
Anggota kumpulan Indigo, Bad mendedahkan dirinya kini sudahpun kehilangan kesemua jari kaki kirinya akibat penyakit kencing manis yang dideritainya ketika ini.
Memetik laporan Harian Metro, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah kini terpaksa bergantung kepada alat berjalan (walker) sejak Oktober tahun lalu.
“Mulanya jari kecil dulu kena potong. Kemudian tiga jari lagi selepas sebulan dan terakhir ibu jari pada September tahun lalu. Sekarang semua jari kaki kiri sudah tidak ada.
“Disebabkan itu, ia membataskan pergerakan saya dan perlu menggunakan ‘walker’ yang turut berfungsi seperti kerusi roda,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, suami kepada penyanyi, Ashira Aziz ini turut tidak menolak andai dia terpaksa menggunakan kerusi roda bagi mengurangkan pergerakan pada kakinya.
Katanya lagi, dia juga harus membersihkan luka di bahagian kakinya itu selang sehari.
Assalammualaikum semua. Ada org tanya pasal walker/rollator saya ni. Jadi saya kongsilah. Mana tau ada manfaat kepada mereka yg memerlukan.
Semoga kita semua di pelihara dari ujian yg amat berat n penyakit yg berbahaya, dilimpahkan rezeki n pahala oleh Allah SWT. Aamiin Aamiin YRA.
Video,
“Sejak itu pergerakan saya sangat terbatas dan memenatkan apabila bergerak. Ini kerana saya banyak menggunakan kaki kanan untuk menampung badan. Sekarang lutut kanan saya pun sudah sakit.
“Saya seperti akan menggunakan kerusi roda juga nanti sebab kaki ini banyak tekanan hingga mengakibatkan luka selalu terbuka.
“Apa yang menjadi masalah sekarang apabila banyak juga tempat yang tidak mesra OKU. Jadi susah untuk saya bergerak.
“Namun, susah macam mana pun, apa yang penting kena senyum. Ini kerana Allah Maha Adil, jadi ada yang lebih baik untuk saya, Insya-Allah,” katanya lagi.
Pada masa sama, Bad turut memaklumkan dia juga telah menerima bantuan daripada beberapa agensi kerajaan bagi meringankan beban dirinya dan juga keluarga.
“Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) belum dapat lagi sebab saya belum lengkapkan borang. Alhamdulillah, baru-baru ini dapat sumbangan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),”akhirinya.
Sebelum ini, Bad memaklumkan dia kini sedang didalam proses untuk memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mengurangkan kos rawatannya dari semasa ke semasa.
Sedikit info mengenai kumpulan Indigo
Kumpulan Indigo merupakan sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang pernah aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu R&B dan pop Melayu.
Kumpulan Indigo ditubuhkan sekitar tahun 1996. Mempertaruhkan irama pop R&B, mereka merupakan artis rakaman KRU Records yang kedua selepas Elite.
Indigo telah diperkenalkan kepada pendengar muzik tempatan menerusi album pertama, Intro pada pertengahan tahun 1997. Mereka mula dikenali dengan lagu Suraya dan Gadis Misteri. Lagu Suraya pernah dipopularkan oleh kumpulan Headwind pada tahun 1980an dan dirakamkan semula oleh Indigo dengan susunan muzik baru.
Album pertama Indigo tidak begitu meletup di pasaran berikutan kegawatan ekonomi yang melanda negara pada ketika itu turut memberi kesan kepada industri muzik tempatan. Bagaimanapun mereka tetap berjaya mengumpulkan kelompok peminat tersendiri.
Pada tahun berikutnya, Indigo menerima pencalonan bagi kategori Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) dan Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik 1998.
Pada pertengahan tahun 1998, Indigo merakamkan sebuah lagu baru yang berjudul Istimewa (ciptaan KRU) dan dimuatkan dalam album runut bunyi filem animasi pertama negara, Silat Lagenda. Lagu ini kemudiannya dimasukkan ke dalam album kedua mereka yang muncul pada hujung tahun 1998 dengan judul Istimewa.
Muzik video Istimewa yang diarahkan oleh Yusry menerima pencalonan dalam kategori Video Muzik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1999.
Single kedua dari album ini ialah Andai Kau Pergi (juga ciptaan KRU). Lagu ini merupakan antara lagu Melayu artis tempatan yang paling popular sepanjang tahun 1999 dan bertahan lama malah menjuarai beberapa carta lagu di stesen-stesen radio dan televisyen tempatan.
Album kedua ini boleh dianggap berjaya kerana lagu Istimewa berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1999 dalam kategori Pop Rock. Walau bagaimanapun, lagu Andai Kau Pergi terpaksa berpuas hati di peringkat separuh akhir kategori Balada berikutan persaingan yang cukup sengit terutama dari kalangan penyanyi wanita solo.
Pada tahun 1999 juga, Indigo merakamkan sebuah lagu secara berduet bersama penyanyi baru naungan KRU, Juliana Banos. Lagu yang berjudul Sehidup Semati ini dicipta oleh Edry bersempena perkahwinannya pada tahun yang sama. Lagu ini menyusul kejayaan Andai Kau Pergi dan mendapat ‘airplay’ yang cukup hangat di corong-corong radio.
Tahun 2000 menyaksikan Indigo meninggalkan KRU Records selepas menghasilkan album terakhir, Episod 3 iaitu album kompilasi yang turut diselitkan dengan empat buah lagu rakaman baru. Kemerosotan penghasilan industri muzik tanahair dipercayai antara faktor terbesar pengunduran ini.
Senarai anggota asal Kumpulan Indigo adalah :-
(Bad) Badrul Izhan Lahir: 13 Oktober 1975 (umur 46) berasal dari Kuala Lumpur
(Shah) Mohamed Shahrin Lahir: 30 Oktober 1974 (umur 47) berasal dari Kuala Lumpur[2]
(Zam) Shahrul Nizam Lahir: 4 Ogos 1975 (umur 46) berasal dari Melaka
(Shaz) Nor Shazman Nor Shahid, Lahir: 6 November 1975 (umur 46) berasal dari Hulu Langat, Selangor
Sumber Media Hiburan/RJ
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment