Dikatakan Siti Bainon Hampir Jadi Adik Ipar, Nurul Zahid Dedahkan Isi Perbualan Dia Dengan Bainon Selepas Tahu Tentang Kes Bella

SELEPAS menafikan dakwaan kononnya tertuduh bagi kes penderaan remaja sindrom down, Siti Bainun Ahd Razali merupakan ‘anak angkat’ kepada keluarganya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sekali lagi tampil membuat pendedahan bagi menangkis tuduhan warganet.

Menurut anak kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu, dia mengakui hubungan keluarganya dengan tertuduh sememangnya pernah rapat, namun ia bukan ‘alasan’ untuk melindungi wanita berusia 30 tahun itu di atas tuduhan kes penderaan yang dihadapi ketika ini.

“Saya tidak p3rnah m3mbuat k3nyataan saya tidak m3ng3nali OKT (orang k3na tuduh). K3nyataan saya adalah ‘kami s3k3luarga tiada k3na m3ng3na d3ngan OKT’ atau d3ngan p3mahaman lain, kami s3k3luarga tidak m3lindungi OKT.

“B3nar kami p3rnah k3nal dan rapat. S3bagai s3orang yang p3rnah rapat, saya m3rasakan dikhianati k3rana s3lama ini OKT yang saya anggap s3bagai insan yang suka m3mbantu orang lain s3b3narnya m3mpunyai satu lagi p3rsonaliti yang tidak t3rbayang d3k akal saya,” kongsi Nurulhidayah dalam hantaran di Instagram.

Nurulhidayah yang juga digelar Kak Long turut menyertakan tangkap layar (screenshot) daripada perbualannya dengan tertuduh menerusi aplikasi Whatsapp pada Julai 2021, sebagai bukti untuk menyangkal tuduhan ramai.

Screenshot daripada whatsapp saya dengan OKT diharap dapat menjelaskan keadaan yang saya juga telah ditanya oleh OKT ‘Kak Long ada personal issue dengan saya ke?!’ setelah satu posting dibuat pada tahun lepas di IG saya berkenaan Bella.

kaklong 1

Nurulhidayah berkongsi ‘screenshot’ perbualannya dengan tertuduh tahun lalu.

“Saya tidak memaksa untuk sesiapa mempercayainya. Tetapi cukuplah saya menjelaskan kami sekeluarga tidak pernah melindungi OKT,” tulis anak Presiden Umno itu lagi.

Sementara itu dalam satu hantaran berasingan, Nurulhidayah turut menjelaskan panjang lebar bagaimana hubungan rapat keluarganya dengan tertuduh terjalin, terutama dengan adik lelakinya.

“Mengenali OKT pada suatu ketika dahulu, dia seorang yang peramah dan suka membantu orang dengan kerja-kerja amal yang dia lakukan.

“Ketika ini OKT adalah salah seorang pekerja yang terlibat dengan kerja-kerja sokongan di Ibu Pejabat Umno. Dalam majlis tersebut semua kakitangan pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Ibu Pejabat Umno turut hadir sebagai tetamu.

kaklong 2

Foto yang tular di media sosial memaparkan Siti Bainun bergambar bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, isterinya dan beberapa individu lain.

Being me, saya agak nakal untuk ‘kenenkan’ atau ‘match make’ adik bongsu saya dengan OKT. Adik saya seorang yang sangat baik, sangat rapat dengan keluarga dan tidak pandai bergaul dengan perempuan (agak pemalu).

“Apa yang berlaku selepas usikan demi usikan, mereka jadi rapat,” kongsinya.

W4l4ub4g4im4n4pun, hubung4n 4dik lel4kiny4 deng4n tertuduh did4kw4 berm4s4l4h ekor4n beber4p4 isu.

Nurulhid4y4h b4g4im4n4pun tid4k memperincik4nny4 n4mun meneg4sk4n di4 menent4ng perhubung4n berken44n.

“S4y4 men4sih4ti 4dik s4y4 4g4r lup4k4n hubung4n y4ng ‘toksik’ se4nd4iny4 ti4d4 sef4h4m4n d4n r4s4 s4ling menghorm4ti.

“Tak timbul cerita ‘hampir’ kahwin kerana saya dan adik perempuan saya benar-benar menentang perhubungan itu setelah beberapa isu yang berlaku,” kongsinya lagi.

