
Satu perkongsian di media sosial TikTok baru-baru ni telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan video tersebut.
Dalam video itu, seorang lelaki telah membawa 4 orang wanita dipercayai isteri-isterinya bersama 13 orang anak mereka membeli-belah sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Lelaki itu juga turut berseloroh dengan mengatakan ia seperti ‘trip company’ kerana membawa anaknya yang ramai dan kesemua isteri dalam satu masa yang sama.
Bila kau bawa 13 orang anak 4 orang isteri pergi Jakel beli baju raya, dah macam trip company jalan-jalan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan video tersebut dan turut kagum kerana berlaku adil terhadap isteri dan anak-anaknya.
Ada juga yang mengatakan ianya seperti ‘lawatan sambil belajar’!
Video,
Antara komen lain netizen,
Tahniah Bang Anda Sungguh Berani Dan Adil Saksama Patutlah 4 Isteri Sayang Serta Anak Anak
Mcm Kmi 13adik Beradik Stu Emak Stu Bapa..Mmng Meriah..Jdi Perhatian Org
Ermmmm Dimana Kita Boleh Ketemu Untuk Meminta Sedikit Ilmu Dan Nasihat Ya
Kalau Ada Lagi Dua Pamily Lagu Nie, Meriah Lah Lagi Suasana Di Shopping Mall
Alhamdulillah Keluarga Bahagia..Anak Ramai Tu Rezeki,Bini Ramai Pun Rezeki..Yg Penting Rukun Damai Dlm Berumahtangga..Tahniah
Wau Best Nya, Dulu Masa Akak Kerje Kt Supermarket Ada 1 Suami Bwk 4org Isteri Kan Beli Brg2 Dapo Setiap Hujung Bln,Tiap2 Bulan Mai… Bwk 4 Sekali..
Mampu Xpe… Ni Kalau Takat Suam2 Kuku Yg Cagu Tu Jangan Nak Mimpi… Hahaha
Rupa-rupanya gerangan orang tersebut ialah Mohd Fazil Mohd Dali@Cik Ton. Pernah ditemuramah semasa raya tahun 2019.
Syok beraya bersama 4 isteri, 14 anak
“MEMANG seronok apabila dapat beraya bersama empat isteri serta 14 anak, saya anggap ia rezeki yang diberikan Allah SWT,” kata Mohd Fazil Mohd Dali, 44, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pandan di Kuala Terengganu, semalam.
Mohd Fazil atau lebih mesra dengan panggilan Cik Fazil mempunyai empat isteri iaitu Harlinda Suparman, 44, Suhana Mokhtar, 40, Nur Izzati Mad Wazi, 33, dan Khairatul Azwa Khairul Anwar, 36 serta 14 anak berusia antara dua hingga 18 tahun hasil daripada enam perkahwinannya.
Uniknya keluarga besar Cik Fazil ini kerana mereka menyambut Hari Raya secara beramai-ramai setiap tahun tanpa sebarang masalah.
Katanya, menjadi kelaziman mereka berkumpul pada malam raya di rumah isteri pertama untuk membuat persiapan raya dan amalan akhir Ramadan yang diisi dengan keagamaan yang menjadi kunci kebahagiaan.
“Selepas bertakbir raya, kami akan berkumpul di ruang tamu dengan membaca kitab taalim fadhilat amal selama 90 minit sebelum mula membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan saling bermaaf-maafan,” katanya kepada wartawan Harian Metro.
Cik Fazil berkata, persiapan wajib seperti baju raya untuk semua isteri dan anaknya sudah dibuat bermula awal Ramadan bagi membolehkan ahli keluarganya memberi tumpuan kepada amalan 10 malam terakhir Ramadan.
“Ramai yang bertanya rahsia kebahagiaan saya dan jawapannya ialah bergantung kepada sejauh mana amalan dan tanggungjawab yang ditunaikan sebagai seorang ketua keluarga iaitu bapa.
“Saya menyatukan semua isteri dan anak bukan melalui kekerasan atau paksaan tetapi secara berhemah dan kasih sayang selain mengerjakan suruhan Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.
“Selain solat berjemaah serta membabitkan semua isteri dan anak dengan majlis ilmu agama di masjid, amalan makan di dalam talam dan saling suap menyuap juga antara rahsia pengikat kasih sayang di antara kami sekeluarga,” katanya.
Cik Fazil berkata, setiap tahun dia dan keluarganya akan beraya di rumah mentua secara bergilir-gilir iaitu di Perak, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
“Walaupun kami beraya bersama tetapi saya tidak mewajibkan isteri atau anak berpakaian sedondon dan mereka bebas memilih warna mengikut cita rasa masing-masing.
“Biasanya, kami akan berkonvoi ke masjid untuk menunaikan solat hari raya sebelum berkunjung ke rumah saudara terdekat terlebih dahulu selepas bersarapan,” katanya.
Sementara itu, Harlinda berkata, dia seronok apabila beraya bersama tiga madu dan semua anak serentak malah saling membantu dalam segala urusan berkaitan hal keluarga.
“Setiap anak dilayan sama rata dan isteri juga tidak mempunyai perasaan iri hati sesama sendiri kerana apa yang diutamakan ialah muafakat, kerjasama, saling menghormati dan perasaan ingin membahagiakan antara satu sama lain.
“Kami bertuah kerana dianugerahkan seorang suami yang rajin berusaha mencari rezeki untuk keselesaan keluarga terutama anak tetapi pada masa sama tidak mengabaikan tanggungjawab untuk mencurah kasih sayang kepada kami,” katanya.
Sumber BN/tiktok/RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment