilihat bekerja). Tidak sensitif dan ‘tidak tahu’ tentang perlindungan kanak-kanak,” kata pengguna Twitter Tina Z.

rina harun bella

Rina berbual dengan Bella ketika melakukan lawatan di sebuah rumah kebajikan di Seremban, Julai tahun lalu. – Gambar fail/ Bernama

“Bella tu belum lagi bersedia nak jumpa orang luar, datang bawak wartawan, jurugambar dan jurukamera bagai. Takut la budak tu,” tulis pengguna Twitter @wahidahu55ain.

“Ini adalah salah dari segi etika, moral dan profesional,” kata seorang lagi pengguna Twitter, Munirah Mazlan.

Dera: Mahkamah lucut hak penjagaan terhadap remaja OKU - Rina Harun | Astro Awani

Bagaimanapun, hasil semakan mendapati pertemuan Rina dan Bella itu dilakukan ketika sesi lawatan beliau ke sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan, pada Julai tahun lalu.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 30, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung pertuduhan mengabaikan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Ibarat syaitan, anak istimewa OKU didera dengan kejam berjaya diselamatkan - WAAW

Kes tersebut menarik perhatian ramai berikutan kecederaan teruk yang dialami mangsa

SOLIDARITI BERSAMA BELLA : KPWKM SEDIA MENGHADAP TUNKU MAHKOTA JOHOR

May be an image of 3 people, people sitting, headscarf and text

Merafak sembah dan Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan Yang Amat Mulia Che Puan Besar Khaleeda binti Bustamam atas keprihatinan terhadap kes penderaan adik Bella dan usaha-usaha yang digerakkan dalam pembelaan keadilan buat adik Bella.

Sesungguhnya patik amat terharu dengan keprihatinan yang dizahirkan oleh DYAM Tuanku dan YAM Che Puan Besar yang sama-sama mengikuti perkembangan kes perbicaraan ini.

Patik dan rombongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia untuk menghadap DYAM Tuanku dan YAM Che Puan Besar bagi mempersembahkan status kes perbicaraan adik Bella, dan tindakan-tindakan yang telah disusuli oleh pihak Kementerian dalam membantu perbicaraan kes ini.

Titah DYAM Tuanku yang berkenan menawarkan khidmat peguam secara percuma bagi untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak KPWKM untuk kes ini amatlah bermakna buat pihak Kementerian dalam memperkasakan usaha menegakkan keadilan buat adik Bella.

Kementerian menyambut baik pelawaan ini dan akan bekerjasama rapat dengan pihak peguam yang dititahkan oleh DYAM Tuanku. Menjunjung kasih DYAM Tuanku.

Buat seluruh Keluarga Malaysia, dalam bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita terus memanjatkan doa semoga urusan perbicaraan kes penderaan adik Bella dipermudahkan dan kebenaran dan keadilan dapat dibuktikan di akhir perbicaraan kelak.

Antara komen komen netizen

Rasanya Kes Ni Dari Tahun Lepas. Tapi Kenapa Lepas Tmj Dah Ketuk Baru Nak Jalan. Selama Ni Menteri Busy Buat Apa Ye?

Nak Kredit Ler Tu.. Adik Bella Bertuah Sebab Ada Rakyat Marhaen Tau.. Kpwkm Kunun! Tak Perasan Pun Kewujudan Nya Before

Inilah Yang Berlaku Apabila Seseorang Tidak Cekap Melakukan Kerja Menteri – Tidak Berguna Dan Hanya “Kerja” Apabila Ada Pihak Atasan/ Lain Yang Masuk Campur Dalam Hal-Ehwal Harian.
Baik Tak Perlu Ada Menteri…

Ade Menteri Ye Dalam Malaysia Nie Ingt Takde Tadii, Didunia Org Di Beri Amanah Tapi Tidak Dilakukan Amanah Yg Diberi Dengan Baek Diakhirat Allah Persoalkan Sebyak² Soalan Dam Azab Ingt Tu Kite Mungkin Terlepas Di Dunia Tapi Diakhirat Setiap Ape Yg Kite Buat Akn Dipersoal….Kalau Rase Takmo Bertanggungjawab Sila Letak Jawatan Kasi Kepada Org Yg Amanah Dan Ade Ilmu Supaya Tidak Lupa Akan Tangungjawab…

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri Ni Tidor Ke Selama Ini, Tiba2 Muncul Setelah Dyam Tuanku Danyam Chepuan Besar Bersuara Tiba2 Tersedar Dari Mimpi?????? Apa Pun Semuga Allah Permudahkn Segala Urusan Dilalui Adik Bella… Aamiin

Tak Payah Jadi Menteri La Camni.Dari Tahun Lepas Kan Kes Ni.Sikit Pon Xamek Kesah.Memang Xnmpk Langsung Usaha Untuk Bawa Pesalah Ke Muka Pengadilan Atau Sekurang2 Beri Sokongan..Menteri Ke Laot!

Duduk Kt Malaysia Ni Pn Dh Ghisauu Bila Nasib Rakyat X Dibela Lebih2 Lg Kementerian Yg Sepatutnya Menggalas Tanggungjawab Besar Utk Nasib Anak2 Bangsa Rakyat Malaysia

Harap Yb Betul2 Buat Kerja La Ya Perjuangkan Keadilan Utk Bella..Jgn Sbb Nama Kena Petik Dgn Tmj Baru Nak Terhegeh2 Buat Kerja..Selama Ni Kenapa Yb Senyap?Apa Ya Skop Keja Yb Sbg Menteri Pembangunan Wanita Dan Keluarga Jika Kes Sebegini Pun Yb Buat2 Tak Nampak..Amanah Ni Berat Yb..Pimpinan Yb Akan Dipertanggungjwabkan Kat Akhirat Nanti Yb..

Rina Mohd Harun (@RinaMohdHarun) / Twitter

Bru Nk Buat Kerja Ke Lps Kena Ketuk?Dan2 Nk Persembahkn Bagai..Nti Konon2 Korg Jgk Yg Dpt Kredit..Patutnya Di Ajak Skali Pn Mona, Alif Ahmad & Team..Rakyat Yg Duk Bwh Jajahan Dia, Ingt La Esk2 Jgnla Undi Dia..Xde Function Lgsg Menteri Nie..Mnghabiskan Duit Rakyat Je

Jkm Mmg Camnie Ke…Dari Bantuan Ke Golongan Oku Sampai Kes2 Besar Camnie Kena Ketuk Baru Bergerak Elok Tutup Jerlah Jkm Buat Abis Duit Pembayar Cukai Jer Bayar Gaji Tapi Kena Ketuk Baru Buat Kerja…. Pengalaman Sendiri Laa Sebagai Oku Masa Pkp Dulu Apa Bantuan X Dapat ..Call Pejabat Jgn Harap Laa Berangkat Nasib Baitulmal Wilayah Prihatin Dari Pkp Sampai Pkpp Ambik Berat Ttg Golongan Oku … Nie Cerita Benar Bukan Buat2 Cerita

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*