Dalam perkongsian tersebut juga, Nurulhidayah menegaskan pendedahan yang dilakukan tidak bermaksud untuk mengaibkan mana-mana pihak.

kaklong 3

Kes penderaan Bella menjadi perhatian rakyat Malaysia ketika ini.

“Sebagai anak, saya wajib mempertahankan maruah keluarga saya dari terus tercalar.

“Sejujurnya, keluarga kami tidak pernah melihat latar belakang sesiapa sahaja yang ingin mendekati kami. Kaya, miskin, cacat atau sempurna semua kami santuni.

“Cukuplah saya nyatakan, saya merasa dikhianti. Hanya Allah sebaik-baik pelindung,” tulisnya lagi.

Terdahulu,

Anak Angkat ‘Celah’ Mana? Nurulhidayah Jawab Tuduhan Siti Bainun Dilindungi Ahmad Zahid

KECOH di media sosial mengenai dakwaan yang mengaitkan tertuduh dalam kes penderaan remaja perempuan sindrom down bernama Bella dengan ahli politik.

Tersebar gambar tertuduh, pengasas Rumah Bonda yang menempatkan Bella iaitu Siti Bainun Ahd Razali bersama keluarga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Gambar tersebut menunjukkan Siti Bainun bergambar secara berkumpulan yang turut disertai Ahmad Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Gara-gara foto yang tular itu, timbul dakwaan bahawa Siti Bainun merupakan anak angkat kepada Ahmad Zahid.

Susulan itu, anak kandung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah menafikan dakwaan tersebut, malah menegaskan bahawa dia sekeluarga juga menentang sekeras-kerasnya penderaan ke atas remaja istimewa berusia 13 tahun itu.

Kes penderaan Bella menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Nurulhidayah turut mempersoalkan sumber yang mengaitkan tertuduh dengan keluarganya.

“Buat yang provoke dan fitnah. Cukup saya beritahu yang saya dan seluruh ahli keluarga menentang keras kes yang melibatkan penderaan ke atas Bella.

“Asal usul cerita yang mengaitkan kami dengan SB (Siti Bainun) pun saya tak pasti dari mana. Saya berdoa agar Allah mengampunkan dosa mereka yang memfitnah dan menyebarkan fitnah ini,” tulisnya menerusi satu posting di laman Instagramnya pada Sabtu malam.

Nurul Hidayah Pertahan Pensyarah Isu Laptop – 'Ramai Yang Boleh Bantu Belikan'

Celah mana kami sekeluarga cover atau back up orang kena tuduh (OKT)?

Menerusi ruangan komen, Nurulhidayah yang juga dikenali sebagai Kak Long menjawab satu pertanyaan netizen mengenai sama ada Siti Bainun merupakan anak angkat kepada bapanya berdasarkan foto yang tular.

“Kalau semua orang yang bergambar dengan abah (panggilan Ahmad Zahid) dan keluarga Kak Long ni ada kena-mengena ke?

“Anak angkat celah mana tu tanya diaorang. Sia-sia je depa (mereka) ni puasa,” katanya yang turut ke mahkamah bagi mengikuti kes Bella.

nurulhidayah siti bainun 6

Foto yang tular menunjukkan Siti Bainun (duduk, kanan) bersama Ahmad Zahid (tengah) dan isteri (duduk, dua kanan).

Dalam posting yang berasingan, Nurulhidayah turut membuktikan dirinya juga prihatin dan memperjuangkan nasib Bella sejak tahun lalu.

“Tiada siapa yang akan terlepas daripada undang-undang penderaan dan melindungi kes penderaan.

“Selama saya hidup saya dibesarkan dengan bapa saudara sindrom down (telah meninggal empat tahun lalu). Mereka bukan agresif. Mereka manja. Bella perlu dibela,” ujarnya.

nurulhidayah siti bainun

Nurulhidayah menyifatkan dakwaan mengaitkan Siti Bainun dengan keluarganya sebagai fitnah.

Nurulhidayah juga mendedahkan sedutan klip audio yang didakwanya merupakan perbualannya bersama bekas penghuni Rumah Bonda yang mendakwa Bella diberi layanan buruk sehingga terpaksa minum air paip.

Susulan itu, Nurulhidayah menolak dakwaan keluarganya cuba melindungi tertuduh.

“Jadi celah mana kami sekeluarga cover atau back up orang kena tuduh (OKT)?

“Tak masuk akal. Tak pandai tak apa, jangan memandai-mandai,” katanya sambil turut bersedia untuk membantu dan bekerjasama membela nasib mereka yang teraniaya.

nurulhidayah siti bainun 7

Nurulhidayah menjawab persoalan netizen di ruangan komen.

Mengenai kes Bella, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ahmad Zahid anggap tuduhan cuba ‘cover’ Siti Bainun tak masuk akal, jika ada keupayaan seperti itu lebih baik ‘lindung’ kes sendiri

SELEPAS anak perempuan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersuara menjawab tuduhan yang mengaitkan bapanya dalam kes penderaan remaja perempuan sindrown down bernama Bella, terbaharu Presiden Umno itu pula tampil memperjelaskan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Sambil menangkis tuduhan yang dibangkitkan pihak tertentu, Ahmad Zahid turut menyuarakan rasa kesal apabila tiba-tiba namanya dikaitkan sebagai ahli politik yang cuba ‘melindungi’ tertuduh kes berkenaan.

“Sebagai insan seperti anda semua tentunya saya juga mengharapkan keadilan buat Bella dapat ditegakkan. Terlalu banyak insiden menyayat hati dilaporkan dalam kes tersebut dan pastinya semua mahukan kebenaran.

“Tetapi saya berasa kesal apabila diberitahu tiba-tiba ada pihak cuba mengaitkan saya dengan kes tersebut. Menuduh saya cuba melindungi tertuduh dengan mengaitkan tertuduh memiliki 10 peguam bela kerana saya.

“Dakwaan saya cuba mempengaruhi mahkamah dalam perbicaraan kes Bella juga tidak masuk akal.

“Bagaimana saya boleh melakukannya walhal yang menuduh juga tentu tahu saya tiada sebarang kuasa berbuat demikian. Saya tidak berada dalam kerajaan untuk menekan pihak pendakwaan

“Jika benar saya mempunyai keupayaan seperti itu bukankah lebih baik saya ‘melindungi’ kes saya,” jelas Ahmad Zahid menerusi satu hantaran di laman Facebook, pada Ahad.

Ahmad Zahid persoal pendirian Ahli Parlimen UMNO

Tambah bekas timbalan perdana menteri ini lagi, mengaitkan dirinya dengan tertuduh hanya kerana sekeping gambar yang dirakam bersama-sama keluarganya juga adalah tuduhan yang tidak berasas.

Ahmad Zahid merujuk kepada gambar yang tersebar luas di media sosial ketika ini, di mana beliau bersama isteri dan beberapa individu lain bergambar mesra bersama Pengasas Rumah Bonda yang juga tertuduh kes berkenaan, Siti Bainun Ahd Razali.

“Sebagai seorang pemimpin, mana mungkin saya menolak permintaan sesiapa sahaja untuk bergambar.

“Sebagai contoh hari ni saya memuji seseorang tokoh berkenaan kebaikan dan kehebatannya di media sosial saya, setelah sekian lama dia pula dituduh melakukan jenayah dan perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

“Adakah saya juga dikaitkan kerana pernah memuji beliau?” soalnya.

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Zahid mengakui sepanjang terlibat dalam arena politik, beliau pernah membantu ramai individu termasuk didatangi mereka yang meminta bantuan dan sumbangan kewangan untuk tujuan kebajikan

Zahid, from BN heavyweight to dead weight? | MalaysiaNow

“Namun saya sama sekali tidak akan melindungi sesiapa saja antara mereka itu jika didakwa terlibat dalam jenayah,” ujarnya.

Justeru Ahmad Zahid meminta rakyat agar tidak terlalu mudah mempercayai sesuatu sebaliknya mengkaji terlebih dahulu setiap perkara yang disebarkan.

Saya sama sekali tidak akan melindungi sesiapa saja antara mereka itu jika didakwa terlibat dalam jenayah.

“Saya harap mereka yang sedang gigih berusaha untuk memfitnah saya sekali lagi demi politik itu berhentilah. Bulan Ramadan yang mulia ini tidak sepatutnya dicemari dengan nilai-nilai kebatilan seperti itu.

“Dosa yang ada pun tidak tertanggung dan belum tahu telah diampun, jangan ditambah dosa lagi sampai bertimbun-timbun.

“Kecuali mereka itu terlupa atau buat-buat lupa ketika ini bulan Ramadan, Allah jua yang mengetahui segala-galanya,” ujarnya lagi.

Sumber AS

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*